Ramadan sudah pun memasuki minggu kedua dan rata-rata sahabat kita yang berlainan bangsa turut memberikan sokongan agar kita dapat melaksanakan ibadah ini dengan sempurna.
Bahkan warga asing yang mencari rezeki di tanah bertuah ini turut menzahirkan sokongan dan hormatnya, seperti apa yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, @SyedAkramin ini.
Semalam rehat sebentar di sebuah pondok. Kebetulan ada seorang pekerja Nepal sedang makan. Dia pusingkan badan bila nampak saya.
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) April 15, 2021
Saya tanya kenapa? Dia jawab, “U puasa, tak mahu ganggu u”.
Saya tersedar, sebenarnya saya yang ganggu dia makan. Jadi, saya minta maaf dan beredar. pic.twitter.com/gFlvjBQqlL
@SyedAkramin/Twitter
Menurut Syed, dia memutuskan untuk berehat seketika di sebuah pondok dan kebetulan, terdapat seorang pengawal keselamatan sedang makan di sana.
Pengawal tersebut terus memalingkan tubuhnya sejurus melihat Syed. Apabila ditanya, lelaki Nepal itu menjawab, “Kamu puasa, tak mahu ganggu kamu”.
@SyedAkramin/Twitter
Perkara tersebut menyebabkan Syed tersedar kerana sebenarnya dialah yang menganggu lelaki itu sedang makan. “Jadi, saya minta maaf dan beredar”, tulis Syed.
Tindakan Syed itu mendapat pujian oleh pengguna Twitter yang lain. Ramai yang berpendapat bahawa mereka langsung tidak terganggu jika penganut agama lain makan di hadapan mereka.
@SyedAkramin/Twitter
@SyedAkramin/Twitter
@SyedAkramin/Twitter
@SyedAkramin/Twitter
@SyedAkramin/Twitter
Jelas Syed, sikap toleransi sesama kita khasnya ketika bulan Ramadan semakin bertambah setiap tahun. Ini kerana dia turut mengalami perkara yang sama ketika bersekolah dahulu.
Majoriti pelajar di sekolahnya adalah 70% orang Cina dan juga India. Pada ketika itulah, dia mengambil peluang untuk belajar dan memahami tentang budaya serta agama rakan-rakannya.