Kucing jingga atau ‘Oyen’ sentiasa disebut-sebut si pencinta kucing. Mana tidaknya, mereka mempunyai perangai yang berbeza daripada kucing lain.
Paling disebut-sebut adalah kenakalan mereka yang langsung tiada tandingannya!

Foto hiasan/Pixabay
Menurut sumber, Oyen atau kebiasaannya baka “Ginger tabby’ ini nisbahnya lebih kepada kucing jantan.
Maka tidak hairanlah mengapa mereka nakal, ligat dan lasak. Ada sahaja idea untuk ‘mengganggu’ ketenangan haiwan lain dan bahkan manusia juga.
Jarang sekali kita dapat lihat si Oyen yang duduk diam bukan? Tetapi itulah yang disaksikan oleh individu bernama Xiao Pai ini.

Lelaki berkenaan difahamkan melihat satu pemandangan aneh – sekumpulan Oyen yang tidur bergelimpangan di atas rumput.
Pada mulanya, Xiao Pai sangka bahawa kucing-kucing itu sakit. Sudah tentulah ia menyedihkan Xiao Pai memandangkan dia sangat suka berinteraksi dengan kucing jalanan.
Namun tatkala Xiao Pai menghampiri untuk melihat keadaan mereka, dia berasa lega setelah mengetahui bahawa mereka itu sedang tidur lena rupanya!
Tidur pun kena pilih kawan sama warna bulu ke???

Bertuah betul! Jika kita lihat keadaan mereka begitu pun, tentunya kita tertanya-tanya mengapa agaknya mereka bergelimpangan sebegitu bukan?
Sengaja buat orang risau. Ingatkan gengster sangatlah Oyen ini. Tetapi nampaknya, tidur pun perlu bersama-sama rupanya.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: