Kejayaan tidak datang bergolek, ia harus dicapai sendiri menerusi usaha, kesungguhan dan kegigihan seseorang. Pendek kata, ia bukanlah sesuatu yang mudah.
Namun jika ada kemahuan, pasti ada jalan. Itulah yang dibuktikan oleh seorang gadis yang kini sudah boleh menarik nafas lega apabila berjaya mencapai cita-citanya.
Walaupun masih muda, iaitu berumur 17 tahun, gadis yang dikenali sebagai Hani ini sudah berjaya memiliki kereta idamannya yang dibeli secara tunai menggunakan hasil perniagaan sendiri.
Permulaannya agak mencabar dan dia hanya memperolehi pendatapan yang rendah sahaja namun kini hasil jualannya sudah mencecah hingga RM200,000!
“Orang cakap budak SPM tak mampu berjaya, tapi aku buktikan aku mampu berjaya..”, ujar Hani pada video yang dikongsi di laman TikToknya.
Video yang dikongsi Hani ini sebenarnya adalah video lama namun ia kembali mendapat perhatian ramai kerana begitu menginspirasikan khasnya buat generasi muda.
Di usia 17 tahun, Hani telah pun berjaya memiliki simpanan wang sebanyak ratusan ribu, malah dapat juga membeli barangan berharga buat diri sendiri dan keluarga.
shzkyle11/TikTok
Rezeki sememangnya tidak pernah tersalah alamat. Buat anda yang berasa masih belum mencapai impian masing-masing, teruskan usaha dan jangan pernah mengalah ya.
Mana tahu rezeki kita pula akan muncul tidak lama lagi…