Semua pasti tahu antara anjing dan kucing, anjing lebih menurut kata dan mudah untuk dijaga. Malah, anjing juga boleh dibawa bersiar-siar tanpa ada rasa takut dan ingin melarikan diri seperti kucing. Anda perlu menyediakan sangkar atau beg kucing sekiranya ingin membawa kucing anda bersiar-siar.
Baru-baru ini, seorang warganet yang memelihara kucing di rumah telah melakukan sesuatu yang sangat melucukan. Dia memiliki seekor kucing yang sangat comel. Kucing tersebut dikatakan tidak pernah dibenarkan keluar rumah kerana khuatir akan hilang atau dicuri.
Namun pada masa yang sama, individu ini juga berasa kasihan kerana kebebasan kucingnya disekat. Jadi pada suatu hari, dia bercadang untuk membawa kucingnya berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah.
Mengendong kucing bukanlah satu idea yang baik kerana bila-bila masa sahaja, kucing akan mencakar untuk melepaskan diri. Oleh demikian, individu ini menemui satu cara yang unik untuk memastikan kucing kesayangannya itu selamat.
Caranya adalah dengan menggunakan beg plastik! Dengan menggunakan beg plastik yang bersaiz sederhana besar, kucing ini kelihatan selesa berada dalam plastik tersebut. Lihatlah betapa comelnya posisi kucing gempal ini di dalam beg plastik itu. Geramnya tengok!
Nampaknya kucing ini tidak begitu memilih. Meskipun tuannya tiada kelengkapan yang lebih baik seperti tali atau sangkar, kucing ini tetap gembira dapat melihat persekitaran luar meskipun hanya di dalam plastik. Comel!