27.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 10, 2025
Utama Blog Laman 313

Pemuda terpaksa bergerak sejauh 3km setiap hari untuk kelas atas talian kerana jaringan di rumah lemah

0

Lockdown‘ atau perintah berkurung merupakan fasa di mana semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan. Penutupan semua sektor sedikit sebanyak telah menjejaskan urusan harian rakyat serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mungkin berhadapan dengan situasi muflis.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan ‘total lockdown‘ Fasa Pertama di seluruh negara bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 manakala Fasa Kedua pula bermula 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021. Justeru, seorang pemuda yang merupakan pelajar telah berkongsi rutin hariannya yang terpaksa keluar rumah setiap hari demi menghadiri kelas secara atas talian.

Menurut video berdurasi 35 saat ini, pemuda yang dikenali sebagai Naufal Hakimi berkenaan telah memuat naik video dirinya yang terpaksa menunggang motosikal sejauh 3km setiap hari memandangkan jaringan internet di rumahnya tidak begitu bagus.

Hampir setiap hari dia akan keluar rumah dan adakalanya dia terlewat untuk menghadiri kelas atas talian. Namun, pemuda ini menjelaskan bahawa pensyarahnya memahami situasi yang dialami olehnya.

Pasti ramai dapat memahami situasi sebenar yang dihadapi oleh pemuda ini. Sudahlah tarikh peperiksaan akhir hampir tiba, ditambah pula dengan tekanan untuk menyelesaikan tugasan, pembentangan dan projek mini tatkala isu jaringan internet lemah adalah sesuatu yang sangat merungsingkan.

“Setiap hari kena keluar dari pagi sampai petang demi kelas. Kadang-kadang masuk kelas lambat sebab dalam perjalanan ke tempat yang mempunyai jaringan internet laju”.

Di akhir video tersebut, pemuda ini sempat meluahkan rasa gusarnya memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 akan dilaksanakan sekali gus membuatkannya sukar untuk bergerak ke ‘kelasnya’.

Semoga urusan pemuda ini dipermudahkan. Kami percaya berkat kegigihan anda untuk menuntut ilmu pasti akan membuahkan hasil lumayan pada masa kelak.

Ibu cemas bayinya tertukar tetapi mujur dapat berjumpa semula setelah laporan dibuat kepada pihak hospital

0

SHAH ALAM – Seorang wanita terkejut apabila mendapati bayi yang dilahirkannya tertukar selepas dibawa pulang ke rumah dari sebuah hospital swasta di sini.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall memberitahu, dia telah melahirkan seorang bayi lelaki pada hari Jumaat pukul 2.36 pagi.

Jamumall/Facebook

Dia menceritakan mengenai kejadian itu menerusi siaran langsung secara ‘live’ di akaun Facebook Jamumall.com.

Ketika siaran langsung itu, pasangan suami isteri berkenaan bersama bapa mertuanya dalam perjalanan untuk menghantar bayi tersebut ke hospital.

Dia mula menyedari bayi itu bukan anak mereka ketika suaminya yang mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu mendapati ia milik wanita lain dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama.

Jamumall/Facebook

“Saya gementar dan terkejut selepas melihat tanda nama wanita lain sebagai ibu bayi itu yang diletakkan di kakinya. Saya tidak pasti bagaimana kejadian tertukar anak ini boleh berlaku.

“Pada tanda nama di kaki bayi itu, tertera nama ibunya dan waktu dilahirkan iaitu jam 3.02 petang 10 Jun (Khamis) sedangkan saya melahirkan anak pada jam 2.30 pagi semalam,” katanya.

Sebaik menyedari perkara itu, Siti Suriani berkata, beliau dan suami terus menghubungi pihak hospital untuk memaklumkan perkara berkenaan.

Jamumall/Facebook

“Jika suami tidak menyedari nama ibu pada tanda nama itu, sampai bila-bila kami menyangka dia anak kami walaupun terdetik di hati saya wajah bayi ini berbeza,” katanya.

Walau bagaimanapun, nasib masih berpihak kepadanya apabila dia dapat berjumpa semula dengan bayinya apabila pihak hospital berjaya menghubungi Diana, ibu kepada bayi yang tertukar itu.

Jamumall/Facebook

Diana dan suaminya juga langsung tidak menyedari perkara tersebut sehinggalah pihak hospital menghubunginya dan mereka juga telah membawa pulang bayi Suriani pulang ke rumah.

Mengulas mengenai kejadian ini Suriani memberitahu tiada perbincangan panjang dengan pihak hospital dilakukan. Dia cuma mahu pihak hospital bertanggungjawab jika ada sebarang komplikasi berlaku pada bayinya.

Cara mudah dan berkesan untuk simpan sayur-sayuran di dalam peti sejuk supaya terus segar dan tahan lama

0

Antara perkara yang peling memeningkan kepala kebanyakan suri rumah adalah bagaimana untuk menyimpan sayur-sayuran atau buah-buahan supaya sentiasa segar.

Walaupun banyak sayur-sayuran atau buah-buahan disimpan di dalam peti sejuk kadangkala ianya tetap rosak dan layu.

Cik Puan Lily/Facebook
Cik Puan Lily/Facebook

Sebenarnya ada satu ‘trick’ mudah yang boleh dilakukan untuk memastikan sayur-sayuran sentiasa segar dan tahan lama walaupun sudah lama dibeli dan cara tersebut ialah dengan menggunakan tuala kering.

Cik Puan Lily/Facebook
Cik Puan Lily/Facebook

Bagaimana caranya? Kita hanya perlu meletakkan tuala kering di dalam plastik berzip yang berisi sayur.

Cik Puan Lily/Facebook
Cik Puan Lily/Facebook

Anda juga boleh memotong sayur terlebih dahulu, jika perlu untuk menjimatkan ruang tetapi jangan basuh sayur tersebut. Masukkan sahaja sayur di dalam plastik bersama kain kering.

Cik Puan Lily/Facebook
Cik Puan Lily/Facebook

Mudah bukan? Apa kata kalau anda cubanya sendiri di rumah dan lihat sendiri hasilnya!

Berjaya turunkan berat badan sebanyak 81kg dalam setahun, kejayaan pemuda ini buatkan ramai yang kagum

0

Jika ditanya pasti semua orang akan mengatakan mereka mahukan berat badan yang ideal, tubuh yang kurus dan langsing.

Namun, tidak semua orang mampu berusaha untuk mencapai impian mereka. Terkadang, hendak bersenam pun malas…

Kisah kejayaan pemuda ini walau bagaimanapun pasti boleh membakar semangat ramai antara kita yang sedang cuba untuk menurunkan berat badan.

Percaya atau tidak, pemuda dari Thailand ini berjaya menghilangkan 81kg dalam masa setahun dan perjalanannya pasti akan memberi inspirasi ramai.

Nest Chedtragull/Facebook
Nest Chedtragull/Facebook

Pemuda bernama Nes Chedtragull ini mula tular di Facebook apabila dia membuat satu perkongsian di Facebooknya menceritakan tentang kejayaannya yang berjaya menguruskan badan.

Nest Chedtragull/Facebook
Nest Chedtragull/Facebook

Bersama perkongsian tersebut dia turut memuat naik beberapa keping gambar yang jelas sekali menunjukkan perbezaan dirinya yang dahulu dengan sekarang.

Nest Chedtragull/Facebook

Jika dahulu dia memiliki berat badan sekitar 156kg dan kini dia berjaya mencapai berat 75kg sahaja!

Nest Chedtragull/Facebook

Menurut Nes, dia berjaya mengurangkan berat badan setelah menukar jenis makanan yang diambil. Dia juga akan berjalan selama satu hingga dua jam sehari dan kadangkala dia akan berbasikal.

Nest Chedtragull/Facebook

Nes mula mengambil makanan yang lebih sihat. Sekitar Ogos 2019 dia mula berhenti makan makanan yang digemari termasuk makanan bergoreng, teh susu, snek yang bergula serta pencuci mulut yang manis.

Nest Chedtragull/Facebook

Sebagai gantinya, dia akan makan makanan yang lebih sihat contohnya seperti 300g dada ayam cincang dengan daun selasih dan 150g nasi kukus. Selain itu, dia juga terus mengamalkan senaman untuk mengekalkan fizikal yang baik.

Dalam status Facebooknya, Nes turut memberi dorongan kepada orang ramai untuk memilih kaedah penurunan berat badan yang sesuai dengan mereka, sama ada berenang, berbasikal, berjalan, berlari, atau pergi ke gim.

Cuit tuannya kerana mahukan susu, cara Oyen ini minum susu segar dari lembu memang ‘style’

0

Buat mereka yang mempunyai haiwan peliharaan biasanya akan menyediakan bekas makanan dan minuman buat haiwan mereka.

Apabila tiba masa untuk makan, mereka hanya akan meletakkan makanan dan minuman supaya mudah untuk haiwan mereka makan dan minum.

Namun, itu hanya kebiasaan ramai orang dan ianya berbeza sekali dengan pemilik kucing berwarna oren ini.

Facebook

Apa yang dilakukan ialah dengan memberi susu segar terus dari lembu kepada kucing orennya. Si Oyen kelihatannya sudah bersedia di sisi tuannya yang sedang memerah susu lembu.

Facebook

Apa yang melucukan ialah perbuatan kucing tersebut yang mencuit tuannya untuk mendapatkan susu. Setiap kali dia mahukan susu dia akan mencuit paha tuannya yang sedang sibuk memerah susu lembu.

Facebook
Facebook

Tidak cukup dengan itu, cara tuannya memberikan susu kepadanya juga agak ‘style’ iaitu dengan memerah susu tersebut terus ke mulut kucingnya.

Kalau orang lain mereka pasti akan menggunakan bekas minuman tetapi lelaki itu terus memerah susu untuk kucingnya. Apa-apa pun gaya Oyen ini minum susu memang paling bergaya!

‘Style’ betul Oyen ni minum :

Buaya yang dijumpai di Pulau Gaya kini sudah ditangkap dan akan ditempatkan di habitat yang lebih sesuai

0

KOTA KINABALU – Seekor buaya yang ditemui di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini dilaporkan telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Buaya tersebut dikatakan telah dipindahkan ke habitat yang lebih sesuai.

Berita mengenai penemuan buaya tersebut telah mula tular di internet setelah kejadian tersebut telah dimuat naik di laman Facebook oleh Junz Wong, bekas Menteri Pertanian Sabah.

Junz Wong/Facebook

Bersama hantaran tersebut sebuah video yang menunjukkan kehadiran seekor buaya besar juga turut dimuat naik.

Junz Wong/Facebook

Mujur, semuanya kini telah diselesaikan dengan proaktif oleh pihak berkuasa demi menjamin keselamatan penduduk di kampung Pulau Gaya.

Junz Wong/Facebook

Menurut Junz lagi, buaya tersebut kini berada di bawah pengawasan ketua kampung dan beberapa orang penduduk.

Junz Wong/Facebook

Mereka kini sedang menunggu untuk menyerahkan buaya tersebut kepada agensi kerajaan yang bertanggungjawab. Dia juga dikhabarkan bahawa Jabatan Hidupan Liar akan datang untuk mengambil buaya tersebut.

Duduk seolah-olah membentuk gerabak kereta api, tiga ekor kucing ini sungguh menghiburkan

0

Kalau sebut sahaja pasal haiwan peliharaan pasti setiap orang punya cerita lucu yang tersendiri. Apa yang lebih menyeronokkan apabila dapat berkongsi cerita-cerita lucu itu bersama orang lain.

Seorang netizen dari Jepun, @katopen9 baru-baru ini turut berkongsi cerita lucu mengenai tiga ekor kucing peliharaannya. Kisah tersebut telah dikongsi di laman Twitter miliknya dan telah menarik pelbagai reaksi umum.

@katopen9/Twitter

Menurut netizen ini ketiga-tiga ekor kucing suka berkumpul di mana dia berada. Antara tempat yang paling suka untuk mereka ‘lepak’ bersama ialah di sofa.

@katopen9/Twitter
@katopen9/Twitter

Apa yang lebih lucu ialah mereka bertiga sering duduk seolah-olah seperti gerabak kereta api iaitu seekor di hadapan, seekor di tengah dan seekor lagi di belakang.

@katopen9/Twitter

Mereka juga sering bertukar posisi seolah-olah ‘kapten’ kereta api perlu bertukar syif kerja. Jadi, mereka akan bergilir-gilir berada di bahagian hadapan untuk ‘memandu’ kereta api.

Persoalannya, mereka hendak ke mana dengan membentuk kereta api tu?

Netizen bidas kenyataan MP Seputeh selepas keluarkan kenyataan bahawa pil dari China boleh rawat COVID-19

0

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, baru-baru ini telah mengeluarkan satu kenyataan kontroversi yang mengatakan bahawa terdapat pil dari China boleh merawat COVID-19.

Kenyataan tersebut telah dikongsikan di laman Facebook miliknya bersama gambar pil yang dimaksudkan.

Facebook

Kenyataan yang dibuat berbunyi; “Akhirnya, kita dapat membeli pil rawatan COVID-19 yang terkenal dari China ini di pasaran terbuka di Malaysia sekarang.”

“Ia bukan lagi ubat yang tidak diterima di Malaysia. Terima kasih kepada KKM.”

