26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaGaya HidupKetika mengejar masa penuh kesibukan, banyak perkara indah yang kita lepaskan

Ketika mengejar masa penuh kesibukan, banyak perkara indah yang kita lepaskan

Pada Januari 2007, seorang pemuda berbakat menggesek biola memainkan karya klasik Johann Sebastian Bach, ‘Chaconne’ yang indah selama 45 minit di stesen kereta api bawah tanah di Metro Washington D.C.

Kira-kira 2,000 pengguna tren melewati stesen metro itu dalam tempoh ini, yang kebanyakan mereka dalam perjalanan ke tempat kerja.

Setelah empat minit bermain, seorang lelaki berusia separuh abad melihat persembahan pemuzik itu. Dia melengahkan masanya, berhenti selama beberapa saat, dan kemudian bergegas ke lokasi arah tujuannya yang utama.

Sekadar Gambar Hiasan / Facebook

Empat minit kemudian, pemain biola ini memperolehi wang pertamanya. Seorang wanita melemparkan duit syiling ke dalam topinya.

Enam minit kemudian, seorang pemuda bersandar di dinding untuk mendengarkan gesekan biola yang indah itu, kemudian melihat jam tangannya, dan berlalu pergi.

Sepuluh minit kemudian, seorang budak lelaki berusia tiga tahun berhenti, tetapi ibunya mendesak untuk bergegas pergi. Kanak-kanak ini menoleh melihat pemain biola itu sekali lagi, kerana dia begitu tertarik dengan melodinya yang indah tetapi ibunya menarik tangannya tanpa rasa mahu memberi ruang. 

Paparan Skrin / YouTube

Budak lelaki itu terus melihat dengan menoleh ke belakang ketika dia berjalan. Beberapa kanak-kanak lain juga memberi reaksi ingin tahu mereka yang sama seperti budak lelaki tadi, tetapi pada setiap kali itu, ibu bapa masing-masing mendesak anak-anak mereka untuk segera beredar, tanpa ada rasa pengecualian.

Empat puluh lima minit berlalu, dan ketika pemuzik klasik ini terus membuat persembahan, hanya enam orang berhenti dan mendengar sebentar. Kira-kira dua puluh orang meletakkan wang mereka, tetapi dibiarkan begitu sahaja sejak mula tanpa diusik. Pemuda ini mengutip hasil dan pendapatannya pada hari itu yang berjumlah US$32 (RM132).

Satu jam kemudian, persembahan pemain biola ini selesai dan stesen itu kembali seperti biasa tanpa kedengaran bunyi melodi klasik yang indah. Ketika pemuda ini beredar, dia tidak mendapat perhatian, tepukan gemuruh, atau pujian atas penampilan bakat luar biasanya.

Tiada siapa yang tahu pada hari itu, bahawa pemain biola itu adalah pemain biola tersohor dan terkenal dunia, Joshua Bell. 

Paparan Skrin / YouTube

Joshua memainkan salah satu karya klasik paling rumit di dunia dengan biola bernilai US$3.5 juta (RM14.5 juta) pada hari itu. Dua hari sebelumnya, Joshua Bell memainkan karya ‘Chaconne’ yang sama selama 45 minit di dewan filharmonik yang bayaran masuknya adalah rata-rata berharga paling rendah US$100 (RM413) seorang.

Ini adalah Joshua Bell yang sebenar dan memainkan biola dengan bakat hebat sebenar secara langsung di hadapan semua orang yang rawak secara percuma.

Joshua Bell bermain tanpa nama di stesen kereta api bawah tanah di Washington. Ini adalah eksperimentasi sosial mengenai rasa, penghayatan dan nilai akan bakat seseorang yang telah dirancang untuk Washington Post.

Paparan Skrin / YouTube

Eksperimentasi sosial ini membawa kepada beberapa persoalan: 

Dalam kehidupan seharian yang biasa, pada waktu yang salah, dapatkah kita merasai dan menghayati ‘keindahan’? 

Sekiranya demikian, adakah kita akan berhenti dan menghargainya? 

Dalam situasi yang tidak bersesuaian, dapatkah kita mendengar dan melihat penampilan seseorang yang berbakat?

Dalam masa-masa yang penuh kesibukan, apa lagi yang telah kita lepaskan?

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI