WORCESTERSHIRE – Seekor arnab yang memegang rekod sebagai arnab terbesar di dunia dilaporkan dicuri dari kandangnya di laman rumah yang terletak di Stoulton, Worchestershire, United Kingdom pada Sabtu lalu (10 April 2021).
Kehilangan arnab bernama Darius ini membuatkan pemiliknya, Annette Edwards, 68 tahun mengambil keputusan untuk menawarkan ganjaran lumayan sebanyak 1,000 pound (RM5,707) kepada mana-mana individu yang berjaya membawa pulang haiwan kesayangannya itu dengan selamat.
Annette juga menerusi laman Twitter merayu kepada individu yang bertanggungjawab dalam melarikan Darius untuk segera memulangkan haiwan berkenaan. Malah, Annette turut meningkatkan ganjarannya sebanyak dua kali ganda iaitu kepada RM11,415.
“Darius terlalu tua untuk membiak sekarang”.
Menurut laporan media, arnab jenis Continental Giant yang juga dikenali sebagai German Giant ini telah mencapai usia 10 tahun dengan berat sehingga 15.87 kilogram serta berukuran 129 sentimeter panjang. Hal ini membuatkankan arnab ini pernah memenangi Rekod Dunia Guinness sebagai arnab terbesar yang masih hidup. Sebelum ini, gelaran tersebut dipegang oleh ibu Darius yang turut dipelihara oleh Annette dan dinamakan Alice.