Sifat penyayang adalah peribadi manusia yang sejati, bukan sahaja sesama manusia malah haiwan dan tumbuhan juga perlu disantuni.
Walaupun mereka tidak dikurniakan kebolehan berfikir seperti manusia namun haiwan misalnya cukup memahami gerak geri dan tingkahlaku manusia padanya.
Menerusi video di bawah, anda dapat saksikan contoh belas kasihan dan perbuatan baik manusia terhadap seekor anjing jalanan.
Rakaman itu dimuat naik oleh seorang pengguna, Diego Maldonado di Twitter yang menunjukkan seorang pekerja pembersihan sedang memegang penyapu.
Difahamkan bahawa semasa lelaki itu sedang fokus melakukan tugasnya, anjing tersebut datang dan berehat berdekatan dengan lokasi lelaki itu menyapu.
Lelaki itu pula langsung tidak terganggu dan menghabiskan sedikit masanya dengan menggosok penyapu tersebut ke badan anjing berkenaan.
Dan nampaknya anjing itu begitu menikmati tubuhnya digosok, sehinggakan tubuhnya beberapa kali dipusing dan diterbalikkan.
Sempat juga lelaki itu membelai anjing berkenaan.
@DiegoMaldonadoR/Twitter
Menariknya lelaki itu langsung tidak mengetahui ada kamera tersembunyi sedang merakamkan adegannya bersama anjing manja tersebut.
“Siapa anda tatkala tiada siapa yang memandang?”, tulis kapsyen pada video berkenaan. Ya, ia merupakan persoalan yang perlu kita jawab.
Adakah kita insan yang berhati nurani seperti mana yang kita saksikan tadi? Hanya kita sahaja yang tahu..