30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 15, 2025
Utama Blog Laman 347

Sekumpulan Oyen ‘tak sedarkan diri’ atas rumput undang tanda tanya..

0

Kucing jingga atau ‘Oyen’ sentiasa disebut-sebut si pencinta kucing. Mana tidaknya, mereka mempunyai perangai yang berbeza daripada kucing lain.

Paling disebut-sebut adalah kenakalan mereka yang langsung tiada tandingannya!

Foto hiasan/Pixabay

Menurut sumber, Oyen atau kebiasaannya baka “Ginger tabby’ ini nisbahnya lebih kepada kucing jantan.

Maka tidak hairanlah mengapa mereka nakal, ligat dan lasak. Ada sahaja idea untuk ‘mengganggu’ ketenangan haiwan lain dan bahkan manusia juga.

Jarang sekali kita dapat lihat si Oyen yang duduk diam bukan? Tetapi itulah yang disaksikan oleh individu bernama Xiao Pai ini.

88 Lovely Pet

Lelaki berkenaan difahamkan melihat satu pemandangan aneh – sekumpulan Oyen yang tidur bergelimpangan di atas rumput.

Pada mulanya, Xiao Pai sangka bahawa kucing-kucing itu sakit. Sudah tentulah ia menyedihkan Xiao Pai memandangkan dia sangat suka berinteraksi dengan kucing jalanan.

Namun tatkala Xiao Pai menghampiri untuk melihat keadaan mereka, dia berasa lega setelah mengetahui bahawa mereka itu sedang tidur lena rupanya!

Tidur pun kena pilih kawan sama warna bulu ke???

88 Lovely Pet

Bertuah betul! Jika kita lihat keadaan mereka begitu pun, tentunya kita tertanya-tanya mengapa agaknya mereka bergelimpangan sebegitu bukan?

Sengaja buat orang risau. Ingatkan gengster sangatlah Oyen ini. Tetapi nampaknya, tidur pun perlu bersama-sama rupanya.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

Pengawal keselamatan warga Nepal pusingkan badan semasa makan kerana mahu hormat orang berpuasa. “Tak mahu ganggu kamu..”

0

Ramadan sudah pun memasuki minggu kedua dan rata-rata sahabat kita yang berlainan bangsa turut memberikan sokongan agar kita dapat melaksanakan ibadah ini dengan sempurna.

Bahkan warga asing yang mencari rezeki di tanah bertuah ini turut menzahirkan sokongan dan hormatnya, seperti apa yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, @SyedAkramin ini.

@SyedAkramin/Twitter

Menurut Syed, dia memutuskan untuk berehat seketika di sebuah pondok dan kebetulan, terdapat seorang pengawal keselamatan sedang makan di sana.

Pengawal tersebut terus memalingkan tubuhnya sejurus melihat Syed. Apabila ditanya, lelaki Nepal itu menjawab, “Kamu puasa, tak mahu ganggu kamu”.

@SyedAkramin/Twitter

Perkara tersebut menyebabkan Syed tersedar kerana sebenarnya dialah yang menganggu lelaki itu sedang makan. “Jadi, saya minta maaf dan beredar”, tulis Syed.

Tindakan Syed itu mendapat pujian oleh pengguna Twitter yang lain. Ramai yang berpendapat bahawa mereka langsung tidak terganggu jika penganut agama lain makan di hadapan mereka.

@SyedAkramin/Twitter

@SyedAkramin/Twitter

@SyedAkramin/Twitter

@SyedAkramin/Twitter

@SyedAkramin/Twitter

Jelas Syed, sikap toleransi sesama kita khasnya ketika bulan Ramadan semakin bertambah setiap tahun. Ini kerana dia turut mengalami perkara yang sama ketika bersekolah dahulu.

Majoriti pelajar di sekolahnya adalah 70% orang Cina dan juga India. Pada ketika itulah, dia mengambil peluang untuk belajar dan memahami tentang budaya serta agama rakan-rakannya.

Pagi yang tenang terganggu dek serangan ‘bobcat’, mujurlah wanita ini diselamatkan suaminya

0

Pagi seorang wanita dari Carolina Selatan, Amerika Syarikat baru-baru ini difahamkan terganggu setelah diserang oleh seekor kucing spesies ‘bobcat’.

Video insiden itu berjaya dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV). Menurut sumber, kucing bobcat atau dikenali sebagai ‘red lynx’ itu berasal dari Amerika Utara.

Foto hiasan/Pixabay

Menerusi video terbabit, dapat dilihat seorang lelaki menyapa seorang wanita yang sedang berjoging di hadapan rumah mereka.

Dan ketika itulah, isterinya tiba-tiba muncul sambil memegang ‘carrier’ haiwan. Seekor kucing bobcat kelihatan melompat dan menyerangnya.

@Evi3Zamora/Twitter

Apa lagi, si isteri pun menjerit ketakutan! Suaminya pula bergegas berlari ke arahnya, mengambil kucing terbabit lantas mencampakkannya pada rumput halaman.

@Evi3Zamora/Twitter

Huru-hara jadinya! Video tersebut mendapat tontonan ramai pengguna di Twitter dan rata-rata mereka tidak puas hati dengan cara lelaki itu mengendalikan keadaan tersebut.

@Evi3Zamora/Twitter

@Evi3Zamora/Twitter

@Evi3Zamora/Twitter

Tidak kurang, ada juga pengguna yang membela tindakan si suami..

@Evi3Zamora/Twitter

Apa pula pendapat anda? Jangan lupa kongsikan bersama ya!

Isu aduan kompaun pelajar matrikulasi, Jabatan Kesihatan Perak jalankan siasatan

0

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitternya berkata, Jabatan Kesihatan Perak sedang menyiasat aduan tular melibatkan pelajar di Kolej Matrikulasi Perak.

Ia berikutan kompaun berjumlah RM1,500 yang dikenakan terhadap pelajar terbabit atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Tambah beliau, siasatan segera sedang dijalankan oleh jabatan itu agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

@DGHisham/Twitter

“Terima kasih atas aduan ini kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin. Insya-ALLAH”, balasnya pada seorang pengguna yang lain.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata pegawai penguatkuasa KKM yang mengeluarkan kompaun tersebut hanya menjalankan tugas.

Ujar beliau lagi, semua pelajar yang dikompaun masih boleh membuat rayuan untuk mengurangkan jumlah kompaun.

@NabilAmirul4/Twitter

“Jika sampai mereka tidak mampu untuk membayar kompaun, InsyaAllah saya juga boleh membantu untuk menyelesaikanya”.

Terdahulu, orang ramai meluahkan rasa kesal dan mempersoalkan kompaun itu memandangkan pelajar berkenaan langsung tidak dibenarkan keluar ke mana-mana sejak semester dibuka.

Malah, pihak berkuasa yang masuk ke dalam kolej untuk membuat pemeriksaan pula bertindak mengenakan kompaun tanpa sebarang budi bicara.

Netizen pelik harimau enggan baham, sebaliknya layan kambing macam kawan. Langsung tak diusik..

0

Harimau sememangnya merupakan haiwan karnivor. Oleh kerana itulah, sebuah zoo di Rusia memberi makanan berupa haiwan hidup seperti kambing dan arnab untuk harimau di sana.

Lazimnya, harimau tersebut seakan ‘berpesta’ ketika diberi makan namun ia berubah sebaik sahaja seekor kambing hitam dilemparkan.

The Epoch Times

Apa yang mengejutkan para pengunjung adalah harimau itu bukan sahaja enggan memakan kambing hitam berkenaan.

“Kita kawan kan?”

The Epoch Times

Malah bertindak seperti pelindung kepada kambing tersebut. Luar biasa bukan? Siapa sangka ia boleh jadi sebegitu.

Di Rusia, sering kali pengunjung zoo tertarik dengan sesi memberi makan di mana harimau yang lapar, akan penuh berselera memakan makanan yang diberikan.

Elok saja lepak bersama..

The Epoch Times

Dan malangnya, kali ini ‘makanan’ harimau itu bertukar sedikit. Mengejutkan pula apabila harimau itu langsung tidak menganggapnya sebagai makanan.

Sebaliknya, harimau tersebut tidak berasa seperti pemangsa dan hanya membiarkan sahaja kambing itu bebas berkeliaran.

Sang harimau juga beralah, beri ruangnya pada si kambing untuk berteduh.

The Epoch Times

Sumber juga mengatakan bahawa kambing tersebut kerap dilihat mengikuti sahaja langkah harimau tersebut. Mungkin kambing itu berasa selamat di sisinya.

The Epoch Times

Macam abang yang sedang melindungi adik. Aneh dan ajaib bukan? Kadang kala haiwan lebih menyayangi sesama mereka biarpun berlainan spesies.

Pelanggan serang, cekik pekerja di sebuah pasaraya gara-gara berang diminta pakai ‘mask’

0

Tular video insiden seorang pelanggan di sebuah pasar raya bertindak menyerang seorang pekerja di kedai yang terletak di Taipan 2, Senawang pada 18 April lalu.

Sehubungan dengan itu, pelanggan lelaki yang berusia 50 tahun berkenaan telah pun ditahan oleh pihak polis pada jam 10 malam, hari yang sama.

Difahamkan bahawa insiden yang berlaku pada jam 9:20 pagi itu berpunca daripada rasa tidak puas hati lelaki itu setelah diminta untuk memakai pelitup muka.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, pihak polis ada menerima laporan akan kejadian tersebut daripada mangsa yang berusia 22 tahun.

“Hasil semakan lanjut mendapati mangsa menegur suspek kerana tidak memakai pelitup muka, memeriksa suhu dan juga tidak menulis nama pada buku yang disediakan”, katanya.

Tambahnya, suspek akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Seremban pada 20 April untuk tahanan reman di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

“Suspek juga akan dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988)”, ujarnya lagi.

Menerusi video yang tular itu, pekerja terbabit dilihat hanya bertindak mendiamkan diri apabila diserang pelanggan terbabit.

Tonton video di sini.

Habis bulu kepala jadi kembang! Kerana sifat ingin tahu, kucing malang terkena renjatan elektrik

0

Sebagai haiwan pemangsa dan berburu di alam semula jadinya, kucing sememangnya peka terhadap persekitaran bagi membantu mereka untuk terus hidup.

Begitu jugalah buat kucing yang domestik yang dibela di rumah. Jika ada benda pelik yang menarik perhatian mereka, pasti mereka akan menghampiri dan ‘menyiasat’nya!

Sebagai pemilik mereka, kita seharusnya perlu memantau pergerakan dan tingkah laku mereka. Bukan apa, bimbang berlaku insiden tidak diingini seperti kucing ini.

Seekor kucing hitam difahamkan bertindak berani dan ‘menyiasat’ lubang soket elektrik yang berada di dinding rumah tuannya.

Sekali tengok macam juruelektik pun ada..

Tidak lama kemudian, inilah hasilnya.

Difahamkan bahawa kucing tersebut memasukkan kepalanya ke dalam lubang soket tersebut yang masih mempunyai baki aliran elekrik.

Menurut perkongsian tuannya, kucing hitam itu dipercayai menjilat besi yang berada di dalam lubang itu.

Cukup bahaya, bukan sahaja untuk haiwan peliharaan di rumah bahkan anak kecil juga. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua ya?

Lelaki ini beli ‘apple’ dalam talian, tidak sangka terima ‘Apple iPhone SE’ baru bersama pesanan barang runcitnya

0

Biasanya ada antara kita yang menjadi fobia membeli barangan dalam talian sehingga ada yang sanggup menahan diri daripada tidak mahu membeli lagi kerana takut tertipu.

Tetapi bayangkan apabila anda membeli epal secara dalam talian bersama pesanan barangan runcit biasa, dengan tidak semena-mena pula epal itu digantikan dengan Apple iPhone SE tulen yang baru dan ia bukan tipu.

Senario umpama terkena ‘scam’ pemberian iPhone yang mahal dan agak mustahil ini telah mengejutkan seorang lelaki berusia 50 tahun dari Twickenham, United Kingdom.

Twitter

Nick James menerima kejutan yang tidak dijangka itu ketika dia menggunakan perkhidmatan membeli-belah dalam talian untuk rangkaian pasar raya global, Tesco. 

Nick James memasukkan epal dalam pilihan pembelian barangan bahan makanannya yang mana berakhir dengan mendapat iPhone terbaru keluaran Apple. 

Bagaimana lelaki ini boleh menjadi begitu bertuah?

Twitter

Pada 11 April, Nick James berkongsi kegembiraannya di akaun Twitter miliknya dengan menulis, “Terima kasih banyak kepada @Tesco & @tescomobile. Pada hari Rabu, kami pergi mengambil pesanan yang dibeli dan menerima sedikit kejutan di sana – ada Apple iPhone SE. Nampaknya, kami memesan epal dan mendapat Apple iPhone secara rawak! Menjadikan minggu bertuah buat anak saya!”

Namun, ini bukan pertama kali Tesco memberikan barangan rawak yang mahal kepada pelanggan mereka. Pengguna dan pelanggan lain, Kirsty Marie juga menerima sepasang Airpod dalam pesanannya sebagai ‘supersub’ oleh Tesco.

Twitter

Tesco meninggalkan nota dengan kejutan itu sambil menyatakan apabila pelanggan meletakkan klik dan mengambil pesanan di pasaraya, pelanggan berpeluang memenangi telefon pintar atau aksesori digital lain.

Dan hadiah tersebut merangkumi iPhone SE sebagai pengganti epal, Samsung Galaxy Tab A7 sebagai ganti tablet dobi, dan bahkan telefon Nokia sebagai pengganti gnocchi.

Twitter

Namun, sekiranya anda tertanya-tanya sama ada buah-buah epal itu benar telah digantikan dengan Apple iPhone SE dan dipotong daripada senarai runcit, Nick James turut menerima epal yang dipesannya dengan tiada masalah dan tiada rasa bimbang.

Bertuahnya dia dan harap semoga kita pun boleh meraih tuah sepertinya, jika Tesco di Malaysia wujud lagi.

“Dia ni apa hal?” Ibu harimau sedang mengajar anaknya, tiba-tiba anjing ini masuk mencelah beri teguran supaya jangan keras sangat

0

Mendidik anak-anak sudah pasti boleh memeningkan kepala para ibu, tidak kiralah di kalangan manusia mahupun dalam dunia haiwan. 

Tambahan pula ketika mendidik anak-anak yang nakal dan tidak mahu mendengar kata.

Di sebuah zoo dalam satu rakaman video, seekor harimau kecil yang nakal telah membuat ibunya sangat marah.

Oleh kerana harimau kecil itu sangat nakal dan tidak mendengar kata ibunya yang sedang mengajar untuk berkelakuan baik, maka dia telah dimarahi.

Tetapi anak harimau masih kecil serta agak degil dan dia sama sekali tidak takut dengan ibunya.

Lalu dia terus melawan kata-kata ibunya dan mereka mula dilihat seperti sedang berbalah.

Peristiwa ini diperhatikan oleh seekor anjing, dan kemudian anjing itu bergegas ke arah pasangan ibu dan anak ini.

Tetapi harimau kecil itu bukannya melawan ibunya dengan serius pun. Menyangka si kecil itu seakan menderita, anjing itu bergegas masuk campur dalam cubaannya untuk menghentikan kemarahan ibu harimau itu.

Apa lagi, ibu harimau pun terkejutlah ketika diterjah dengan tindakan anjing itu yang seperti menegur dirinya sedang salah mendidik anak.

Ibu harimau, “Eh! Dia ini ada apa masalah? Tidak tahukah saya ini raja rimba? Berani mati menegur saya?”

Jawab si anjing, “Anak kamu ini masih kecillah, janganlah berkeras sangat!”

Kemudian ibu harimau dan anjing itu terus bertengkar semata-mata kerana mahu membetulkan cara asuhan anak-anak.

Walaupun ibu harimau mengaum keras dan menakutkan di hadapannya, anjing itu tidak takut langsung atau berasa gentar sama sekali. 

Ibu harimau ini akhirnya jadi letih bertekak dan mengalah sahajalah dengan melepaskan anak kecilnya demi memuaskan hati dan menjaga air muka si anjing.

Biarkan sahaja dia menang, tak kuasa hendak melayan.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

COVID-19: Pelajar MRSM dikesan wujudkan satu lagi kluster baharu di Sabah

0

KOTA KINABALU – Sabah mencatatkan satu lagi kluster baharu COVID-19 membabitkan pelajar Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Semporna, yang dikesan positif menerusi saringan bergejala pada 8 April.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kes indeks itu mencetuskan Kluster Tagasan yang dilaporkan di daerah Semporna pada 19 April dengan kumulatif kes setakat ini seramai enam orang.

Masidi berkata, saringan kontak rapat dijalankan dalam kes indeks disahkan positif COVID-19 mengesan empat lagi pelajar dan seorang pemandu MRSM terbabit yang positif dengan jangkitan virus itu.

Gambar Hiasan /Twitter

“Aktiviti pengesanan kontak rapat dan punca jangkitan sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan media perkembangan COVID-19 Sabah.

Sebelum ini, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kota Kinabalu mencetuskan Kluster Jalan Khidmat menyebabkan sekolah itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 18 April hingga 1 Mei ini.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, berkata Sabah mencatatkan 125 kes baharu COVID-19 dengan dua kematian di daerah Tawau, pada 19 April.

Gambar Hiasan / Twitter

“Seramai 125 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital semalam, menjadikan baki yang masih dirawat seramai 1,008 orang termasuk 55 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.”

“Daripada 125 kes positif, sebanyak 62 kes atau 49.6 peratus berpunca daripada saringan kontak rapat, 12 kes atau 9.6 peratus menerusi saringan bergejala dan 45 kes atau 36 peratus daripada kluster baharu dan sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, daerah Tawau masih lagi mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 58 kes, diikuti Tuaran (15), Papar (10), Putatan (9) dan Kota Kinabalu (7).