“Secara jujur, anda tidak dapat melepasinya,” warganet memperkatakan aksi pemandu Uber ini. Ada seorang sami dan seorang wanita bersama pemandu Uber yang menyeberangi laut Utara di lokasi air sedang pasang di England.
Rakaman video yang diambil melalui dron ini menjadi tular. Ia menunjukkan saat paling tepat lagi mengujakan apabila seorang pemandu Uber memutuskan untuk berlumba di sepanjang Holy Island Causeway di Lindisfarne, England, tetapi mungkin langsung terus menyesal.
Rakaman kamera dron menunjukkan kereta itu meluncur laju ke arah air pasang melalui jambatan untuk ke tanah besar di seberang.
Jelas menerusi rakaman video itu, air sedang pasang yang mana akhirnya pemandu Uber ini terpaksa mengalah dengan kemaraan air pasang yang pantas dengan kesemua penumpang dalam kereta dan ‘pemandu pro’ itu terpaksa diselamatkan oleh pengawal pantai.
Video yang diterbitkan oleh Mark Bradshaw dari ABirdsEyeView Media Productions pada 29 Oktober ini telah menarik perhatian berjuta tontonan di YouTube dan media sosial lain.
“Keluar untuk terbang dengan Phantom 3 Adv di Holy Island, Lindisfarne, dan terakam teksi Uber ini yang cuba menyeberangi laluan tambak yang sudah ditutup kerana air pasang. Air pasang mara dengan cepat, 1 jam kemudian ketika waktu air pasang,” perincian video itu.
“Perkara itu tidak menghentikan lelaki ini daripada mempertaruhkan tambang yang dibayar penumpangnya, memandu meredah laluan air pasang dengan dua penumpang cuba menuju ke daratan. Membuatnya terpaksa mendapatkan tempat perlindungan, tetapi menyangka dia akan menjumpai emas pada satu titik. Syabas kepada sukarelawan Coastguard yang datang menyelamatkan mereka,” tulis ABirdsEyeView.
Oleh kerana jalan raya ditutup kerana air pasang semasa, laman sesawang Holy Island telah menyenaraikan waktu tertentu ‘dengan niat baik’ supaya seseorang dapat menyeberanginya dengan selamat dan berhemat. Dengan sedikit ketinggalan dalam anggaran masa dan inilah hasil yang terjadi.
Tertanya juga adakah pemandu Uber pro begini mendapat penilaian lima bintang untuk perjalanan ‘hebat’ yang satu ini setelah diselamatkan?
Tonton video di sini.