Bahagian dapur merupakan ruangan yang penting buat semua orang tidak kira bagi pasangan yang telah berkahwin mahupun yang masih bujang.
Mana tidaknya, di situlah tempat mereka akan menyiapkan juadah untuk mengisi perut sendiri juga seisi keluarga dengan pelbagai menu, sekiranya seseorang itu suka memasak dan rajin ke dapur.
Jadi apabila timbul bab menghias dapur untuk kemudahan dan keselesaan sendiri, maka ia akan menjadi satu perkara paling penting.

Ada sesetengah orang seperti mana yang sudah menjadi kebiasaan kepada mereka yang berada di Barat dan negara Asia maju yang lain, ruang dapur yang tersusun kemas adalah menjadi perkara wajib untuk dilakukan. Maka tidak hairan pun jika mereka terus mengemas bersih licin berkilat selepas membeli-belah dan memasak.
Tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang wanita menunjukkan bagaimana dia menyusun kesemua barang dapurnya selepas dibeli oleh suami.

Kemas tersusun setiap barang dalam bekas khas dan ruang yang tersedia.

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan wanita berkenaan baru saja pulang daripada membeli barangan dapur bersama suaminya.
Dia kemudian terus membuka semua barang yang dibelinya dengan mengemas satu persatu secara teratur.

Apa yang menarik perhatian, setiap barang mempunyai bekas khas sendiri untuk disusun dan dilekatkkan label dengan kemas di ruangan dapurnya. Label dengan nama barangan tersebut serta di ruang yang telah ditetapkan.

Jadi semuanya nampak kemas, cantik dan teratur tersusun. Ini akan memudahkan semua orang untuk mengambil barangan apabila hendak menggunakannya, semuanya tidak bersepah dan berada di tempat masing-masing yang telah ditentukan.

Rata-rata komen pengguna Twitter meluahkan rasa kagum dengan kerajinan keluarga ini dan ada juga yang mengaku bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk mengemas mengikut cara seperti itu.

Malahan ada yang bertanya dari mana keluarga ini mendapatkan bekas-bekas tersebut kerana mahu membelinya.

Perkongsian video terapi minda di Twitter yang telah meraih lebih 402,000 tontonan, 8,300 retweet dan 18,000 netizen yang suka.
Kita juga boleh ikut cara mereka kalau kita rajin, juga kalau sudah menjadi kebiasaan rumah sentiasa teratur sejak azali, maka perkara menyusun kemas sebegini akan menjadi seperti biasa-biasa dan norma kehidupan sahaja.