25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 11, 2025
Utama Blog Laman 331

Jururawat berkongsi gunakan sabun buku Lux untuk pastikan uniform kerjanya sentiasa putih berseri dan berbau harum

0

Kaedah mencuci pakaian ini nampaknya sudah lama diamalkan dan ada antara kita yang sudah biasa menggunakannya selama bertahun-tahun tetapi cara ini tetap mengagumkan.

Untuk memastikan pakaian berwarna putih sentiasa nampak putih seperti masih baru, juga kelihatan segar dan bersih.

Satu hantaran tular pada tahun 2018 telah dikongsi oleh pengguna Facebook Leena Hassan, yang muncul kembali di media sosial baru-baru ini untuk menjelaskan bagaimana kaedah mencuci efektif itu berfungsi. Ia telah mendapat lebih 240,000 perkongsian sejak itu.

Facebook

Leena menulis dia bertanya kepada sepupunya yang bekerja sebagai jururawat, “Apa rahsia untuk menjaga pakaian seragamnya sentiasa nampak putih?” 

Leena menambah dia telah menggunakan pelbagai jenis sabun khas dan peluntur untuk memutihkan pakaian tetapi tidak pernah terfikir pun akan kaedah ini yang mana kemudian sepupunya telah berkongsi dengannya.

Menurutnya, apa yang anda perlukan hanyalah sebuku sabun mandi dan parutkannya.

Facebook

Pertama, masukkan parutan sabun ke dalam mesin basuh anda, tambahkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci, kemudian rendam pakaian putih anda di dalamnya semalaman.

Leena menambah bahawa dia gemar menggunakan sabun Lux bunga ros kerana baunya yang harum.

Facebook

Keesokan harinya, basuhlah pakaian anda di dalam mesin basuh seperti biasa. Dengan mudah sahaja menjadi bersih!

Facebook

Leena menjelaskan bahawa anda tidak perlu menyental, memberus atau melakukan perkara lain, dan pakaian anda akan tetap putih dan bersih.

Facebook

Dalam satu hantaran semula di laman Facebook Selangor My Hometown, beberapa netizen turut berkongsi yang kaedah ini amat sesuai untuk mereka, terutamanya yang mempunyai kesan darah pada pakaian.

“Jika pakaian wanita berlumuran darah, ia boleh dicuci dengan sabun mandi buku. Sangat mudah untuk mencuci kesan darah. Sebenarnya, tidak perlu sabun khusus, hanya sabun buku. Jika kesan darah ditinggalkan sudah lama, anda boleh menggunakan sabun ini dan merendamnya. Selepas beberapa jam, ambil dan sental kesan darah sehingga hilang. Tuala wanita juga boleh dibersihkan dengan cara ini selagi anda tidak menggunakan air panas untuk mencucinya kerana darah akan kekal apabila terkena air panas,” seorang netizen berkongsi.

Manakala seorang yang lain memberi komen, “Saya mencuba kaedah ini dan ia berfungsi dengan baik. Saya pernah tercedera dan pakaian saya berlumuran dengan darah. Saya menggunakan sabun Lux untuk membersihkannya. Ia dapat dibersihkan dengan cepat dan bau pakaian sangat wangi.”

Gambar posisi menegak jarang berlaku seolah-olah dunia tiba-tiba statik, pertemuan penyelam dengan kumpulan paus sperma sedang tidur

0

Kecuali yang biasa itu, manusia mengenali diri sendiri kerana mereka tidur di tempat tidur, di atas katil, di tilam empuk atau di atas sofa dengan bantal dan berselimut. Dengan kebanyakan haiwan di darat juga mempunyai habitatnya ketika ingin berehat dan tidur. Masing-masing mempunyai sarang tempat berteduh yang tersendiri. 

Bagaimana dengan haiwan yang tinggal di dalam air? Makhluk dalam laut misalannya. Kita mengetahui ikan-ikan kecil dan haiwan spesies krustasea bersembunyi di celah-celah batu karang dan rumpai laut sebagai tempat tidur mereka.

Tetapi bagaimana makhluk laut yang lebih besar seperti ikan paus itu tidur dan berehat? 

maopets

Pada mulanya, ahli biologi juga keliru ketika bertanyakan hal ini dan mula menyelidik.

Ikan paus yang sangat besar, dan tidak mudah untuk mencari tempat persembunyian di lautan luas untuk tidur, tetapi tidakkah mereka perlu tidur dan berehat seperti mana makhluk lain? 

Sehinggalah pada tahun 2008, ketika sekumpulan ahli biologi sedang mengesan sekumpulan ikan paus sperma di Laut Caribbean berdekatan Pulau Dominica, mereka menemui aktiviti tidur ikan paus sperma.

maopets

Paus sperma atau ‘Physeter macrocephalus’ adalah haiwan bergigi yang terbesar di dunia dengan kepalanya yang lebih besar berbanding spesies paus lain.

Ketika jurugambar bawah laut Franco Banfi mengambil gambar ikan paus sperma yang sedang tidur dalam kumpulannya, ia telah direkodkan buat pertama kali untuk kita semua mengetahuinya.

maopets

Pada masa itu, kumpulan ikan paus sperma ini tiba-tiba berhenti berenang secara serentak, dan kemudian mereka berada dalam keadaan menegak, lalu mereka tidur. 

maopets

Sejenak itu, dunia nampaknya seperti tiba-tiba menjadi statik dan pegun, dan gambaran itu benar-benar memukau dan agak luar biasa.

maopets

Menurut kajian statistik lebih lanjut oleh ahli biologi, paus sperma menghabiskan hanya kira-kira 7% masa rehat di sepanjang hayat mereka. 

maopets

Setiap kali mereka tidur, masa itu sangat singkat, yang berlangsung kira-kira 6 hingga 24 minit. Oleh itu, momen ini sangat jarang berlaku dan ia amat berharga buat mereka yang berjaya merakamkan aktiviti kumpulan paus sperma tidur bersama.

Selain itu, seorang jurugambar Perancis, Stephane Granzotto cukup beruntung dapat merakam pemandangan ikan paus sperma yang tidur secara berkumpulan di Laut Mediterranean.

maopets

Adegan ikan paus sperma sedang tidur nyenyak secara kolektif kelihatan sangat ritual.

Paus sperma ini mempunyai postur tidur dengan pemandangan kepala dan ekornya yang sangat cantik.

maopets

Stephane Granzotto berkata pada detik-detik penggambaran, paus sperma tetap tidur dengan nyenyak dan sama sekali tidak terganggu.

Setelah gambar-gambar unik dan jarang ditemui ini didedahkan, kalangan netizen juga pencinta haiwan menjadi begitu terpesona dan kagum dengannya. 

Ternyata ikan paus sperma menjadi spesies haiwan luar biasa yang sangat menakjubkan walaupun ketika mereka sedang tidur. 

maopets

Sudah tentu, terdapat banyak lagi keajaiban alam menakjubkan yang tidak kita diketahui di luar dan di dalam sana. 

Tonton video di bawah:

YouTube

Ketika mengejar masa penuh kesibukan, banyak perkara indah yang kita lepaskan

0

Pada Januari 2007, seorang pemuda berbakat menggesek biola memainkan karya klasik Johann Sebastian Bach, ‘Chaconne’ yang indah selama 45 minit di stesen kereta api bawah tanah di Metro Washington D.C.

Kira-kira 2,000 pengguna tren melewati stesen metro itu dalam tempoh ini, yang kebanyakan mereka dalam perjalanan ke tempat kerja.

Setelah empat minit bermain, seorang lelaki berusia separuh abad melihat persembahan pemuzik itu. Dia melengahkan masanya, berhenti selama beberapa saat, dan kemudian bergegas ke lokasi arah tujuannya yang utama.

Sekadar Gambar Hiasan / Facebook

Empat minit kemudian, pemain biola ini memperolehi wang pertamanya. Seorang wanita melemparkan duit syiling ke dalam topinya.

Enam minit kemudian, seorang pemuda bersandar di dinding untuk mendengarkan gesekan biola yang indah itu, kemudian melihat jam tangannya, dan berlalu pergi.

Sepuluh minit kemudian, seorang budak lelaki berusia tiga tahun berhenti, tetapi ibunya mendesak untuk bergegas pergi. Kanak-kanak ini menoleh melihat pemain biola itu sekali lagi, kerana dia begitu tertarik dengan melodinya yang indah tetapi ibunya menarik tangannya tanpa rasa mahu memberi ruang. 

Paparan Skrin / YouTube

Budak lelaki itu terus melihat dengan menoleh ke belakang ketika dia berjalan. Beberapa kanak-kanak lain juga memberi reaksi ingin tahu mereka yang sama seperti budak lelaki tadi, tetapi pada setiap kali itu, ibu bapa masing-masing mendesak anak-anak mereka untuk segera beredar, tanpa ada rasa pengecualian.

Empat puluh lima minit berlalu, dan ketika pemuzik klasik ini terus membuat persembahan, hanya enam orang berhenti dan mendengar sebentar. Kira-kira dua puluh orang meletakkan wang mereka, tetapi dibiarkan begitu sahaja sejak mula tanpa diusik. Pemuda ini mengutip hasil dan pendapatannya pada hari itu yang berjumlah US$32 (RM132).

Satu jam kemudian, persembahan pemain biola ini selesai dan stesen itu kembali seperti biasa tanpa kedengaran bunyi melodi klasik yang indah. Ketika pemuda ini beredar, dia tidak mendapat perhatian, tepukan gemuruh, atau pujian atas penampilan bakat luar biasanya.

Tiada siapa yang tahu pada hari itu, bahawa pemain biola itu adalah pemain biola tersohor dan terkenal dunia, Joshua Bell. 

Paparan Skrin / YouTube

Joshua memainkan salah satu karya klasik paling rumit di dunia dengan biola bernilai US$3.5 juta (RM14.5 juta) pada hari itu. Dua hari sebelumnya, Joshua Bell memainkan karya ‘Chaconne’ yang sama selama 45 minit di dewan filharmonik yang bayaran masuknya adalah rata-rata berharga paling rendah US$100 (RM413) seorang.

Ini adalah Joshua Bell yang sebenar dan memainkan biola dengan bakat hebat sebenar secara langsung di hadapan semua orang yang rawak secara percuma.

Joshua Bell bermain tanpa nama di stesen kereta api bawah tanah di Washington. Ini adalah eksperimentasi sosial mengenai rasa, penghayatan dan nilai akan bakat seseorang yang telah dirancang untuk Washington Post.

Paparan Skrin / YouTube

Eksperimentasi sosial ini membawa kepada beberapa persoalan: 

Dalam kehidupan seharian yang biasa, pada waktu yang salah, dapatkah kita merasai dan menghayati ‘keindahan’? 

Sekiranya demikian, adakah kita akan berhenti dan menghargainya? 

Dalam situasi yang tidak bersesuaian, dapatkah kita mendengar dan melihat penampilan seseorang yang berbakat?

Dalam masa-masa yang penuh kesibukan, apa lagi yang telah kita lepaskan?

Neelofa sekali lagi disiasat PDRM atas dakwaan langgar SOP Aidilfitri

0

Nampaknya selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi mengundang kontroversi apabila terus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini berikutan beliau didakwa melanggar SOP Aidilfitri dengan menyambut hari raya pada 13 Mei lalu bersama lebih 10 orang ahli keluarganya di sebuah kediaman.

Satu perkongsian video telah tular di media sosial, memaparkan ahli keluarganya bersalaman dan bermaafan.

@TheZollonist/Twitter

Video tersebut difahamkan telah dikongsi oleh kakak Neelofa, Noor Nabila menerusi laman Instagram peribadinya namun ia kemudian telah dipadam.

Sebelum ini, kerajaan menerusi Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melarang sebarang aktiviti kunjung-mengunjung semasa Hari Raya Aidilfitri sepanjang PKP.

Video dengan kapsyen ‘1 Syawal yang penuh mulia’ tersebut turut memperlihatkan Neelofa dan suaminya, Hariz Ismail dan juga Noor Nabila bersama suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

The Star

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak, sambutan itu didakwa berlaku di rumah Neelofa yang terletak di Hulu Kelang.

Katanya lagi, kes akan disiasat di bawah Peraturan 17, Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Sebelum ini, Neelofa pernah mencetuskan amarah orang awam apabila bertindak melanggar SOP ketika berkahwin, kemudian merentas negeri ke Pulau Langkawi, Kedah.

Beliau bersama suaminya turut bertindak merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan untuk membeli karpet pada bulan puasa lalu.

Padah buat aksi ‘wheelie’, penunggang motosikal ditahan

0

Seorang pemuda berusia 21 tahun telah ditahan pada 16 Mei lalu setelah videonya melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal tular.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya, pihaknya telah menahan pemuda tersebut pada jam 7 malam hari yang sama.

Menurut laporan, penangkapan itu berlaku selepas polis mengesan video memperlihatkan lelaki itu memakai baju Melayu berwarna terang, menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ.

“Dalam video itu, suspek turut dilihat melakukan aksi ‘wheelie’ di beberapa lokasi jalan raya sekitar Kuala Lumpur serta di Lebuhraya AKLEH”, katanya dalam kenyataan.

@BernamaTV/Twitter

Pemuda terbabit dilaporkan melakukan aksi ‘wheelie’, di mana motosikal ditunggang menggunakan tayar belakang sahaja, sementara tayar di hadapan diangkat untuk beberapa ketika.

Susulan laporan polis yang diterima, pihak polis kemudian mengesan dan menahan suspek selain bertindak menyita motosikal terbabit.

Siasatan awal juga mendapati bahawa suspek pernah didakwa dan disabitkan dengan kesalahan serupa pada tahun 2018.

Bernama/Twitter

Berikutan hukuman tersebut, dia dijatuhi hukuman 12 bulan Perintah Khidmat Masyarakat dan lesennya digantung selama dua tahun pada tahun 2020.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan”.

Pihaknya juga kini sedang mencari individu yang bertindak merakam aksi itu dan akan disiasat di bawah Seksyen 111 akta sama kerana bersubahat.

Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Servis ‘cara kampung’. Lelaki ini kongsi kaedah cuci, bersihkan sendiri penghawa dingin

0

Penghawa dingin semestinya memerlukan penyelenggaraan berkala agar unit tersebut berfungsi secara berkesan dan cekap sepanjang tahun.

Pengabaian aspek penyelenggaran akan menurunkan prestasi penghawa dingin yang berterusan sekaligus meningkatkan penggunaan tenaga secara berterusan.

Foto hiasan/Pixabay

Oleh itu, kami akan kongsikan cara menyelenggara penghawa dingin DIY sendiri di rumah sepertimana yang dikongsikan oleh Khairul Azwan Abd Aziz ini.

Anda hanya perlukan :

  • Pemutar skru
  • Berus bersih (pembersih vakum lebih bagus)
  • Pembersih penghawa dingin (Ada di kedai Mr DIY, digunakan jika gegelung penyejuk kotor)
  • Kain
  • Tangga

Berikut pula langkah-langkahnya :

#1 Tutup semua suis. Buka penutup penapis dan juga gegelung penyejuk. Tarik perlahan-lahan ke atas untuk kedua-dua belah.

Khairul Azwan Abd Aziz/Facebook

#2  Setelah itu, buka pula selongsong (casing) penghawa dingin menggunakan pemutar skru.

Khairul Azwan Abd Aziz/Facebook

#3 Buka selongsong dengan cara tarik dari sebelah atas ke atas kemudian tarik ke arah anda. Yang penting, lakukan ia secara perlahan-lahan.

#4 Kemudian buka kepak (flap) yang meniup angin. Buka di bahagian tengah dahulu dengan cara menolak kaki kepak ke belakang, keluar daripada pemegangnya.

#5 Tarik kaki kepak sebelah kiri secara perlahan-lahan kerana ia mudah patah. Keluarkan ia daripada motor kepak sebelah kanan.

Khairul Azwan Abd Aziz/Facebook

#6 Cabut gegelung penyejuk jika sensor suhu bilik penghawa dingin ada berada di gegelung penyejuk. Ia bagi memudahkan anda untuk mencuci gegelung penyejuk nanti.

#7 Kemudian, buka kepak angin. Untuk jenama Sharp, hanya perlu menolak sahaja setiap klip ke atas. Semuanya bergantung kepada jenama dan jenis.

Khairul Azwan Abd Aziz/Facebook

#8 Anda akan nampak ‘blower’. Ia perlu dicuci menggunakan berus ataupun pembersih vakum. Jika kotoran masih degil, semburkan menggunakan cecair pembersih penghawa dingin.

Khairul Azwan Abd Aziz/Facebook

Biarkan seketika hingga kotoran degil semua hilang. Jangan lupa tadah dengan besen terlebih dahulu sebelum semburkan menggunakan air menggunakan botol tekanan.

Ingat, jangan sembur di papan penghawa dingin di sebelah kanan. Untuk lebih selamat, tutup papan itu dengan plastik terlebih dahulu sebelum sembur.

Khairul Azwan Abd Aziz/Facebook

#9 Inilah rupa gegelung penyejuk yang sudah bersih sebersihnya! Sebagai peringatan, elak mencuci sirip (fin) gegelung penyejuk dengan kasar, beruskan ia mengikut alur sirip.

Khairul Azwan Abd Aziz/Facebook

#10 Uji penghawa dingin yang telah dibersihkan dengan membuka suisnya. Biarkan angin keluar untuk mengetahui jika anginnya kuat atau tidak.

#11 Basuh kesemua penutup plastik dan pasangkan ia semula mengikut urutan. Dimulakan dengan kepak di bahagian kiri dan kanan dahulu, diikuti dengan kepak berhayun (swing flap) di atas dan bawah.

Khairul Azwan Abd Aziz/Facebook

Kemudian selongsong sebelum diskru. Akhir sekali, pasangkan semula penutup penapis itu dengan menekankan ia sehingga masuk.

Khairul Azwan Abd Aziz/Facebook

Siap. Barulah angin penghawa dingin kuat dan terasa seperti baru membelinya!

12 maut, ratusan cedera puting beliung landa dua wilayah di China

0

Seramai 12 nyawa terkorban, manakala ratusan lagi mengalami kecederaan apabila dua puting beliung melanda Wuhan, Hubei dan juga wilayah Jiangsu di Timur China.

Fenomena itu turut memusnahkan kediaman dan harta benda, lapor agensi berita rasmi Xinhua pada 15 Mei lalu.

Lapan orang dilaporkan meninggal dunia di Wuhan, dengan 280 orang lagi mengalami kecederaan apabila puting beliung melanda pada 14 Mei sekitar jam 8:39 malam.

CGTN

Putaran angin yang kuat telah meranapkan 27 buah rumah sementara 130 buah lagi didapati rosak teruk, begitu juga dengan dua menara kren bersaiz 8,000 meter persegi di tapak pembinaan.

“Saya membesar di Wuhan dan tidak pernah melihat kejadian sebegitu. Cuaca sangat melampau akhir-akhir ini”, kongsi seorang penduduk di aplikasi Weibo.

Puting beliung turut dilaporkan melanda banfar Shengze, Suzhou di wilayah Jiangsu, membunuh 4 nyawa sementara 149 orang tercedera.

Menurut bomba, angin yang kuat telah merosakkan kemudahan elektrik serta memusnahkan beberapa bangunan kilang.

Dilaporkan bahawa puting beliung kerap melanda Jiangsu pada akhir musim bunga dan awal musim panas.

CGTN

Hab komersial China di Shanghai, kira-kira 100 kilometer dari Suzhou, juga dilanda ribut petir yang kuat, lantas mendorong pegawai cuaca untuk mengeluarkan amaran.

Ribut lebih besar dijangka berlaku di Shanghai dan bahagian lain di wilayah delta sungai Yangtze pada hari Sabtu, kata peramal cuaca negeri.

Kata pegawai peramal cuaca China, Jia Xialong pada akhir April, negara itu berhadapan dengan cuaca lebih ekstrem akibat perubahan iklim.

Beliau turut menambah bahawa risiko bencana seperti gelombang haba dan juga banjir turut dijangka meningkat di tahun-tahun mendatang.

Isteri ziarah suami bertugas di SJR dikenakan kompaun RM2,000, ahli perniagaan nyatakan hasrat bantu urusan pembayaran

0

PUTRAJAYA – Isteri anggota polis yang menziarahi suaminya yang sedang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya pada Hari Raya pertama dikenakan kompaun RM2,000 atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata kompaun itu dikeluarkan pada 15 Mei di bawah Peraturan 17 (PU A 225/20212) Ziarah Hari Raya Aidilfitri (No 21 Kesalahan-Kesalahan yang diperuntukkan dalam SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana pelanggaran SOP PKP dengan menziarah suami di SJR.

Twitter

Menurutnya, pada awalnya perbuatan tersebut dilihat sebagai tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang sedang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya.

“Namun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu dan pihak polis tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga yang bertugas di lapangan pada Hari Raya atau hari biasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Tular di media sosial gambar isteri bersama tiga orang anak berumur 11 tahun, 10 tahun dan 5 tahun melawat suaminya yang juga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dalam kejadian yang berlaku pada 13 Mei, kira-kira jam 1 tengah hari di SJR Persiaran Selatan menghala ke Dengkil dan mengundang pelbagai reaksi.

Mengenai dakwaan keluarga anggota polis itu menaiki kenderaan melebihi had tiga orang bagi sebuah kenderaan, Mohd Fadzil berkata siasatan lanjut mendapati mereka datang menaiki dua kenderaan berbeza dan tiada kompaun dikenakan.

“Pihak polis tidak berkompromi sekiranya wujud sebarang pelanggaran SOP PKP dan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira sama ada orang awam mahu pun anggota PDRM sendiri,” katanya kepada Bernama.

Twitter

Dalam perkembangan terbaru, seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Datuk Sunny Ung tampil menyatakan hasrat untuk membantu membayar kompaun tersebut.

“Saya kasihan dan terkilan dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan. Saya akui walaupun sedih, ia tetap menjadi kesalahan kerana melanggar SOP. Namun untuk kes berkenaan, budi bicara juga perlu kerana isteri dan anak-anak membawa juadah hari raya dan ingin beraya dengan si ayah,” katanya kepada Harian Metro.

Datuk Sunny berkata beliau akan berhubung dengan keluarga berkenaan untuk urusan pembayaran kompaun.

Lelaki serang dan pukul anggota RELA, ketika cubaannya memasuki pasar yang belum dibuka telah dihalang

0

Gara-gara menyerang dan memukul anggota RELA yang memintanya untuk mengikuti prosedur operasi standard (SOP) di pasar pagi di Sitiawan, Manjung, Perak, seorang lelaki berusia 52 tahun telah ditahan pihak berkuasa.

Oriental Daily melaporkan insiden berlaku kira-kira jam 6.40 pagi pada hari Sabtu, 15 Mei di Pasar Awam Looking Good, Sitiawan.

Dalam kejadian yang telah dirakam dan menjadi tular di media sosial, salah seorang anggota RELA bernama Fang berkata dia dan beberapa rakannya ditugaskan untuk menjaga pintu masuk pasar awam itu pada pagi hari Sabtu untuk mengawasi pematuhan orang ramai terhadap SOP semasa PKP.

Paparan Skrin / Video

“Kira-kira jam 6.40 pagi, suspek ingin memasuki pasar untuk membeli-belah, tetapi menurut SOP, pasar awam hanya dapat dibuka kepada umum pada jam 7 pagi, jadi saya meminta suspek untuk menunggu sebentar,” kata Fang, 45 tahun.

Tanpa disangka, lelaki itu tiba-tiba menjadi ‘marah’ dan mengeluarkan kata-kata kesat bahkan menampar, memukul, meludah dan menolak Fang sehingga rebah ke tanah. Anggota RELA lain dan orang awam yang berada di situ dengan segera masuk mencelah untuk menghentikan perbuatan biadab lelaki itu.

Paparan Skrin / Video

Fang berkata ketika dia bangun, lelaki itu berusaha sekali lagi untuk menolaknya dan memarahinya sebelum mengancam untuk ‘menjadikan perkara menjadi lebih buruk’.

Walau bagaimanapun, Fang berkata dia tidak melawan dan hanya berdiam diri.

Paparan Skrin / Video

“Cermin mata dan topi saya juga jatuh ke tanah dengan tindakannya itu. Nasib baik, orang ramai membantu mengangkat saya. Saya ditemani rakan-rakan ke hospital semalam dan memutuskan untuk melaporkan insiden ini di balai polis untuk membuat lelaki itu bertanggungjawab atas tingkah lakunya yang secara melulu,” kata Fang.

Paparan Skrin / Video

Ekoran laporan polis yang dibuat, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi memaklumkan yang pihak polis telah menahan lelaki itu dan kes terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan secara sukarela terhadap penjawat awam daripada menjalankan tugasnya.

Gambar China Press

Lelaki terbabit yang didapati mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah, kini direman selama empat hari sehingga hari Khamis, 20 Mei.

Jika sabit kesalahan menurut Seksyen 332 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Penemuan ratusan mayat dikebumikan di sepanjang tebing sungai di India

0

PRAYAGRAJ – Polis India menghubungi penduduk kampung di utara India untuk menyiasat penemuan ratusan mayat yang dikebumikan di kubur berpasir yang cetek atau di tebing sungai yang dihanyutkan Sungai Ganges, yang menguatkan spekulasi di media sosial bahawa ia adalah mayat mangsa COVID-19.

Dalam jip dan bot, polis menggunakan pembesar suara mudah alih dengan mikrofon yang meminta orang ramai untuk tidak membuang mayat ke dalam sungai. “Kami di sini untuk membantu anda melakukan upacara terakhir yang betul,” kata polis.

Pada hari Jumaat 14 Mei, hujan lebat mendedahkan kain penutup mayat yang diletakkan di kubur pasir cetek berhampiran tebing sungai yang luas di Prayagraj, sebuah bandar di negeri Uttar Pradesh. Walaupun para pegawai berkata pengebumian di tepi sungai telah berlangsung selama beberapa dekad, jumlah pencerobohan sejak pandemik lebih banyak memusatkan perhatian berbanding amalan upacara ini.

Polis berada di lokasi beberapa mayat dikebumikan di perkuburan berpasir yang cetek berdekatan tebing Sungai Ganges di Prayagraj di India pada 15 Mei 2021. (Gambar AP oleh Rajesh Kumar Singh)

Navneet Sehgal, jurucakap kerajaan negeri telah menafikan laporan media tempatan bahawa lebih daripada 1,000 mayat mangsa COVID-19 telah ditemui dari sungai sejak dua minggu kebelakangan. “Saya yakin mayat ini tiada kaitan dengan COVID-19,” katanya.

Katanya beberapa penduduk kampung tidak membakar mayat mereka seperti amalan budaya, disebabkan oleh tradisi Hindu selama beberapa tempoh atas sebab kepentingan agama, yang mana sebaliknya mengebumikan mayat di sungai atau dengan menggali kubur di tebing sungai.

Ramesh Kumar Singh, ahli Bondhu Mahal Samiti iaitu sebuah organisasi dermawan yang membantu pembakaran mayat, berkata jumlah kematian sangat tinggi di kawasan luar bandar, dan golongan miskin telah membuang mayat ke dalam sungai ekoran kos yang tinggi untuk melakukan upacara terakhir pembakaran mayat dan kekurangan kayu. Kos pembakaran meningkat tiga kali ganda hingga 15,000 rupee (kira-kira RM846).

Pada 15 Mei, seorang wartawan dan jurugambar dari Associated Press (AP) menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 300 kubur di tepi sungai yang cetek membentuk bar pasir berhampiran Prayagraj. Setiap kubur ditutup dengan kain oren, kuning atau kemerahan dan kelihatan dibentang pada arah yang sama. 

Beberapa mayat disyaki mangsa COVID-19 ditemui dikebumikan di perkuburan berpasir cetek berdekatan tempat pembakaran mayat di tebing Sungai Ganges di India pada 15 Mei 2021 (Gambar AP oleh Rajesh Kumar Singh)

Beberapa anggota polis berada di tempat kejadian, tetapi membenarkan ahli keluarga yang tiba dengan sebuah trak kecil untuk mengebumikan seorang wanita berusia 75 tahun di lokasi.

K.P. Singh, seorang pegawai kanan polis, berkata pihak berkuasa telah memperuntukkan tanah pembakaran di tebing sungai Prayagraj bagi mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19, dan pihak polis tidak lagi membenarkan pengebumian di tebing sungai. Katanya, pihak berkuasa di negeri Sehgal telah menemui ‘sebilangan kecil mayat’ di tebing sungai, tetapi tidak memberikan angka.

Namun, pada 16 Mei, seorang penganut Buddha berusia 30 tahun datang ke tebing sungai yang sama di Prayagraj bersama ahli keluarganya yang lain dan mengebumikan ibunya, yang katanya meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Dia tidak dijangkiti COVID-19,” kata Vijay Kumar kepada AP, sambil menambah bahawa agamanya membenarkan sama ada pembakaran atau pengebumian. “Tetapi saya memilih pengebumian,” katanya.

Pihak berkuasa kesihatan minggu lalu mengalihkan 71 mayat yang hanyut di tebing Sungai Ganges di negeri jiran, Bihar.

Pihak berkuasa melakukan bedah siasat tetapi mengatakan mereka tidak dapat mengesahkan punca kematian berikutan pereputan mayat.

Sedozen mayat juga ditemui pada minggu lalu yang dikuburkan di kawasan berpasir di dua lokasi tebing sungai di daerah Unnao, 40 kilometer di barat daya Lucknow, ibu negara Uttar Pradesh. Majistret Daerah Ravindra Kumar berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian.

Dua negeri terbesar di India, Uttar Pradesh dan Bihar, dengan jumlah penduduk hampir 358 juta, adalah antara yang paling teruk dilanda gelombang pandemik COVID-19 yang melanda negara ini dengan jumlah kematian yang dahsyat. Penduduk kampung yang malang telah membawa ahli keluarga yang sakit ke pekan dan bandar berdekatan untuk mendapatkan rawatan, yang kebanyakan daripada mereka telah meninggal dunia dalam perjalanan, kebanyakannya menjadi mangsa sistem kesihatan India yang runtuh.

Ahli keluarga dan saudara-mara si mati sedang berdoa di perkuburan berpasir cetek berhampiran tebing Sungai Ganges di Prayagraj di India pada 16 Mei 2021. (Gambar AP oleh Rajesh Kumar Singh)

Setelah mencapai tahap jangkitan tertinggi selama berminggu-minggu, jumlah kes baru semakin stabil, kata pakar kesihatan kerajaan, Dr. V.K. Paul.

Kementerian Kesihatan India pada 16 Mei melaporkan sebanyak 311,170 kes yang disahkan dalam 24 jam terakhir, berbanding 326,098 kes pada 15 Mei.

Dilaporkan sebanyak 4,077 kematian tambahan, menjadikan jumlah kematian menjadi 270,284. Kedua-dua angka hampir pasti adalah pada jumlah yang sangat besar, kata para pakar.