25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 24, 2023

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaInspirasiNetizen tersentuh, kagum kejujuran pelayan pulang cincin pelanggan yang tertinggal di restoran

Netizen tersentuh, kagum kejujuran pelayan pulang cincin pelanggan yang tertinggal di restoran

Kejujuran adalah peribadi yang mulia dan terpuji. Justeru, mereka yang mempunyai sifat ini seharusnya dihargai dan dijadikan tauladan buat kita semua.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Kunavathi Paul Raj telah berkongsi kisah yang menyentuh hati melibatkan seorang pelayan restoran.

Menurut wanita itu, dia dan anak lelakinya telah pergi ke sebuah restoran iaitu Sri Ananda Bahwan yang terletak di Ipoh untuk bersarapan.

“Selepas selesai makan dan membayar bil, kami leka berbual hingga ke kereta. Kemudian seorang pelayan bernama Nahendran dari restoran itu datang”.

Kunavathi Paul Raj/Facebook

Nahendran selepas itu bertanya kepada mereka berdua adakah salah seorang daripada mereka telah kehilangan sebentuk cincin.

“Pada ketika itulah, anak saya mula perasan bahawa cincin di jarinya sudah hilang”, kata Kunavathi yang kemudian menjelaskan keadaan itu pada Nahendran.

“Dia (Nahendran) menunjukkan cincin itu kepada saya untuk diperiksa jika ianya merupakan kepunyaan anaknya dan ya, ianya memang milik anak saya!”.

Kunavathi Paul Raj/Facebook

“Saya sangat bersyukur atas sikap terpuji dan kejujuran yang ditunjukkan oleh pelayan berkenaan”, tulis wanita itu.

Malah menurut Kuvanathi, dia yang merupakan seorang pesara guru bukanlah pelanggan tetap kedai tersebut memandangkan dia menetap di Kuala Lumpur.

“Saya dari KL. Ipoh adalah kampung kami. Jadi jika saya di Ipoh, saya selalunya akan ke restoran itu untuk bersarapan”.

“Bukan senang mahu jumpa individu yang jujur sepertinya. Nahendran sememangnya insan yang mengagumkan. Pengusaha restoran itu patut berbangga dengannya. Semoga Tuhan merahmati kamu, Nahendran”, akhiri Kuvanathi.

Benarlah, bukan mudah untuk dipertemukan dengan insan yang jujur di kala dunia serba moden ini. Memandangkan ramai kini yang lebih suka mengambil kesempatan.

Syukur masih ada lagi insan sebegini. Semoga kita semua dapat mencontohi kejujuran Nahendran ya!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...

TREN TERKINI