31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaNasionalCOVID-19: Pelajar MRSM dikesan wujudkan satu lagi kluster baharu di Sabah

COVID-19: Pelajar MRSM dikesan wujudkan satu lagi kluster baharu di Sabah

KOTA KINABALU – Sabah mencatatkan satu lagi kluster baharu COVID-19 membabitkan pelajar Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Semporna, yang dikesan positif menerusi saringan bergejala pada 8 April.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kes indeks itu mencetuskan Kluster Tagasan yang dilaporkan di daerah Semporna pada 19 April dengan kumulatif kes setakat ini seramai enam orang.

Masidi berkata, saringan kontak rapat dijalankan dalam kes indeks disahkan positif COVID-19 mengesan empat lagi pelajar dan seorang pemandu MRSM terbabit yang positif dengan jangkitan virus itu.

Gambar Hiasan /Twitter

“Aktiviti pengesanan kontak rapat dan punca jangkitan sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan media perkembangan COVID-19 Sabah.

Sebelum ini, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kota Kinabalu mencetuskan Kluster Jalan Khidmat menyebabkan sekolah itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 18 April hingga 1 Mei ini.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, berkata Sabah mencatatkan 125 kes baharu COVID-19 dengan dua kematian di daerah Tawau, pada 19 April.

Gambar Hiasan / Twitter

“Seramai 125 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital semalam, menjadikan baki yang masih dirawat seramai 1,008 orang termasuk 55 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 20 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.”

“Daripada 125 kes positif, sebanyak 62 kes atau 49.6 peratus berpunca daripada saringan kontak rapat, 12 kes atau 9.6 peratus menerusi saringan bergejala dan 45 kes atau 36 peratus daripada kluster baharu dan sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, daerah Tawau masih lagi mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 58 kes, diikuti Tuaran (15), Papar (10), Putatan (9) dan Kota Kinabalu (7).

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI