25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 10, 2025
Utama Blog Laman 325

Babak dramatik dron merakam pemandu Uber cuba meredah laluan air pasang umpama ‘seorang pro yang tidak berjaya’

0

“Secara jujur, anda tidak dapat melepasinya,” warganet memperkatakan aksi pemandu Uber ini. Ada seorang sami dan seorang wanita bersama pemandu Uber yang menyeberangi laut Utara di lokasi air sedang pasang di England.

Rakaman video yang diambil melalui dron ini menjadi tular. Ia menunjukkan saat paling tepat lagi mengujakan apabila seorang pemandu Uber memutuskan untuk berlumba di sepanjang Holy Island Causeway di Lindisfarne, England, tetapi mungkin langsung terus menyesal.

Paparan Skrin / YouTube

Rakaman kamera dron menunjukkan kereta itu meluncur laju ke arah air pasang melalui jambatan untuk ke tanah besar di seberang. 

Paparan Skrin / Facebook

Jelas menerusi rakaman video itu, air sedang pasang yang mana akhirnya pemandu Uber ini terpaksa mengalah dengan kemaraan air pasang yang pantas dengan kesemua penumpang dalam kereta dan ‘pemandu pro’ itu terpaksa diselamatkan oleh pengawal pantai.

Paparan Skrin / Facebook

Video yang diterbitkan oleh Mark Bradshaw dari ABirdsEyeView Media Productions pada 29 Oktober ini telah menarik perhatian berjuta tontonan di YouTube dan media sosial lain.

Paparan Skrin / YouTube

“Keluar untuk terbang dengan Phantom 3 Adv di Holy Island, Lindisfarne, dan terakam teksi Uber ini yang cuba menyeberangi laluan tambak yang sudah ditutup kerana air pasang. Air pasang mara dengan cepat, 1 jam kemudian ketika waktu air pasang,” perincian video itu.

Paparan Skrin / Facebook

“Perkara itu tidak menghentikan lelaki ini daripada mempertaruhkan tambang yang dibayar penumpangnya, memandu meredah laluan air pasang dengan dua penumpang cuba menuju ke daratan. Membuatnya terpaksa mendapatkan tempat perlindungan, tetapi menyangka dia akan menjumpai emas pada satu titik. Syabas kepada sukarelawan Coastguard yang datang menyelamatkan mereka,” tulis ABirdsEyeView.

Paparan Skrin / YouTube

Oleh kerana jalan raya ditutup kerana air pasang semasa, laman sesawang Holy Island telah menyenaraikan waktu tertentu ‘dengan niat baik’ supaya seseorang dapat menyeberanginya dengan selamat dan berhemat. Dengan sedikit ketinggalan dalam anggaran masa dan inilah hasil yang terjadi. 

Paparan Skrin / YouTube

Tertanya juga adakah pemandu Uber pro begini mendapat penilaian lima bintang untuk perjalanan ‘hebat’ yang satu ini setelah diselamatkan?

Tonton video di sini.

Pesakit COVID-19 larikan diri dari Hospital Kajang dan keluar ‘shopping’ bersama bakal tunang

0

Salah seorang pesakit COVID-19 yang tidak bertanggungjawab baru-baru ini melarikan diri dari Hospital Kajang dan keluar membeli-belah bersama bakal tunangnya, walaupun telah disahkan dijangkiti dan dikuarantin di hospital itu.

Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Sungai Chua, Kajang, Faizul Azim berkongsi pengalamannya berhadapan dan menahan pesakit tersebut menerusi luahan dalam akaun Facebooknya.

Pada mulanya, pesakit berusia 24 tahun yang melarikan diri itu telah pulang ke rumah ibunya, yang menghidap diabetes, dan berbohong kepada ibunya dengan mendakwa dia telah dibenarkan keluar dari hospital kerana diuji negatif. 

Paparan Skrin/ Facebook

Namun, ketika Faizul, polis dan pemeriksa kesihatan tiba di rumah pesakit ini, mereka diberitahu yang dia tiada di rumah. Ibunya memberitahu yang dia keluar bersama bakal tunangnya.

Walaupun mengetahui dan terang-terang maklum yang dirinya positif jangkitan COVID-19, pesakit itu tetap keluar membeli-belah dengan bakal tunangnya di Metro Kajang.

Dia kemudian telah ditangkap di KFC berhadapan Metro Kajang oleh Faizul Azim sendiri bersama polis dan Inspektor Kesihatan dari Klinik Kesihatan Sungai Chua.

Kerana kecuaian pesakit ini dengan rasa tidak bertanggungjawabnya, kalangan netizen berasa amat marah sambil menyatakan kekecewaan mereka di ruangan komen. 

Gambar Hiasan / Twitter

Ada yang berharap agar dia dihukum kerana membahayakan nyawa sendiri, ahli keluarga dan orang sekeliling dengan perbuatannya yang sangat tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri, amat cuai dan tiada kesedaran.

Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, kita hendaklah saling bantu membantu pada ketika masa yang amat kritikal ini. Setakat 27 Mei, jangkitan positif COVID-19 mencatat angka tertinggi kepada 7,857 kes dan jumlah itu dijangka akan terus meningkat. 

Semua orang mungkin sudah berasa lesu dan bosan dengan pandemik yang tidak berkesudahan ini tetapi jangan pula sampai anda ikutkan sahaja hati itu dengan mengabaikan pengorbanan para ‘frontliner’ yang tidak pernah berhenti berusaha untuk menyelamatkan nyawa anda. Ringankan beban kerja mereka dengan terus patuh kepada SOP.

Ismail Sabri : Jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak, bayi membimbangkan

0

Apabila bercakap mengenai golongan rentan yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19, pastinya kita akan terus terfikir warga emas.

Namun kita lupa bahawasanya golongan bayi dan kanak-kanak juga amat terdedah. Ini kerana, kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan mereka kini mencatatkan trend peningkatan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu menjadi peringatan buat semua agar bertanggungjawab melindungi mereka daripada dijangkiti.

“Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sehingga hari ini, seramai 48,261 orang kanak-kanak dan bayi telah dijangkiti COVID-19 dengan 6,290 adalah merupakan bayi berumur 18 bulan ke bawah”.

Beliau turut menambah bahawa para ibu bapa perlu mengawasi anak masing-masing – mengelakkan mererka bermain di luar rumah, memakai pelitup muka dan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman.

Ujar beliau lagi, ia menjadi tanggungjawab buat orang dewasa dalam usaha untuk melindungi kanak-kanak dan bayi daripada terdedah dan dijangkiti virus berkenaan.

Selain itu, beliau turut menekankan akan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Golongan dewasa menurutnya perlu melaksanakan sekatan pergerakan kendiri (self-lockdown) bagi menghindari virus itu terus menular seterusnya mengjangkiti diri dan keluarga.

Kucing merangkap ‘abang’ penyayang jaga bayi macam adik sendiri. Katil pun siap kongsi..

0

Amat membahagiakan buat para ibu bapa apabila bayi dan kucing tersayang dapat ‘bergaul’ dan bermesra antara satu sama lain.

Tiada yang tersisih dan rasa seperti tidak cukup kasih sayang, kedua-duanya sama penting dan mendapat perhatian sewajarnya.

Itulah yang dialami oleh seekor kucing bernama Nacho ini yang tinggal secara harmoni bersama ‘adik’ kesayangannya.

Malah kucing jantan itu juga cukup sabar melayani karenah si adik. Sudah namanya bayi, pastinya adik Nacho sedikit kasar dengan abang kucingnya itu.

Rela sahaja Nacho ‘ditampar’ dan ditarik bulu oleh si adik. Bertuah betul adik Nacho ini bukan? Abangnya sangat penyayang, langsung tidak membalas.

Nacho pasrah sahaja dibuli adik..

“Nacho adalah kucing paling tepat dan sempurna buat bayi saya. Ia sangat penyabar”, ujar pemilik Nacho, Simone.

Namun sungguhpun begitu, Simone berkata dia tidak akan membiarkan kedua-duanya berinteraksi tanpa pemantauan.

Apa sahaja yang dibuat oleh bayi tersebut, pasti Nacho akan menemaninya – makan, main, mandi malah tidur pun Nacho teman!

“Rasa dulu air ini selamat tak”

Simone pada mulanya agak bimbang apabila Nacho nampaknya kelihatan sangat selesa dan secara sorok-sorok menaiki katil bayinya pada waktu malam.

Betapa sayangnya Nacho pada adiknya itu, kucing bertuah itu setiap hari akan memanjat katil dan tidur bersama si adik tersayang.

“Jangan risau dik. Abang ada pegang ni ha..”

Beberapa tahun kemudian, bayi Simone akhirnya bertukar katil yang lebih besar dan tentunya ia menjadi katil Nacho juga.

“Nacho percaya bahawa dialah penjaga bayi saya. Mana tidaknya, dia memang mengawasi langkah bayi saya setiap masa”.

Ikatan suci dan tulus antara mereka berdua ternyata menyentuh hati kita semua.

Pastinya bayi itu gembira kerana dikurniakan abang yang sangat bertanggungjawab dan penyayang!

Lihat video penuh kecomelan mereka berdua di sini.

COVID-19 : Wanita hamil dijangkiti semasa ziarah raya, doktor ini rayu semua untuk beri kerjasama, patuhi SOP

0

Seorang pegawai perubatan baru-baru ini meluahkan kekecewaan apabila pesakitnya yang sedang hamil diuji positif dengan COVID-19 kerana gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya jarang berkongsi apa yang berlaku ketika kerja namun hari ini saya rasa sangat kecewa dan letih. Jururawat mengambil foto ini pada jam 4 pagi semasa kami menunggu bayi dilahirkan”.

“Inilah saya”, tulis doktor itu yang dikenali sebagai Dr Tasha itu di laman Facebooknya.

Menurutnya, tugas dan tanggungjawabnya serta staf yang lain pada hari tersebut amat sibuk. Ini kerana mereka bekerja tanpa rehat sejak jam 8 pagi pada hari sebelumnya. Bayangkanlah..

Kemudian pada jam 3 pagi, mereka menerima panggilan meminta agar mereka bersedia untuk kelahiran bayi secara pembedahan caesarean.

Tambahnya lagi, apabila pesakit perlu menjalani pembedahan tersebut, seramai 10-15 orang doktor dan staf diperlukan di bilik bedah bagi memastikan kelancaran prosedur berkenaan.

Mereka sememangnya tidak begitu senang apabila pembedahan perlu dilakukan di awal pagi seperti itu memandangkan bilangan kakitangan yang tidak mencukupi.

Ternyata panggilan itu sangat memberi tekanan buatnya dan staf lain. Kelahiran secara pembedahan hanya diperlukan jika terdapat komplikasi – bayi dalam keadaan tertekan ataupun ibunya tidak sihat.

Jika situasi itu berlaku, maka mereka perlu bersiap sedia untuk melakukan pembedahan tidak kira waktu.

Amat mengecewakan apabila punca pembedahan itu perlu dilakukan adalah kerana si ibu berkemungkinan positif COVID-19, dan bukannya atas faktor kesihatan lain.

Bernama

Apabila ditanya bagaimana jangkitan berlaku, si ibu mengatakan bahawa dia ada melakukan aktiviti kunjung-mengunjung dan ziarah semasa Hari Raya di rumah saudaranya.

Menurut Dr Tasha, pengalaman kelahiran akan berubah sepenuhnya jika positif COVID-19. Malah bayi juga perlu diasingkan daripada ibu sebaik sahaja lahir.

Selain itu, bayi turut terpaksa menjalani beberapa ujian dan calitan beberapa jam selepas dilahirkan.

Keadaan sebegini ternyata membuatkan para petugas kesihatan berasa letih, seakan mereka sahaja yang ‘berperang’ melawan COVID-19 tanpa kerjasama daripada orang ramai.

Kesihatan fizikal dan mental mereka juga perlu diambil kira. Jangan hanya pentingkan diri sendiri sahaja.

“Kami tidak boleh lakukannya sendiri. Kita akan gagal jika anda semua tidak memainkan peranan. Saya rayu anda untuk lakukan tanggungjawab anda”.

Sedar dan bangkitlah daripada ‘lena’ wahai rakyat Malaysia. Kita perlu berganding bahu untuk memenangi peperangan ini. Patuhilah SOP!

Baru 17 tahun tapi mampu beli kereta ‘cash’. Gadis ini kongsi kisah disebalik pembelian Honda miliknya..

0

Kejayaan tidak datang bergolek, ia harus dicapai sendiri menerusi usaha, kesungguhan dan kegigihan seseorang. Pendek kata, ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun jika ada kemahuan, pasti ada jalan. Itulah yang dibuktikan oleh seorang gadis yang kini sudah boleh menarik nafas lega apabila berjaya mencapai cita-citanya.

Walaupun masih muda, iaitu berumur 17 tahun, gadis yang dikenali sebagai Hani ini sudah berjaya memiliki kereta idamannya yang dibeli secara tunai menggunakan hasil perniagaan sendiri.

Permulaannya agak mencabar dan dia hanya memperolehi pendatapan yang rendah sahaja namun kini hasil jualannya sudah mencecah hingga RM200,000!

“Orang cakap budak SPM tak mampu berjaya, tapi aku buktikan aku mampu berjaya..”, ujar Hani pada video yang dikongsi di laman TikToknya.

Video yang dikongsi Hani ini sebenarnya adalah video lama namun ia kembali mendapat perhatian ramai kerana begitu menginspirasikan khasnya buat generasi muda.

Di usia 17 tahun, Hani telah pun berjaya memiliki simpanan wang sebanyak ratusan ribu, malah dapat juga membeli barangan berharga buat diri sendiri dan keluarga.

Rezeki sememangnya tidak pernah tersalah alamat. Buat anda yang berasa masih belum mencapai impian masing-masing, teruskan usaha dan jangan pernah mengalah ya.

Mana tahu rezeki kita pula akan muncul tidak lama lagi…

Koloni lebah hasilkan ‘Mexican wave’ sebagai mekanisme pertahanan. Jangan pandang rendah pada saiz semata…

0

Haiwan sememangnya dilengkap dengan mekanisme pertahanan diri daripada serangan musuh ataupun apa-apa perubahan pada persekitaran.

Mungkin anda tidak biasa atau tidak pernah pun melihat mekanisme pertahanan diri buat serangga kecil seperti lebah, bukan?

Jika belum pernah lihat, apa kata anda lihat video di bawah :

https://www.facebook.com/104399084666/videos/473621773700391?cft[0]=AZW8Tm6DWoE-BtRgJxZkf84-PHrC8t_CyTPRi1_vyDrlPfE4QXiGOdsQ1zVdnyhg1CkzLomhxGCGryal751xGERBV2qJB5Q2vMvMMHT_7Z2_pt54USiuGdSxjqgGqKPtRLnp1nWZkTrGOAh7boK0k-yF

Kelihatan koloni lebah ini bergerak seiring dan menghasilkan kesan seperti gelombang Mexico, sama seperti apa yang dilakukan manusia ketika menonton perlawanan bola sepak di stadium.

Proses ini dinamakan sebagai ‘shimmering’, di mana ia terhasil apabila ratusan lebah mengkoordinasi pergerakan mereka dan menolak abdomen ke atas.

Menurut sumber, tindakan ini adalah mekanisme pertahanan diri buat lebah jenis ‘Apis dorsata’ atau lebah madu.

Tujuan pergerakan sebegini adalah untuk menjadikan kawasan sarang lebah ini sebagai zon perlindungan buat koloni lebah dan juga tempat berbahaya buat bakal pemangsa.

Selain untuk menangkis serangan bakal pemangsa, ia juga merupakan salah satu kaedah berkesan untuk mengelakkan koloni menjadi terlalu sesak.

Menarik bukan? Betapa hebatnya ciptaan Tuhan.

Nahas LRT : Khidmat Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan, pemandu tren digantung tugas

0

Kementerian Kewangan telah menamatkan serta merta perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana).

Keputusan itu disahkan menerusi satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin, ditandatangani oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuat kuasa serta-merta”.

Astro Awani

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut mengucapkan terima kasih kepada Tajuddin atas semua sumbangannya semasa menjawat jawatan tersebut.

Terdahulu, dua buah tren dilaporkan bertembung pada malam 24 Mei lalu, mengakibatkan 166 penumpang mengalami kecederaan.

Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan bahawa kakitangan yang memandu tren tersebut digantung tugas.

Bernama

Menurutnya, langkah itu adalah sebahagian daripada SOP kementeriannya. “Kita ada SOP, mana-mana pihak yang dalam dapatan awal terlibat, tidak lagi dibenar mengendalikan pengoperasian”.

Ini kerana, pihaknya perlu berlaku adil kepada semua dan ianya perlu disiasat daripada semua sudut. “Semua tren LRT sebenarnya dikenalikan secara automatik”, katanya lagi.

Tambahnya, apa yang berlaku adalah tren ini terpaksa ditarik secara manual jika berlaku masalah teknikal. “Itu yang berlaku”, akhirnya.

Lihat seorang lelaki tua cuba keluarkan wang ketika membayar harga makanan, lelaki ini tampil bayarkannya dan kemudian berikannya sedikit wang poket

0

Bukan sukar mana pun untuk melakukan kebaikan setiap hari. Hanya dengan pertolongan kecil kadangkala sudah boleh membuatkan orang lain tersenyum kerana anda.

Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki, David Love apabila dia dilihat telah membantu seorang lelaki tua ketika berada di sebuah restoran.

Facebook
Facebook

Apa yang berlaku ialah ketika dia hendak memesan makanan di kaunter, terdapat seorang lelaki yang sedang mencuba untuk mengeluarkan wangnya bagi membayar harga makanannya. Melihat keadaan lelaki tua itu membuatkan David bermurah hati untuk membayarkan harga makanannya.

Facebook

Tersentuh dengan apa yang dilakukan David, lelaki tua itu terus mengucapkan terima kasih dan mula beredar untuk ke kaunter sebelah. Namun, kebaikan David tidak terhenti di situ apabila kemudian mengeluarkan wangnya dan diberikan kepada pak cik tersebut dan sekali lagi lelaki tua tersebut mengucapkan terima kasih.

Perlakuan baik David telah dirakam secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya. Apabila seorang wanita yang merakam video itu bertanya mengenai apa yang dilakukannya, David memberitahu bahawa lelaki tua tersebut hanya mempunyai sekitar 20 dolar. Jadi, dia memutuskan untuk membayarkan makanan dan memberikan 20 dolar kepada lelaki tua itu.

Facebook

Apa yang lebih menyentuh hati David tetap berada di restoran itu untuk memastikan lelaki tua itu dilayan dengan baik. Dia juga bahkan meminta diri dengan sopan kepada pak cik itu sebelum berlalu meninggalkan restoran.

Apa yang dilakukan David adalah sesuatu yang sangat baik dan kita juga boleh menjadikan perbuatannya sebagai contoh. Mungkin selepas ini kita akan lebih bermurah hati untuk menghulurkan wang kepada mereka yang memerlukan.

Tindakan yang amat mulia yang pernah dirakam seperti dalam video ini :

Facebook

Rupanya si comel memakai jaket sut hitam dan tali leher setiap hari, identiti sebenar kucing ini adalah CEO

0

Namanya sahaja kucing tetapi sebenarnya mereka kelihatan berbeza. Kita jarang melihat dua ekor kucing mempunyai corak bulu dan warna yang sama, dengan kebanyakan penampilan kucing memang kelihatan sangat berbeza serta boleh jadi luar biasa. 

Pada pandangan pertama biasa sahaja, dan kemudian mereka adalah kucing dengan cerita.

Seorang doktor haiwan mendedahkan seekor anak kucing dengan penampilan pelik dan luar biasa melalui satu hantaran di media sosial. Mungkin ia satu kebetulan kerana mereka tiba-tiba terperasan dengan tompokan pada bulu kucing ini.

lifenewsjr

Dia ini nampak pelik kerana terdapat tali leher di dadanya.

Sekilas pandang, difikirkan seperti si comel memakai pembalut putih di lehernya.

Tetapi perhatikan warnanya dan corak pada bulu ini …

lifenewsjr

Jaket sut hitam, kemeja putih, sarung tangan putih, dan tali leher hitam!

Ini sudah menjadi pakaian presiden syarikat, seekor CEO yang sangat bergaya dan berjaya!

Lepaskan CEO ini! Layannya dengan baik. Jangan main kasar. Nanti dia akan pecat kamu..

lifenewsjr

Anak kucing ini mempunyai penampilan yang begitu hebat, lebih elegan daripada manusia.

Jangan main-main dengan CEO yang ini. Kucing ini bos yang memerhatikan kamu dengan identitinya yang tersembunyi. Curi tulang silap-silap boleh kena pecat dibuatnya.