31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, September 15, 2025
Utama Blog Laman 349

Reaksi orang awam ketika diberikan pujian… hanya dengan kata-kata sudah boleh buatkan ramai tersenyum

0

Ya, wang ringgit memang penting terutama pada zaman sekarang. Namun begitu, tidak semua benda boleh dibeli dengan wang. Adakalanya kita hanya memerlukan sedikit usaha untuk membahagiakan orang di sekeliling kita. Contohnya dengan pujian yang diberikan buat mereka.

Video di bawah ini sangat manis untuk ditonton. Anda pasti akan mengakui bahawa kita sebenarnya tidak memerlukan wang untuk buat orang tersenyum. Tidak percaya lihat lah bagaimana reaksi mereka di dalam video ini ketika dipuji. Anda sendiri pasti akan tersenyum melihatnya!

Sebenarnya dengan kata-kata pujian seperti ini sudah boleh buatkan hari mereka cerah dan ceria. Mudah bukan?

“Anda kelihatan sangat cantk hari ini!”

Facebook

“Anda nampak sangat segar!”

Facebook

“Saya suka topi anda”

Facebook

“Warna biru itu sangat cantik pada anda”

Facebook

Lihatlah dengan sedikit pujian sebenarnya sudah boleh membuatkan ramai yang senang hati. Anda tidak perlu mengeluarkan walau satu sen pun untuk membuatkan orang-orang di sekitar anda tersenyum.

Jadi, selepas ini berikan pujian dan penghargaan buat mereka. Bukan hanya mereka yang akan tersenyum malah anda juga pasti akan gembira melihat reaksi mereka!

Tonton video di sini.

Main bola bersama dengan paus Beluga di tengah laut, spesies ini bukan sahaja comel tetapi sangat lincah!

0

Antara hidupan laut yang paling disukai ramai ialah ikan lumba-lumba. Spesies tersebut bukan sahaja comel malah lincah juga. Melihat telatah mereka yang lucu boleh buatkan ramai yang tersenyum sendiri. Namun, tahukah anda selain lumba-lumba sebenarnya ada spesies lain yang juga sangat comel, lincah dan bijak iaitu ikan paus Beluga.

Buktinya, lihat lah di dalam video di bawah ini. Seekor Beluga putih kelihatan sangat lincah bermain dengan beberapa orang lelaki di atas bot.

Apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut ialah dengan membaling sebiji bola ke tengah laut dan meminta ikan comel tersebut untuk mengembalikan bola tersebut kepadanya semula.

Facebook

Selepas bola tersebut dibaling jauh, paus tersebut terus berenang untuk mendapatkan bola tersebut. Hanya beberapa ketika dia berenang dia berhasil mendapatkan bola tersebut. Dia kemudian dengan bijaknya cuba untuk membawa bola tersebut.

Lihatlah! Akhirnya dia berjaya dia mendapatkan bola itu dan diserahkan semula kepada lelaki tersebut… Bijak bukan Beluga ini?

Facebook

Bagi anda yang tidak tahu mengenai spesies ini, Beluga merupakan salah satu spesies ikan paus yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Paus ini biasanya lahir dengan warna kelabu tetapi warna mereka boleh bertukar seiring dengan peningkatan umur. Sampai suatu saat paus ini boleh bertukar menjadi putih untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di Kutub Utara. Keadaan ini membolehkan Beluga menyamar supaya tidak diancam oleh haiwan lain seperti beruang kutub.

Tonton video di sini.

Kucing comel dibawa bersiar-siar dalam beg plastik, reaksi comelnya sungguh mencairkan hati

0

Semua pasti tahu antara anjing dan kucing, anjing lebih menurut kata dan mudah untuk dijaga. Malah, anjing juga boleh dibawa bersiar-siar tanpa ada rasa takut dan ingin melarikan diri seperti kucing. Anda perlu menyediakan sangkar atau beg kucing sekiranya ingin membawa kucing anda bersiar-siar.

Baru-baru ini, seorang warganet yang memelihara kucing di rumah telah melakukan sesuatu yang sangat melucukan. Dia memiliki seekor kucing yang sangat comel. Kucing tersebut dikatakan tidak pernah dibenarkan keluar rumah kerana khuatir akan hilang atau dicuri.

Sumber : ddojoy

Namun pada masa yang sama, individu ini juga berasa kasihan kerana kebebasan kucingnya disekat. Jadi pada suatu hari, dia bercadang untuk membawa kucingnya berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah.

Mengendong kucing bukanlah satu idea yang baik kerana bila-bila masa sahaja, kucing akan mencakar untuk melepaskan diri. Oleh demikian, individu ini menemui satu cara yang unik untuk memastikan kucing kesayangannya itu selamat.

Sumber : ddojoy

Caranya adalah dengan menggunakan beg plastik! Dengan menggunakan beg plastik yang bersaiz sederhana besar, kucing ini kelihatan selesa berada dalam plastik tersebut. Lihatlah betapa comelnya posisi kucing gempal ini di dalam beg plastik itu. Geramnya tengok!

Sumber : ddojoy

Nampaknya kucing ini tidak begitu memilih. Meskipun tuannya tiada kelengkapan yang lebih baik seperti tali atau sangkar, kucing ini tetap gembira dapat melihat persekitaran luar meskipun hanya di dalam plastik. Comel!

Bekas graduan kongsi pengalaman hanya ada RM230 untuk belanja selama dua bulan di kampus

0

Seorang bekas pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang enggan dikenali telah berkongsi pengalaman hidupnya sewaktu kali pertama memasuki alam universiti untuk meneruskan pembelajaran. Perkongsian ini adalah bertujuan untuk menaikkan semangat belia di luar sana yang mungkin pernah meninggalkan pelajaran hanya disebabkan tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Sumber : Freepik

Menurut individu ini, dia pernah terpaksa meneruskan kehidupan di kampus selama dua bulan dengan hanya berbekalkan duit belanja sebanyak RM230. Tidak dapat dibayangkan bagaimana individu berjimat cermat dalam kehidupan sehariannya.

Pada awalnya, dia hanya mempunyai wang sebanyak RM200 untuk digunakan pada bulan pertama kemasukan. Namun apakan daya, permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya diluluskan pada bulan November sekali gus membuatkan pelajar ini terpaksa mengikat perutnya selama dua bulan.

Sumber : Fried Chillies

Bagi mengawal perbelanjaan, individu ini hanya akan makan dua kali sehari. Untuk makan tengahari, dia akan menghabiskan kurang daripada RM5 untuk membeli sepinggan nasi dan dua jenis sayuran. Pada waktu malam pula, dia akan membeli nasi lemak yang berharga RM1. Adakalanya, dia akan menambah lauk telur goreng.

Pada masa yang sama, salah satu subjek yang diambil memerlukan buku teks yang berharga RM70. Pelajar ini pulang ke rumah untuk mendapatkan bantuan kewangan dan keluarganya memberikan wang sebanyak RM100 untuk tujuan tersebut. Malah, individu ini memaklumkan bahawa dia akan menyertai pelbagai aktiviti di kampus yang akan memberikan makanan, pakaian dan merit kepadanya sekali gus membolehkan dia mengurangkan perbelanjaan.

Sumber : Eduadvisor

“Bukan ini sahaja cara untuk saya berjimat cermat. Saya juga mula bekerja secara sambilan. Isunya, peluang pekerjaan di UUM tidak begitu banyak. Antara pekerjaan yang saya lakukan adalah menjual tiket bas dan membantu pensyarah untuk mencari pelajar senior bagi melakukan penyelidikan”.

Dengan wang yang ada, dia kemudiannya membeli alat pencetak dan mula membuka perniagaan mencetak di asramanya. Selepas menamatkan pembelajaran, segala wang yang diperoleh semasa bekerja di kampus digunakan untuk meneruskan latihan industri atau praktikal di luar negara.

Setelah tamat latihan industri selama enam bulan, dia kembali ke Malaysia dan terus mendapat pekerjaan yang bagus. Dia kemudian tidak lagi perlu mengikat perut dan mengawal perbelanjaan seperti zaman kampusnya.

Ibu kucing gonggong anak yang sakit ke hospital untuk dapatkan rawatan, buat warganet terkesima

0

Tiada siapa boleh menafikan naluri keibuan dan kesanggupan ibu untuk berkorban demi anak tercinta. Sifat ini bukan hanya ada pada manusia yang bergelar ibu tetapi juga wujud pada haiwan.

Baru-baru ini, tular satu kejadian mengejutkan di bahagian kecemasan salah sebuah hospital di Turki. Kejadian ini sempat dikongsikan di laman Twitter oleh individu bernama Merve Özcan memaparkan seekor ibu kucing datang ke hospital sambil menggonggong anak kecilnya yang sakit.

Sumber : Bored Panda

“Hari ini kami berada dalam bilik rawatan kecemasan di hospital apabila seekor kucing tiba-tiba datang sambil membawa anaknya,” tulis Merve Özcan.

Sumber : Bored Panda

Kita semua tahu negara Turki sememangnya terkenal dengan sifat kasih sayang terhadap haiwan terutamanya haiwan jalanan. Justeru, sebaik sahaja melihat kelibat ibu kucing ini, kakitangan hospital segera menghampiri kucing tersebut dan memeriksa keadaan anak kucing yang masih bayi itu.

Sumber : Bored Panda

Sementara anaknya diberikan rawatan, ibu kucing ini kekal berada di sisinya dan mengekori ke mana sahaja. Kakitangan perubatan turut menjaga kebajikan ibu kucing ini dengan memberikan makanan dan susu supaya ibu kucing ini berasa selesa dan tenang.

Sumber : Bored Panda

Selepas memeriksa keadaan kedua-dua kucing ini, doktor kemudian mengambil keputusan untuk memindahkan ‘pesakit’ tersebut ke doktor haiwan untuk tindakan lanjut.

Tidak sangka ibu kucing ini mampu berfikir panjang dan tahu di mana untuk mendapatkan rawatan perubatan. Sungguh menakjubkan!

Arnab terbesar dunia dicuri, pemilik tawar ganjaran RM11,415

0

WORCESTERSHIRE – Seekor arnab yang memegang rekod sebagai arnab terbesar di dunia dilaporkan dicuri dari kandangnya di laman rumah yang terletak di Stoulton, Worchestershire, United Kingdom pada Sabtu lalu (10 April 2021).

Darius, arnab gergasi dilaporkan dari kandangnya dipercayai dicuri. Sumber : Polis West Mercia

Kehilangan arnab bernama Darius ini membuatkan pemiliknya, Annette Edwards, 68 tahun mengambil keputusan untuk menawarkan ganjaran lumayan sebanyak 1,000 pound (RM5,707) kepada mana-mana individu yang berjaya membawa pulang haiwan kesayangannya itu dengan selamat.

Darius memiliki berat mencecah 16 kilogram menjadikannya arnab paling besar di dunia. Sumber : Twitter

Annette juga menerusi laman Twitter merayu kepada individu yang bertanggungjawab dalam melarikan Darius untuk segera memulangkan haiwan berkenaan. Malah, Annette turut meningkatkan ganjarannya sebanyak dua kali ganda iaitu kepada RM11,415.

“Darius terlalu tua untuk membiak sekarang”.

Pemilik Darius meningkatkan ganjaran daripada RM 5,707 kepada RM11,415 untuk mendapatkan arnab peliharaannya kembali. Sumber: Twitter

Menurut laporan media, arnab jenis Continental Giant yang juga dikenali sebagai German Giant ini telah mencapai usia 10 tahun dengan berat sehingga 15.87 kilogram serta berukuran 129 sentimeter panjang. Hal ini membuatkankan arnab ini pernah memenangi Rekod Dunia Guinness sebagai arnab terbesar yang masih hidup. Sebelum ini, gelaran tersebut dipegang oleh ibu Darius yang turut dipelihara oleh Annette dan dinamakan Alice.

Gempa bumi lemah landa Sabah, gegaran dirasai di sekitar daerah Ranau

0

KOTA KINABALU – Gempa bumi lemah berukuran 2.8 pada skala Richter dilaporkan melanda Ranau, Sabah pada 11.10 malam 18 April 2021.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan gempa bumi itu berlaku 11 kilometer (km) Barat dari Ranau, Sabah.

Gempa bumi kecil dan lemah yang berlaku pada kedalaman 10 kilometer itu menyebabkan gegaran telah dirasai di sekitar daerah Ranau.

Padah merempit, tiga penunggang motosikal cedera setelah kemalangan di Klang

0

Gara-gara berlumba, beberapa penunggang motosikal dilaporkan terlibat kemalangan di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, Klang.

Video kejadian tersebut tular di sosial media menunjukkan para penunggang berkenaan sedang berlumba sebelum melanggar Perodua Viva, yang menyebabkan kereta itu berpusing.

Selain itu, terdapat juga video lain yang memaparkan mereka yang terbabit kemalangan terbaring dan ada antara mereka yang parah.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan jalan raya itu yang berlaku jam 3.30 pagi.

Ujar beliau, kemalangan berkenaan melibatkan tiga jenis kenderaan – iaitu, dua buah motosikal dan sebuah kereta.

Penunggang motosikal pertama yang berusia 24 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan, kini masih mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

“Penunggang motosikal kedua yang berumur 18 tahun pula patah paha kanan. Manakala pemandu kereta berusia 22 tahun juga mengalami patah paha kanan”, tambahnya.

Pihak polis kini sedang mencari saksi kejadian yang berada di lokasi semasa insiden tersebut berlaku.

Dalam pada itu, kes akan disiasat mengikut Seksyen Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Temui Koko, seekor kucing dari Jepun yang ‘dilantik’ menjadi Ketua Polis sehari bagi mengenang jasanya menyelamatkan nyawa seorang lelaki warga emas

0

Seekor kucing dari Jepun pada 13 April lalu telah ‘dilantik’ menjadi ketua bahagian polis untuk satu hari berikutan jasanya yang menyelamatkan seorang lelaki warga emas yang terjatuh ke dalam saluran air di Bandar Toyama, Jepun.

NHK

Kucing berkenaan, yang dipanggil Koko-chan, pada waktu kejadian telah memberikan petunjuk kepada pemiliknya tentang lelaki yang terjatuh itu, dan seterusnya berjaya menyelamatkan nyawa lelaki malang berkenaan.

Menurut laporan berita Jepun NHK, Koko telah dianugerahkan dengan sijil yang melantiknya menjadi Ketua Polis untuk satu hari dalam sebuah majlis yang sederhana.

NHK

Lihatlah sijil yang diterima oleh Koko ini, ianya lengkap dengan ‘tanda tangan’ Koko yang comel itu!

NHK

Selepas menerima watikah pelantikan, Koko seterusnya menghabiskan masa seharian di Jabatan Keselamatan Trafik dan turut menghadiri persembahan tentang undang-undang keselamatan trafik dengan sekumpulan pelajar sekolah rendah.

Bagi melengkapkan lagi upacara dan jawatannya pada hari tersebut, Koko juga telah dipakaikan pakaian seragam polis, lengkap dengan topi yang comel di atas kepalanya!

NHK

Bagaimanapun, melihat kepada beberapa gambar Koko dengan pakaian seragam polisnya, nampaknya Koko seperti tidak berpuas hati dan langsung tidak hairan dengan anugerah yang diterimanya.

Wajahnya jelas menggambarkan keletihan dan berhasrat agar semua ini cepat berlalu!

NHK

Lucu betul!

Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada Koko atas jasanya yang menyelamatkan nyawa manusia. Walaupun Koko kelihatan seperti tidak rela menghadiri dan menerima jawatan yang diberikan, tetapi tidak mengapalah, kerana Koko sangat comel, pasti semua orang akan memaafkannya!

Isu iklan judi: Polis tahan lapan individu sementara dalang video masih diburu

0

KUALA LUMPUR – Ekoran sebuah video yang mempromosikan judi yang tular baru-baru ini akhirnya telah membawa kepada penahanan lima orang lelaki dan tiga orang wanita yang disyaki terlibat dalam penggambaran video tersebut. Video yang mempromosikan perjudian secara dalam talian telah tular di media sosial sejak semalam dan membangkitkan kemarahan orang ramai.

Sinar Harian

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata kesemua individu yang ditahan itu dipercayai terlibat sebagai pelakon, ejen artis, juruvideo, jurukamera, produser, pengarah dalam penggambaran video berkenaan.

Kesemua mereka mengaku menerima bayaran bagi pembikinan video itu yang diadakan di dua lokasi iaitu Ampang dan Hulu Langat, Selangor pada 13 Mac lepas. Usaha mengesan dalang sebenar di sebalik pembikinan video berkenaan masih diteruskan.

Beliau berkata kesemua mereka direman dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sehingga kini, polis telah menerima 38 laporan berhubung perkara itu.

Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan, dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu boleh menyalurkannya kepada polis.

Sementara itu mengulas berkenaan penyebaran sebuah lagi video yang turut mempromosikan perjudian dalam talian yang tular hari ini, Acryl Sani berkata pihaknya sudah mengambil maklum berhubung perkara itu.

Difahamkan hari ini tular di media sosial sebuah lagi video mempromosikan perjudian dalam talian dengan bertemakan perayaan Aidilfitri.

Walau bagaimanapun masih belum ada laporan berkenaan video tersebut dibuat namun beliau mengarahkan agar satu laporan polis dibuat supaya siasatan lanjut boleh dijalankan.