Mendidik anak-anak sudah pasti boleh memeningkan kepala para ibu, tidak kiralah di kalangan manusia mahupun dalam dunia haiwan.
Tambahan pula ketika mendidik anak-anak yang nakal dan tidak mahu mendengar kata.
Di sebuah zoo dalam satu rakaman video, seekor harimau kecil yang nakal telah membuat ibunya sangat marah.

Oleh kerana harimau kecil itu sangat nakal dan tidak mendengar kata ibunya yang sedang mengajar untuk berkelakuan baik, maka dia telah dimarahi.
Tetapi anak harimau masih kecil serta agak degil dan dia sama sekali tidak takut dengan ibunya.
Lalu dia terus melawan kata-kata ibunya dan mereka mula dilihat seperti sedang berbalah.

Peristiwa ini diperhatikan oleh seekor anjing, dan kemudian anjing itu bergegas ke arah pasangan ibu dan anak ini.
Tetapi harimau kecil itu bukannya melawan ibunya dengan serius pun. Menyangka si kecil itu seakan menderita, anjing itu bergegas masuk campur dalam cubaannya untuk menghentikan kemarahan ibu harimau itu.
Apa lagi, ibu harimau pun terkejutlah ketika diterjah dengan tindakan anjing itu yang seperti menegur dirinya sedang salah mendidik anak.

Ibu harimau, “Eh! Dia ini ada apa masalah? Tidak tahukah saya ini raja rimba? Berani mati menegur saya?”
Jawab si anjing, “Anak kamu ini masih kecillah, janganlah berkeras sangat!”

Kemudian ibu harimau dan anjing itu terus bertengkar semata-mata kerana mahu membetulkan cara asuhan anak-anak.
Walaupun ibu harimau mengaum keras dan menakutkan di hadapannya, anjing itu tidak takut langsung atau berasa gentar sama sekali.

Ibu harimau ini akhirnya jadi letih bertekak dan mengalah sahajalah dengan melepaskan anak kecilnya demi memuaskan hati dan menjaga air muka si anjing.
Biarkan sahaja dia menang, tak kuasa hendak melayan.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: