Sebagai haiwan pemangsa dan berburu di alam semula jadinya, kucing sememangnya peka terhadap persekitaran bagi membantu mereka untuk terus hidup.
Begitu jugalah buat kucing yang domestik yang dibela di rumah. Jika ada benda pelik yang menarik perhatian mereka, pasti mereka akan menghampiri dan ‘menyiasat’nya!
Sebagai pemilik mereka, kita seharusnya perlu memantau pergerakan dan tingkah laku mereka. Bukan apa, bimbang berlaku insiden tidak diingini seperti kucing ini.
Seekor kucing hitam difahamkan bertindak berani dan ‘menyiasat’ lubang soket elektrik yang berada di dinding rumah tuannya.
Sekali tengok macam juruelektik pun ada..
Tidak lama kemudian, inilah hasilnya.
Difahamkan bahawa kucing tersebut memasukkan kepalanya ke dalam lubang soket tersebut yang masih mempunyai baki aliran elekrik.
Menurut perkongsian tuannya, kucing hitam itu dipercayai menjilat besi yang berada di dalam lubang itu.
Cukup bahaya, bukan sahaja untuk haiwan peliharaan di rumah bahkan anak kecil juga. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua ya?