27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 12, 2024
UtamaGaya HidupGuna telefon pintar ibu beli-belah barang permainan dalam talian, si kecil 4...

Guna telefon pintar ibu beli-belah barang permainan dalam talian, si kecil 4 tahun belanjakan hampir RM900 tanpa pengetahuan pakai kad kredit bapa

Perkara yang sama pernah berlaku ke atas ibu bapa lain, dan jangan memandang rendah kuasa anak kecil apabila mereka diberikan telefon pintar tanpa pemantauan.

Bukan sekadar mereka mampu membuka YouTube untuk lalala atau bermain permainan video, malahan mereka akan membuka aplikasi beli-belah popular seperti Lazada dan Shopee lalu membeli-belah sakan jika diberi peluang mendapat akses kepadanya.

Seorang ibu, Sharifah Cut Shai meluahkan rasa terkejutnya menerusi laman Facebook dengan berkongsi bagaimana anak lelakinya yang berusia 4 tahun telah berjaya membeli-belah dalam talian di Lazada menggunakan kad kredit milik suaminya tanpa pengetahuan mereka.

Sharifah Cut Shai /Facebook

Luth Harris Aufa yang baru berusia 4 tahun membeli pelbagai barangan yang kebanyakannya permainan termasuk yang berkaitan Spiderman dan Ultraman serta lain-lain. Jumlah keseluruhan yang dibelanjakannya hampir mencecah RM900!

Menurut Sharifah, anaknya membeli semua barangan itu secara sendiri tanpa pengetahuannya. Dia juga tidak menerima pesanan kod TAC dari bank kerana butiran kad kredit disimpan secara automatik dalam aplikasi membeli-belah.

Sharifah menambah dia hanya menyedari tentang perkara itu ketika pekerja penghantaran tiba di rumahnya untuk menghantar beberapa barangan yang tidak dipesannya.

Oleh kerana Sharifah tiada di rumah pada hari itu, suaminya menerima barang-barang itu dan terkejut kerana Sharifah membeli banyak mainan untuk anak mereka.

Suaminya seperti biasa akan mengambil gambar barangan yang dibeli dan menghantar mesej kepada Sharifah sambil bertanya “Kamu beli semua ini untuk anak-anak ke?”

Sharifah Cut Shai /Facebook

Selepas membalas mesej itu, kedua ibu bapa ini mula menjadi musykil dan spontan bertindak untuk menyiasat siapa pelakunya. Setelah membuka aplikasi Lazada, mereka menemui lebih banyak pesanan barangan tertunda yang telah dibayar tetapi belum dihantar.

Ketika itulah mereka menyedari siapa pelakunya … anak lelakinya yang berusia 4 tahun, Luth Harris.

Ketika Sharifah menyoal siasat Luth, si kecil ini mendedahkan dia telah menggunakan telefon pintar ibunya untuk menonton video tetapi iklan Spiderman tiba-tiba terkeluar, yang telah membawanya ke aplikasi membeli-belah dalam talian Lazada. Maka tergeraklah tangannya menekan-nekan untuk membeli!

Sharifah Cut Shai /Facebook

Sharifah dan suaminya berjaya membatalkan beberapa pesanan yang belum dihantar, yang menjimatkan kira-kira RM200. Selebih barangan lain sudah terlambat, kerana ia sudah dalam perjalanan untuk penghantaran.

“Kami menghabiskan kira-kira RM700 setelah membatalkan pesanan lain,” kata Sharifah.

Sharifah Cut Shai /Facebook

Tambah Sharifah dia tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis ketika mendapat tahu hasil kerja tangan anak lelakinya yang kreatif membeli-belah dalam talian, namun sedikit lega kerana barang-barang itu dibayar menggunakan kad kredit suami dan bukan miliknya. Jadi tidak mengapalah suaminya sahaja yang menangis.

Diharap ibu bapa lebih berhati-hati dan jadikan pengalaman Sharifah ini sebagai pengajaran. Jangan simpan butiran kad kredit semasa memberikan telefon pintar anda kepada anak-anak. Sebaiknya kunci aplikasi sensitif yang melibatkan perbankan dan rangkaian beli-belah dalam talian, menggunakan kekunci cap jari.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI