32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 27, 2024
UtamaGlobalPenemuan ratusan mayat dikebumikan di sepanjang tebing sungai di India

Penemuan ratusan mayat dikebumikan di sepanjang tebing sungai di India

PRAYAGRAJ – Polis India menghubungi penduduk kampung di utara India untuk menyiasat penemuan ratusan mayat yang dikebumikan di kubur berpasir yang cetek atau di tebing sungai yang dihanyutkan Sungai Ganges, yang menguatkan spekulasi di media sosial bahawa ia adalah mayat mangsa COVID-19.

Dalam jip dan bot, polis menggunakan pembesar suara mudah alih dengan mikrofon yang meminta orang ramai untuk tidak membuang mayat ke dalam sungai. “Kami di sini untuk membantu anda melakukan upacara terakhir yang betul,” kata polis.

Pada hari Jumaat 14 Mei, hujan lebat mendedahkan kain penutup mayat yang diletakkan di kubur pasir cetek berhampiran tebing sungai yang luas di Prayagraj, sebuah bandar di negeri Uttar Pradesh. Walaupun para pegawai berkata pengebumian di tepi sungai telah berlangsung selama beberapa dekad, jumlah pencerobohan sejak pandemik lebih banyak memusatkan perhatian berbanding amalan upacara ini.

Polis berada di lokasi beberapa mayat dikebumikan di perkuburan berpasir yang cetek berdekatan tebing Sungai Ganges di Prayagraj di India pada 15 Mei 2021. (Gambar AP oleh Rajesh Kumar Singh)

Navneet Sehgal, jurucakap kerajaan negeri telah menafikan laporan media tempatan bahawa lebih daripada 1,000 mayat mangsa COVID-19 telah ditemui dari sungai sejak dua minggu kebelakangan. “Saya yakin mayat ini tiada kaitan dengan COVID-19,” katanya.

Katanya beberapa penduduk kampung tidak membakar mayat mereka seperti amalan budaya, disebabkan oleh tradisi Hindu selama beberapa tempoh atas sebab kepentingan agama, yang mana sebaliknya mengebumikan mayat di sungai atau dengan menggali kubur di tebing sungai.

Ramesh Kumar Singh, ahli Bondhu Mahal Samiti iaitu sebuah organisasi dermawan yang membantu pembakaran mayat, berkata jumlah kematian sangat tinggi di kawasan luar bandar, dan golongan miskin telah membuang mayat ke dalam sungai ekoran kos yang tinggi untuk melakukan upacara terakhir pembakaran mayat dan kekurangan kayu. Kos pembakaran meningkat tiga kali ganda hingga 15,000 rupee (kira-kira RM846).

Pada 15 Mei, seorang wartawan dan jurugambar dari Associated Press (AP) menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 300 kubur di tepi sungai yang cetek membentuk bar pasir berhampiran Prayagraj. Setiap kubur ditutup dengan kain oren, kuning atau kemerahan dan kelihatan dibentang pada arah yang sama. 

Beberapa mayat disyaki mangsa COVID-19 ditemui dikebumikan di perkuburan berpasir cetek berdekatan tempat pembakaran mayat di tebing Sungai Ganges di India pada 15 Mei 2021 (Gambar AP oleh Rajesh Kumar Singh)

Beberapa anggota polis berada di tempat kejadian, tetapi membenarkan ahli keluarga yang tiba dengan sebuah trak kecil untuk mengebumikan seorang wanita berusia 75 tahun di lokasi.

K.P. Singh, seorang pegawai kanan polis, berkata pihak berkuasa telah memperuntukkan tanah pembakaran di tebing sungai Prayagraj bagi mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19, dan pihak polis tidak lagi membenarkan pengebumian di tebing sungai. Katanya, pihak berkuasa di negeri Sehgal telah menemui ‘sebilangan kecil mayat’ di tebing sungai, tetapi tidak memberikan angka.

Namun, pada 16 Mei, seorang penganut Buddha berusia 30 tahun datang ke tebing sungai yang sama di Prayagraj bersama ahli keluarganya yang lain dan mengebumikan ibunya, yang katanya meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Dia tidak dijangkiti COVID-19,” kata Vijay Kumar kepada AP, sambil menambah bahawa agamanya membenarkan sama ada pembakaran atau pengebumian. “Tetapi saya memilih pengebumian,” katanya.

Pihak berkuasa kesihatan minggu lalu mengalihkan 71 mayat yang hanyut di tebing Sungai Ganges di negeri jiran, Bihar.

Pihak berkuasa melakukan bedah siasat tetapi mengatakan mereka tidak dapat mengesahkan punca kematian berikutan pereputan mayat.

Sedozen mayat juga ditemui pada minggu lalu yang dikuburkan di kawasan berpasir di dua lokasi tebing sungai di daerah Unnao, 40 kilometer di barat daya Lucknow, ibu negara Uttar Pradesh. Majistret Daerah Ravindra Kumar berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kematian.

Dua negeri terbesar di India, Uttar Pradesh dan Bihar, dengan jumlah penduduk hampir 358 juta, adalah antara yang paling teruk dilanda gelombang pandemik COVID-19 yang melanda negara ini dengan jumlah kematian yang dahsyat. Penduduk kampung yang malang telah membawa ahli keluarga yang sakit ke pekan dan bandar berdekatan untuk mendapatkan rawatan, yang kebanyakan daripada mereka telah meninggal dunia dalam perjalanan, kebanyakannya menjadi mangsa sistem kesihatan India yang runtuh.

Ahli keluarga dan saudara-mara si mati sedang berdoa di perkuburan berpasir cetek berhampiran tebing Sungai Ganges di Prayagraj di India pada 16 Mei 2021. (Gambar AP oleh Rajesh Kumar Singh)

Setelah mencapai tahap jangkitan tertinggi selama berminggu-minggu, jumlah kes baru semakin stabil, kata pakar kesihatan kerajaan, Dr. V.K. Paul.

Kementerian Kesihatan India pada 16 Mei melaporkan sebanyak 311,170 kes yang disahkan dalam 24 jam terakhir, berbanding 326,098 kes pada 15 Mei.

Dilaporkan sebanyak 4,077 kematian tambahan, menjadikan jumlah kematian menjadi 270,284. Kedua-dua angka hampir pasti adalah pada jumlah yang sangat besar, kata para pakar.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI