27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaNasionalPadah buat aksi ‘wheelie’, penunggang motosikal ditahan

Padah buat aksi ‘wheelie’, penunggang motosikal ditahan

Seorang pemuda berusia 21 tahun telah ditahan pada 16 Mei lalu setelah videonya melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal tular.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya, pihaknya telah menahan pemuda tersebut pada jam 7 malam hari yang sama.

Menurut laporan, penangkapan itu berlaku selepas polis mengesan video memperlihatkan lelaki itu memakai baju Melayu berwarna terang, menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ.

“Dalam video itu, suspek turut dilihat melakukan aksi ‘wheelie’ di beberapa lokasi jalan raya sekitar Kuala Lumpur serta di Lebuhraya AKLEH”, katanya dalam kenyataan.

@BernamaTV/Twitter

Pemuda terbabit dilaporkan melakukan aksi ‘wheelie’, di mana motosikal ditunggang menggunakan tayar belakang sahaja, sementara tayar di hadapan diangkat untuk beberapa ketika.

Susulan laporan polis yang diterima, pihak polis kemudian mengesan dan menahan suspek selain bertindak menyita motosikal terbabit.

Siasatan awal juga mendapati bahawa suspek pernah didakwa dan disabitkan dengan kesalahan serupa pada tahun 2018.

Bernama/Twitter

Berikutan hukuman tersebut, dia dijatuhi hukuman 12 bulan Perintah Khidmat Masyarakat dan lesennya digantung selama dua tahun pada tahun 2020.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan”.

Pihaknya juga kini sedang mencari individu yang bertindak merakam aksi itu dan akan disiasat di bawah Seksyen 111 akta sama kerana bersubahat.

Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI