26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 15, 2025
Utama Blog Laman 356

KKM : Dua produk kosmetik Beautywise dikesan mengandungi racun berjadual

0

Para pengguna di luar sana dinasihati agar berhati-hati dan mengelakkan daripada membeli beberapa produk kosmetik di pasaran.

Ini kerana, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa terdapat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual baru-baru ini.

Ia melibatkan dua produk kosmetik iaitu :

1. Beautywise Rejuvenating Cream – mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin

Kementerian Kesihatan (KKM)/Facebook

2. Beautywise Rejuvenating Toner – mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin

Kementerian Kesihatan (KKM)/Facebook

Malah, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM juga telah membatalkan status notifikasi produk-produk berkenaan.

Ini bermakna, produk-produk dinyatakan di atas tidak lagi dibenarkan untuk dijual dalam pasaran di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, kandungan ‘hydroquinone’ berupaya menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna, kulit menjadi hipersensitf, menghalang proses pigmentasi (sekaligus menghalang pelindungan kulit daripada cahaya ultra-violet) selain meningkatkan risiko kanser kulit.

Penggunaan ‘tretinoin’ tanpa pengawasan profesional kesihatan pula mengakibatkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih dan sangat sensitif pada cahaya matahari.

Oleh yang demikian, produk yang mengandungi kedua bahan racun berjadual ini adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Ia hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Justeru, pengguna yang sedang menggunakannya perlu berhenti dan dapatkan nasihat profesional kesihatan.

Pening mahu keluarkan motosikal kena ‘double park’, cara lelaki ini akhirnya buat netizen kagum

0

Agak sukar untuk kita fahami akan sebab segelintir individu yang gemar melakukan ‘double park’ atau meletakkan kenderaan mereka dengan cara menghalang kenderaan orang lain.

Mungkin ada yang meletakkan sebegitu di saat-saat kecemasan. Lazimnya nombor telefon akan turut ditinggalkan di cermin hadapan. Namun jika tiada? Ianya tentunya mengundang marah.

Itulah yang dialami oleh seorang lelaki apabila motosikalnya yang berada di dalam petak tempat letak kereta telah dihalang oleh sebuah kereta.

@anthraxxxx/Twitter

Menerusi sebuah video, penunggang tersebut dilihat berkali-kali menggerakkan motosikalnya dalam cubaan untuk membolehkannya keluar daripada petak ‘parking’ tersebut.

Malah dia juga sempat mengukur jarak ruangan yang ada dengan lebar saiz belakang motosikalnya. Kebingungan lelaki itu hingga dilihat tergaru-garu kepala..

@anthraxxxx/Twitter

Dia akhirnya mendapat idea dengan mengangkat sisi kereta itu sedikit demi sedikit dan mengalihnya ke tepi. Berjaya juga motosikalnya keluar!

Anda tengoklah sendiri :

@anthraxxxx/Twitter

Video tersebut ternyata mendapat perhatian ramai pengguna hingga di retweet lebih 11,000 kali. Pengguna Twitter juga ada meninggalkan komen lucu, antaranya :

@anthraxxxx/Twitter

@anthraxxxx/Twitter

@anthraxxxx/Twitter

@anthraxxxx/Twitter

Tetapi memang kuat juga lelaki tersebut bukan? Begitu saja boleh angkat dan alihkan kereta!

Wanita ini menyedari menantunya adalah anak perempuan kandung yang lama hilang ketika menghadiri upacara perkahwinan anak lelakinya

0

Pertemuan semula ibu dan anak perempuan kandung ketika upacara perkahwinan anak lelakinya sendiri ini seperti kisah drama tetapi itulah hakikatnya, benar-benar takdir jodoh dan pertemuan.

Ketika menghadiri upacara perkahwinan anak lelakinya di Suzhou, China pada 31 Mac, seorang wanita tiba-tiba menyedari pengantin perempuan adalah anaknya yang hilang sejak lebih 20 tahun yang lalu.

Menurut laporan 8 World News, wanita itu melihat tanda lahir di tangan bakal menantunya yang amat dikenalinya kerana dia seorang ibu yang mengenali ciri-ciri fizikal anak perempuan kandung yang dirinduinya.

Oriental Daily

Ibu ini menyedari tanda lahir di tangan itu mempunyai persamaan dengan anak perempuannya yang hilang kerana ia berbentuk agak unik dan luar biasa. Anak kecil ini telah hilang secara tidak sengaja di tepi jalan lebih 20 tahun yang lalu.

Mengesyaki pengantin perempuan itu boleh jadi adalah anak perempuan kandungnya yang telah lama hilang, wanita itu bertanya kepada iparnya sama ada pengantin perempuan itu adalah anak angkat mereka.

Oriental Daily melaporkan pertanyaan itu telah mengejutkan keluarga pengantin perempuan, kerana mereka tidak pernah membocorkan rahsia ini selama bertahun-tahun. 

Rupa-rupanya, ibu bapa pengantin perempuan mendedahkan dalam majlis itu bahawa mereka telah menemui seorang anak kecil di tepi jalan lebih 20 tahun yang lalu, dan sejak itu mereka telah menjaga dan mendidiknya seperti anak perempuan sendiri.

Sebaik mendengar berita itu, pengantin perempuan yang terharu spontan meraung sebak kerana menyedari telah menemui ibu kandungnya.

Menurut laporan Oriental Daily, pertemuan semula ibu dan anak kandung ini kemudian mengalih perhatian ramai yang menjadikan ia peristiwa lebih menggembirakan berbanding perkahwinan itu sendiri.

Namun nasib kedua-dua belah keluarga ini menjadi lebih baik, kerana perkahwinan itu tidak mengalami masalah darah dan keturunan juga tidak perlu dibatalkan, ekoran pengantin perempuan dan pengantin lelaki bukan saudara kandung. 

Oriental Daily

Menurut Oriental Daily, ibu kandung pengantin perempuan telah berusaha mencari anaknya yang hilang selama bertahun-tahun tetapi tidak berhasil. Akibat hampa dengan pencarian itu, ibu ini kemudian telah mengambil seorang budak lelaki sebagai anak angkatnya.

Takdir jodoh dan pertemuan yang mungkin antara kira berasa agak pelik, anak perempuan kandung dan anak angkat wanita itu telah bertemu dan jatuh cinta lalu kini menjadi suami isteri.

Anak kandungnya telah berkahwin dengan adik angkat, dan pengantin perempuan kini menjadi anak perempuan dan sekaligus menantu kepada wanita ini, kedua-duanya terus sahaja memanggil ibu. Macam drama tetapi ini benar-benar kisah benar.

Remaja perempuan tipu majikan positif COVID-19 kerana mahu ponteng kerja, terima padah ditahan polis

0

ISKANDAR PUTERI – Hanya kerana berasa tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun menipu majikan kononnya dia dijangkiti COVID-19.

Perbuatannya itu menyebabkan majikannya terpaksa menutup restoran serta-merta dan membawa 12 pekerja melakukan ujian saringan COVID-19 sebelum semua mereka didapati negatif penyakit berkenaan.

Penipuan remaja berkenaan membawa padah apabila pemilik restoran berusia 32 tahun itu membuat laporan polis sebelum dia ditahan di sebuah rumah di Taman Mutiara Rini pada 6 April jam 1 tengah hari.

Gambar Hiasan / Unsplash

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata majikan itu menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada remaja berkenaan yang menghantar sekeping gambar surat mendakwa dia telah positif COVID-19.

“Disebabkan menerima berita itu, majikannya terpaksa menutup restoran dan pergi ke klinik bersama 12 pekerja lain untuk membuat ujian calitan COVID-19,” katanya.

Selepas semua mereka didapati negatif, majikan berkenaan telah bertanya sendiri kepada remaja tidak bertanggungjawab itu untuk mengetahui perkara sebenar.

Gambar Hiasan / Facebook

“Remaja itu kemudian mengaku dia telah menipu disebabkan tidak mahu datang bekerja gara-gara merasakan dirinya tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran,” kata Dzulkhairi dalam kenyataannya.

Remaja perempuan itu baharu sahaja sehari diterima bekerja di restoran berkenaan pada 5 April.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420/468 Kanun Keseksaan atas kesalahan memalsukan laporan pemeriksaan ujian calitan COVID-19 dan suspek akan direman.

Wanita ‘dianiaya’ jurusolek raih perhatian MUA Bellaz yang tampil mahu taja solekan semula

0

Semua pengantin pasti mahu dilihat sebagai wanita terindah di hari bahagia masing-masing. Jadi, pemilihan jurusolek atau ‘mak andam’ sangatlah penting.

Bayangkan jika hasilnya tidak seperti yang kita mahukan, seperti apa yang menimpa seorang wanita malang ini.

Wanita tersebut, Yana Nazaruddin berkongsi hasil tatarias seorang mak andam yang menurutnya sangat mengecewakan.

Yana Nazaruddin/Facebook

“Entahlah, sedih kecewa semua ada tak tahu nak rasa apa bila kena aniaya macam ni. Harga mekap bukan murah. Ratus-ratus juga aku bayar tapi yang dapat macam ini”.

Malah lebih memburukkan keadaan, pihak butik terbabit langsung tidak menerima tegurannya dan bertindak mengabaikan sahaja mesej yang dihantar Yana.

“Bagi crown yang dah reput teruk, sentuh sikit pun boleh patah. Dengan veil yang dah lusuh warna putihnya. Tak tahu lah nak cakap apa. Niat nak berbincang dengan baik tapi yang dapat ibarat dihalau”.

Oleh kerana kisah itu tular, ia kemudian mendapat perhatian daripada jurusolek terkemuka, MUA Bellaz yang tampil dan mahu menawarkan khidmat solekan padanya.

MUA Bellaz atau nama sebenarnya, Nabilah Zulyadaini ternyata berasa simpati dengan nasib Yana lantas memutuskan untuk menaja solekan wanita itu.

Nabilah Zulyadaini/Facebook

Dengan hati yang terbuka dan gembira, Yana menerima bantuan itu dan MUA Bellaz turut berjanji akan menemuinya jika rentas negeri kelak dibenarkan.

Perkongsian itu ternyata membuatkan ramai pengguna media sosial turut naik geram. Sudahlah bayar mahal-mahal, servis pula tidak setimpal.

Semoga kita semua dijauhilah dengan perkara sebegini.


Ustaz Ebit Lew bantu seorang gelandangan di Afrika Selatan, berinya makan dan menempah penginapan hotel untuknya tidur selesa selepas 20 tahun

0

Ustaz Ebit Lew kembali dengan misinya untuk membantu golongan kurang bernasib baik dan memerlukan. Bantuan kemanusiaannya baru-baru ini telah membawa kerja amal itu merentas sempadan negara ke Afrika Selatan di mana Ustaz Ebit Lew membina semula rumah untuk 16 keluarga Zulu pada 26 Mac lalu.

Walaupun itu adalah misi utamanya di Afrika Selatan, Ustaz Ebit Lew masih terus menjaga insan-insan memerlukan di sekelilingnya.

Pada 3 April, Ustaz Ebit Lew menerusi laman Facebooknya telah berkongsi kisah Uncle Scott, seorang gelandangan yang tinggal di jalanan berhampiran bandar Durban, Afrika Selatan.

Ebit Lew /Facebook

Ustaz Ebit Lew mendokumentasikan kisah itu melalui sebuah video dan ia telah menyentuh hati ramai pihak.

Video bermula apabila Ustaz Ebit Lew mendekati seorang gelandangan bernama Uncle Scott dan memperkenalkan dirinya.

Setelah berbual ringkas dan mengenali gelandangan ini dengan lebih baik, beliau bertanya kepada lelaki itu sama ada dia bersetuju sekiranya Ustaz Ebit Lew membelikan beberapa pakaian baru.

Ebit Lew / Facebook

“Saya ingin membelikan anda pakaian. Ia hanya hadiah dari saya. Untuk anda. Kerana saya sayangkan anda,” katanya kepada lelaki segak berusia 60 tahun itu.

Ustaz Ebit Lew membawa Uncle Scott ke kedai pakaian berdekatan, di mana beliau membelikannya beberapa helai pakaian dan selipar sarung. Keesokan harinya, Ustaz Ebit Lew membawa Uncle Scott keluar makan tengah hari di KFC.

Ebit Lew / Facebook

Semasa makan tengah hari dan perbualan mereka, Ustaz Ebit Lew mengetahui lebih banyak tentang kehidupan Uncle Scott dengan kesukaran yang sedang dihadapinya, masa silamnya yang dia sendiri tidak suka dan kegagalannya dalam kehidupan.

Semua orang sudah sedia maklum dengan kebaikan hati Ustaz Ebit Lew yang spontan akan membuat hati semua orang berasa tersentuh. Seperti ini ketika beliau menyuapkan KFC ke mulut Uncle Scott.

Ebit Lew / Facebook

Selepas selesai makan, Ustaz Ebit Lew membawa Uncle Scott ke sebuah hotel dan membiarkannya mandi dan membersihkan diri serta tidur di situ pada hari itu.

Bila ditanya Ustaz Ebit Lew, Uncle Scott mendedahkan yang dia sudah lebih 20 tahun tidak menjejakkan kaki dan menginap di hotel.

Selepas Uncle Scott selesai mandi dan menyalin pakaian, Ustaz Ebit Lew mengeringkan rambutnya dan memberinya t-shirt baru untuk dipakai, serta memastikan dia berasa selesa di bawah jagaan Ustaz Ebit Lew.

Ebit Lew / Facebook

“Pada hari pertama ketika kami menawarkan bantuan, Uncle Scott menolaknya. Saya kembali pada hari kedua. Bermula takut-takut sekarang dia lebih rapat dengan saya. Seperti kawan baik,” tulis Ustaz Ebit Lew dalam posting di Facebook.

“Sekarang saya membawanya ke hotel untuk mandi dan tidur. Dia sangat gembira. Orang sekeliling juga terkejut kerana dia benar-benar mengikut saya,” tambahnya.

Ustaz Ebit Lew kemudian mengakhiri posting video itu dengan berkata, “Berbeza ujian setiap orang. Siapa tahu apa rahsia di sebalik semuanya.”

Guna telefon pintar ibu beli-belah barang permainan dalam talian, si kecil 4 tahun belanjakan hampir RM900 tanpa pengetahuan pakai kad kredit bapa

0

Perkara yang sama pernah berlaku ke atas ibu bapa lain, dan jangan memandang rendah kuasa anak kecil apabila mereka diberikan telefon pintar tanpa pemantauan.

Bukan sekadar mereka mampu membuka YouTube untuk lalala atau bermain permainan video, malahan mereka akan membuka aplikasi beli-belah popular seperti Lazada dan Shopee lalu membeli-belah sakan jika diberi peluang mendapat akses kepadanya.

Seorang ibu, Sharifah Cut Shai meluahkan rasa terkejutnya menerusi laman Facebook dengan berkongsi bagaimana anak lelakinya yang berusia 4 tahun telah berjaya membeli-belah dalam talian di Lazada menggunakan kad kredit milik suaminya tanpa pengetahuan mereka.

Sharifah Cut Shai /Facebook

Luth Harris Aufa yang baru berusia 4 tahun membeli pelbagai barangan yang kebanyakannya permainan termasuk yang berkaitan Spiderman dan Ultraman serta lain-lain. Jumlah keseluruhan yang dibelanjakannya hampir mencecah RM900!

Menurut Sharifah, anaknya membeli semua barangan itu secara sendiri tanpa pengetahuannya. Dia juga tidak menerima pesanan kod TAC dari bank kerana butiran kad kredit disimpan secara automatik dalam aplikasi membeli-belah.

Sharifah menambah dia hanya menyedari tentang perkara itu ketika pekerja penghantaran tiba di rumahnya untuk menghantar beberapa barangan yang tidak dipesannya.

Oleh kerana Sharifah tiada di rumah pada hari itu, suaminya menerima barang-barang itu dan terkejut kerana Sharifah membeli banyak mainan untuk anak mereka.

Suaminya seperti biasa akan mengambil gambar barangan yang dibeli dan menghantar mesej kepada Sharifah sambil bertanya “Kamu beli semua ini untuk anak-anak ke?”

Sharifah Cut Shai /Facebook

Selepas membalas mesej itu, kedua ibu bapa ini mula menjadi musykil dan spontan bertindak untuk menyiasat siapa pelakunya. Setelah membuka aplikasi Lazada, mereka menemui lebih banyak pesanan barangan tertunda yang telah dibayar tetapi belum dihantar.

Ketika itulah mereka menyedari siapa pelakunya … anak lelakinya yang berusia 4 tahun, Luth Harris.

Ketika Sharifah menyoal siasat Luth, si kecil ini mendedahkan dia telah menggunakan telefon pintar ibunya untuk menonton video tetapi iklan Spiderman tiba-tiba terkeluar, yang telah membawanya ke aplikasi membeli-belah dalam talian Lazada. Maka tergeraklah tangannya menekan-nekan untuk membeli!

Sharifah Cut Shai /Facebook

Sharifah dan suaminya berjaya membatalkan beberapa pesanan yang belum dihantar, yang menjimatkan kira-kira RM200. Selebih barangan lain sudah terlambat, kerana ia sudah dalam perjalanan untuk penghantaran.

“Kami menghabiskan kira-kira RM700 setelah membatalkan pesanan lain,” kata Sharifah.

Sharifah Cut Shai /Facebook

Tambah Sharifah dia tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis ketika mendapat tahu hasil kerja tangan anak lelakinya yang kreatif membeli-belah dalam talian, namun sedikit lega kerana barang-barang itu dibayar menggunakan kad kredit suami dan bukan miliknya. Jadi tidak mengapalah suaminya sahaja yang menangis.

Diharap ibu bapa lebih berhati-hati dan jadikan pengalaman Sharifah ini sebagai pengajaran. Jangan simpan butiran kad kredit semasa memberikan telefon pintar anda kepada anak-anak. Sebaiknya kunci aplikasi sensitif yang melibatkan perbankan dan rangkaian beli-belah dalam talian, menggunakan kekunci cap jari.

Video tular pasangan ini susun barang dapur jadi kemas, cantik dan bersih teratur tarik perhatian ramai

0

Bahagian dapur merupakan ruangan yang penting buat semua orang tidak kira bagi pasangan yang telah berkahwin mahupun yang masih bujang.

Mana tidaknya, di situlah tempat mereka akan menyiapkan juadah untuk mengisi perut sendiri juga seisi keluarga dengan pelbagai menu, sekiranya seseorang itu suka memasak dan rajin ke dapur.

Jadi apabila timbul bab menghias dapur untuk kemudahan dan keselesaan sendiri, maka ia akan menjadi satu perkara paling penting. 

Twitter

Ada sesetengah orang seperti mana yang sudah menjadi kebiasaan kepada mereka yang berada di Barat dan negara Asia maju yang lain, ruang dapur yang tersusun kemas adalah menjadi perkara wajib untuk dilakukan. Maka tidak hairan pun jika mereka terus mengemas bersih licin berkilat selepas membeli-belah dan memasak.

Tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang wanita menunjukkan bagaimana dia menyusun kesemua barang dapurnya selepas dibeli oleh suami.

Twitter

Kemas tersusun setiap barang dalam bekas khas dan ruang yang tersedia.

Twitter

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan wanita berkenaan baru saja pulang daripada membeli barangan dapur bersama suaminya.

Dia kemudian terus membuka semua barang yang dibelinya dengan mengemas satu persatu secara teratur.

Twitter

Apa yang menarik perhatian, setiap barang mempunyai bekas khas sendiri untuk disusun dan dilekatkkan label dengan kemas di ruangan dapurnya. Label dengan nama barangan tersebut serta di ruang yang telah ditetapkan.

Twitter

Jadi semuanya nampak kemas, cantik dan teratur tersusun. Ini akan memudahkan semua orang untuk mengambil barangan apabila hendak menggunakannya, semuanya tidak bersepah dan berada di tempat masing-masing yang telah ditentukan.

Twitter

Rata-rata komen pengguna Twitter meluahkan rasa kagum dengan kerajinan keluarga ini dan ada juga yang mengaku bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk mengemas mengikut cara seperti itu.

Twitter

Malahan ada yang bertanya dari mana keluarga ini mendapatkan bekas-bekas tersebut kerana mahu membelinya.

Twitter

Perkongsian video terapi minda di Twitter yang telah meraih lebih 402,000 tontonan, 8,300 retweet dan 18,000 netizen yang suka.

Kita juga boleh ikut cara mereka kalau kita rajin, juga kalau sudah menjadi kebiasaan rumah sentiasa teratur sejak azali, maka perkara menyusun kemas sebegini akan menjadi seperti biasa-biasa dan norma kehidupan sahaja.

Netizen tersentuh, kagum kejujuran pelayan pulang cincin pelanggan yang tertinggal di restoran

0

Kejujuran adalah peribadi yang mulia dan terpuji. Justeru, mereka yang mempunyai sifat ini seharusnya dihargai dan dijadikan tauladan buat kita semua.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Kunavathi Paul Raj telah berkongsi kisah yang menyentuh hati melibatkan seorang pelayan restoran.

Menurut wanita itu, dia dan anak lelakinya telah pergi ke sebuah restoran iaitu Sri Ananda Bahwan yang terletak di Ipoh untuk bersarapan.

“Selepas selesai makan dan membayar bil, kami leka berbual hingga ke kereta. Kemudian seorang pelayan bernama Nahendran dari restoran itu datang”.

Kunavathi Paul Raj/Facebook

Nahendran selepas itu bertanya kepada mereka berdua adakah salah seorang daripada mereka telah kehilangan sebentuk cincin.

“Pada ketika itulah, anak saya mula perasan bahawa cincin di jarinya sudah hilang”, kata Kunavathi yang kemudian menjelaskan keadaan itu pada Nahendran.

“Dia (Nahendran) menunjukkan cincin itu kepada saya untuk diperiksa jika ianya merupakan kepunyaan anaknya dan ya, ianya memang milik anak saya!”.

Kunavathi Paul Raj/Facebook

“Saya sangat bersyukur atas sikap terpuji dan kejujuran yang ditunjukkan oleh pelayan berkenaan”, tulis wanita itu.

Malah menurut Kuvanathi, dia yang merupakan seorang pesara guru bukanlah pelanggan tetap kedai tersebut memandangkan dia menetap di Kuala Lumpur.

“Saya dari KL. Ipoh adalah kampung kami. Jadi jika saya di Ipoh, saya selalunya akan ke restoran itu untuk bersarapan”.

“Bukan senang mahu jumpa individu yang jujur sepertinya. Nahendran sememangnya insan yang mengagumkan. Pengusaha restoran itu patut berbangga dengannya. Semoga Tuhan merahmati kamu, Nahendran”, akhiri Kuvanathi.

Benarlah, bukan mudah untuk dipertemukan dengan insan yang jujur di kala dunia serba moden ini. Memandangkan ramai kini yang lebih suka mengambil kesempatan.

Syukur masih ada lagi insan sebegini. Semoga kita semua dapat mencontohi kejujuran Nahendran ya!

Cedera terlibat kemalangan, pengantin lelaki terpaksa sanding berseluar pendek

0

Hari perkahwinan adalah hari bermakna dalam hidup seseorang dan tentunya kita mahu dilihat berketerampilan terbaik dan kemas.

Namun tidak bagi pasangan mempelai dari Jawa Timur, Indonesia yang tular di Twitter baru-baru ini ekoran pengantin lelaki dilihat tidak berbaju dan hanya berseluar pendek.

@br0wski/Twitter

Malah tangannya yang cedera turut dibalut, begitu juga dengan lututnya. Sedangkan pengantin perempuan pula begitu anggun berbusana tradisional Jawa.

Menurut laporan, pengantin lelaki bernama Suprapto itu difahamkan terjatuh daripada motosikalnya dan mengalami kecederaan 4 hari sebelum majlis berlangsung.

Ia membuatkan Suprapto tidak dapat memakai pakaian yang sepatutnya dipakainya kerana dia selepas itu terpaksa menjalani pembedahan pada bahu.

@br0wski/Twitter

“Suami saya kemalangan ketika mahu membeli petrol. Dia secara tiba-tiba tidak sedarkan diri dan terjatuh daripada motosikalnya”, kata Elinda Dwi Kristiani.

Sungguhpun terpaksa berpenampilan sedemikian, orang ramai masih memuji dan memberi semangat padanya ekoran dia masih menggagahkan diri ke majlis perkahwinannya.

Mujurlah semuanya berjalan dengan lancar. Tahniah Suprapto dan Elinda..