Pertemuan semula ibu dan anak perempuan kandung ketika upacara perkahwinan anak lelakinya sendiri ini seperti kisah drama tetapi itulah hakikatnya, benar-benar takdir jodoh dan pertemuan.
Ketika menghadiri upacara perkahwinan anak lelakinya di Suzhou, China pada 31 Mac, seorang wanita tiba-tiba menyedari pengantin perempuan adalah anaknya yang hilang sejak lebih 20 tahun yang lalu.
Menurut laporan 8 World News, wanita itu melihat tanda lahir di tangan bakal menantunya yang amat dikenalinya kerana dia seorang ibu yang mengenali ciri-ciri fizikal anak perempuan kandung yang dirinduinya.
Ibu ini menyedari tanda lahir di tangan itu mempunyai persamaan dengan anak perempuannya yang hilang kerana ia berbentuk agak unik dan luar biasa. Anak kecil ini telah hilang secara tidak sengaja di tepi jalan lebih 20 tahun yang lalu.
Mengesyaki pengantin perempuan itu boleh jadi adalah anak perempuan kandungnya yang telah lama hilang, wanita itu bertanya kepada iparnya sama ada pengantin perempuan itu adalah anak angkat mereka.
Oriental Daily melaporkan pertanyaan itu telah mengejutkan keluarga pengantin perempuan, kerana mereka tidak pernah membocorkan rahsia ini selama bertahun-tahun.
Rupa-rupanya, ibu bapa pengantin perempuan mendedahkan dalam majlis itu bahawa mereka telah menemui seorang anak kecil di tepi jalan lebih 20 tahun yang lalu, dan sejak itu mereka telah menjaga dan mendidiknya seperti anak perempuan sendiri.
Sebaik mendengar berita itu, pengantin perempuan yang terharu spontan meraung sebak kerana menyedari telah menemui ibu kandungnya.
Menurut laporan Oriental Daily, pertemuan semula ibu dan anak kandung ini kemudian mengalih perhatian ramai yang menjadikan ia peristiwa lebih menggembirakan berbanding perkahwinan itu sendiri.
Namun nasib kedua-dua belah keluarga ini menjadi lebih baik, kerana perkahwinan itu tidak mengalami masalah darah dan keturunan juga tidak perlu dibatalkan, ekoran pengantin perempuan dan pengantin lelaki bukan saudara kandung.
Menurut Oriental Daily, ibu kandung pengantin perempuan telah berusaha mencari anaknya yang hilang selama bertahun-tahun tetapi tidak berhasil. Akibat hampa dengan pencarian itu, ibu ini kemudian telah mengambil seorang budak lelaki sebagai anak angkatnya.
Takdir jodoh dan pertemuan yang mungkin antara kira berasa agak pelik, anak perempuan kandung dan anak angkat wanita itu telah bertemu dan jatuh cinta lalu kini menjadi suami isteri.
Anak kandungnya telah berkahwin dengan adik angkat, dan pengantin perempuan kini menjadi anak perempuan dan sekaligus menantu kepada wanita ini, kedua-duanya terus sahaja memanggil ibu. Macam drama tetapi ini benar-benar kisah benar.