24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 10, 2024
UtamaInspirasiKucing usia 15 tahun setia iringi datuk 97 tahun berjalan sejauh 3...

Kucing usia 15 tahun setia iringi datuk 97 tahun berjalan sejauh 3 kilometer melawat isterinya yang hidap dementia. Sama-sama tua tapi saling membantu dan melindungi

Jika seekor kucing sangat sayangkan tuannya, maka dia mungkin akan sayangkan tuannya sehingga ke akhir hayat. Si comel akan mendedikasikan dirinya dengan sanggup berkorban apa sahaja. Begitulah erti kasih sayang seekor kucing yang amat menyentuh hati.

Pan Shuhua, seorang pemilik kucing berusia 15 tahun bernama Xiao Ke berkata pada mulanya kucing ini adalah kucing jalanan yang diselamatkan. Selepas 15 tahun berlalu, ternyata dia menjadi kucing pelindung yang mendedikasikan seluruh jiwanya demi keluarga. Xiao Ke sangat ceria dan peramah. Paling mengagumkan Xiao Ke akan setia melindungi dan menemani datuk dalam keluarga itu yang kini telah berusia 97 tahun. 

Kucing setia ini akan dilihat berada bersama datuk pada setiap kali dan ke mana sahaja dia pergi. Xiao Ke yang patuh akan mengekori belakang datuk untuk melindunginya, dan keduanya tidak dapat dipisahkan. 

pets.ettoday

Pan Shuhua berkongsi kisah pada satu hari apabila bapa mentuanya tiba-tiba teringat untuk keluar mencari ibu mentuanya, dan seluruh keluarga menjadi bimbang kerana dia telah keluar tanpa memberitahu mereka. Kemudian dia terkejut melihat Xiao Ke menemani datuk itu pulang. Seluruh keluarga berasa lega dan bersyukur datuk pulang dengan selamat, dengan bantuan Xiao Ke yang sentiasa berada di sisi demi memastikan keselamatan datuk. 

Pan Shuhua berkata ibu bapa mentuanya tinggal di Miaoli mempunyai hubungan yang sangat rapat. Pada hari itu, bapa mentuanya tiba-tiba teringat akan ibu mentuanya yang berusia 89 tahun tetapi dia kini tinggal di pusat jagaan orang tua kerana menghidap penyakit dementia. 

“Bapa mentua saya telah berjalan sejauh sehingga 2 kilometer tanpa memberitahu keluarga,” kata Pan.

Kemudian, oleh kerana bapa mentuanya tidak dapat berjalan dengan baik, dia mujur ditemani Xiao Ke ketika berjalan pulang ke rumah.

pets.ettoday

Pan berkata ketika dia mengetahui bapa mentuanya hilang, semua orang dalam rumah menjadi bimbang dan panik. Kemudian mereka menjadi sangat terharu dan lega melihat Xiao Ke pulang bersamanya. Xiao Ke mengekori dan melindungi datuk dalam perjalanan pergi dan balik sejauh 2 hingga 3 kilometer itu dengan selamat.

“Bapa mentua berkata dia hanya berjalan sebentar dan berehat, kemudian berjalan sebentar dan berehat. Perjalanan itu jadi mudah kerana Xiao Ke berada di sisinya menemani. Kami tidak menyangka bahawa Xiao Ke juga akan melompat keluar dan berjalan bersama-sama datuknya. Pengalaman datuk hilang sebentar yang benar-benar menakutkan kami,” kata Pan Shuhua. 

“Perjalanan sejauh satu atau dua kilometer amat sukar bagi orang tua, dan mereka memerlukan masa 2 hingga 3 jam untuk berjalan. Ketika bapa mentua pulang, dia tersenyum sahaja dan berkata, ‘Nasib baik, ada si kecil comel ini menemani saya, jika tidak, mungkin saya boleh jadi sangat bingung…’,” tambah Pan.

pets.ettoday

Oleh kerana nenek tidak berada di rumah, dan anak-anak keluar bekerja, hubungan Xiao Ke dengan datuk bertambah rapat. 

Pan Shuhua sambil ketawa memberitahu tabiat Xiao Ke yang sentiasa bimbang akan keselamatan datuk, “Setiap kali bapa mentua keluar berjalan, Xiao Ke akan berada di sisinya di sepanjang perjalanan. Kadang-kadang bapa mentua pergi mandi dan dia menunggunya di pintu bilik air dan sabar memerhatinya sehingga dia selesai mencuci sebelum boleh beredar dan pergi dengan rasa selesa. Bermula awal musim sejuk tahun ini, ketika ibu mentua tiada di rumah, Xiao Ke menjadi peneman tidur bersama bapa mentua. Mereka sentiasa bersama.”

pets.ettoday

Datuk kini berubah posisi sebagai tuan yang utama kepada Xiao Ke. Pan Shuhua merasakan keputusan asalnya untuk mengadopsi dan menjaga Xiao Ke adalah tepat. 

“Sebenarnya, saya adalah tuan sebenar Xiao Ke. Kemudian, saya meninggalkannya di rumah mentua kerana saya melihat ibu dan bapa mentua saya amat menyayangi Xiao Ke. Saya tidak sampai hati pula hendak memutuskan kasih sayang mereka, jadi saya tinggalkan dia di sana. Tetapi sekarang saya fikir, bagus juga Xiao Ke tinggal di rumah itu dengan bapa mentua. Hidupnya lebih bahagia kerana dapat menemani mentua saya di Pergunungan Miaoli,” kata Pan Shuhua.

pets.ettoday

Semoga datuk dan kucing kesayangannya ini akan terus panjang umur juga menjalani kehidupan yang sentiasa sihat.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI