Semua pengantin pasti mahu dilihat sebagai wanita terindah di hari bahagia masing-masing. Jadi, pemilihan jurusolek atau ‘mak andam’ sangatlah penting.
Bayangkan jika hasilnya tidak seperti yang kita mahukan, seperti apa yang menimpa seorang wanita malang ini.
Wanita tersebut, Yana Nazaruddin berkongsi hasil tatarias seorang mak andam yang menurutnya sangat mengecewakan.
Yana Nazaruddin/Facebook
“Entahlah, sedih kecewa semua ada tak tahu nak rasa apa bila kena aniaya macam ni. Harga mekap bukan murah. Ratus-ratus juga aku bayar tapi yang dapat macam ini”.
Malah lebih memburukkan keadaan, pihak butik terbabit langsung tidak menerima tegurannya dan bertindak mengabaikan sahaja mesej yang dihantar Yana.
“Bagi crown yang dah reput teruk, sentuh sikit pun boleh patah. Dengan veil yang dah lusuh warna putihnya. Tak tahu lah nak cakap apa. Niat nak berbincang dengan baik tapi yang dapat ibarat dihalau”.
Oleh kerana kisah itu tular, ia kemudian mendapat perhatian daripada jurusolek terkemuka, MUA Bellaz yang tampil dan mahu menawarkan khidmat solekan padanya.
MUA Bellaz atau nama sebenarnya, Nabilah Zulyadaini ternyata berasa simpati dengan nasib Yana lantas memutuskan untuk menaja solekan wanita itu.
Nabilah Zulyadaini/Facebook
Dengan hati yang terbuka dan gembira, Yana menerima bantuan itu dan MUA Bellaz turut berjanji akan menemuinya jika rentas negeri kelak dibenarkan.
Perkongsian itu ternyata membuatkan ramai pengguna media sosial turut naik geram. Sudahlah bayar mahal-mahal, servis pula tidak setimpal.
Semoga kita semua dijauhilah dengan perkara sebegini.