Menurut laporan yang diperolehi ubat tersebut – Lian Hua Qing Wen, merupakan milik sebuah syarikat tempatan bernama White Heron Pharmaceutical Sdn Bhd.

The Chinese Daily mengatakan dua varian ubat iaitu kapsul dan butiran telah diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan KKM (NPRA).

Jurucakap dari White Heron Pharmaceutical mengatakan ubat itu telah diluluskan oleh NPRA bulan lalu.

Nanyang Daily melaporkan bahawa ubat tersebut telah diluluskan setelah mengeluarkan bahan yang dilarang di Malaysia iaitu ephedra.

Media tersebut juga mengatakan ubat tersebut akan mula dipasarkan pada masa akan datang.

CGTN

Mempromosikan ubat itu di laman Facebooknya, White Heron Pharmaceutical mengatakan Lian Hua Qing Wen yang baru diformulasikan berkesan untuk “detoksifikasi, membekal oksigen pada paru-paru, meredakan rasa panas, menghilangkan kahak, melegakan batuk, membantu memerangi virus dan selesema dengan lebih berkesan”.

Syarikat farmaseutikal tersebut secara tidak langsung ada menyebutkan bahawa ubat tersebut dapat digunakan kepada pesakit COVID-19, tetapi hanya menyebutkan bahawa ia berkesan terhadap “virus dan influenza”.

Hantaran Facebook tersebut kemudian telah dipadam setelah ratusan netizen membidas kenyataan ahli parlimen tersebut. Mereka mengkritik kenyataan yang mengatakan pil tersebut boleh ‘merawat COVID-19’.

Sebilangan daripada mereka yang bekerja dalam bidang perubatan mengatakan mereka kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan. Ada juga yang meminta ahli perlimen ini untuk memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana ianya boleh mengundang salah faham.

Sering curi selipar jiran, perbuatan Oyen akhirnya berjaya dirakam CCTV

0

Sebut sahaja tentang Oyen pasti ramai antara kita yang sudah tahu betapa nakalnya kucing berwarna oren ini.

Rasanya hampir di semua tempat ada sahaja spesies yang paling bermasalah ini. Mana tidaknya, kucing oren inilah yang sering membuat ‘onar’ sehingga ramai yang tahu benar dengan telatah mereka.

Kali ini, si Oyen sekali lagi dilaporkan melakukan sebuah kes ‘jenayah’. Kejadian tersebut berlaku kepada sebuah keluarga di Singapura apabila selipar mereka sering hilang.

@amyramrn/Twitter

Menurut ‘mangsa’ mereka sekeluarga berasa pelik apabila salah satu daripada pasangan selipar mereka seringkali hilang. Pencuri selipar hanya mengambil salah satu bukannya kedua-dua belah selipar mereka.

Kisah lucu tersebut diceritakan oleh seorang pengguna Twitter, @amyramrn yang turut memuat naik video yang menunjukkan seekor Oyen yang merupakan dalang di sebalik kejadian curi tersebut.

@amyramrn/Twitter

Pada mulanya dia menyangka masalah tersebut mungkin dilakukan oleh kakitangan pembersihan yang secara tidak sengaja telah menyapu selipar-selipar mereka ketika melakukan kerja.

@amyramrn/Twitter

Namun, setelah ianya berlaku beberapa kali, mereka sekeluarga akhirnya memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) koridor mereka pada 9 Jun lalu dan mendapati imej sebenar pencuri tersebut. Rupa-rupanya Oyen tersebut adalah kucing milik jiran mereka.

@amyramrn/Twitter

Pemilik kucing tersebut kemudian memberitahu bahawa dia sedar kucingnya membawa pulang bermacam selipar. Memandangkan dia tidak tahu siapa pemiliknya jadi dia hanya meninggalkannya di lobi dengan harapan supaya pemilik selipar boleh mengambil semula selipar mereka di situ.

@amyramrn/Twitter

Apa yang paling lucu Oyen nampaknya hanya mencuri selipar yang berjenama contohnya Vans, Adidas dan Puma. Sebenarnya kejadian tersebut telah berlaku tiga kali sebelum ini dan pada kali keempat berlaku barulah mereka tahu siapa yang melakukannya.

Pilihan Editor:

Spesies memerang gergasi ditemui semula di sebuah sungai di Argentina selepas 40 tahun alami kepupusan

0

Kerosakan yang dilakukan manusia hari ini membuatkan banyak flora dan fauna yang semakin pupus. Antara spesies yang semakin pupus ialah memerang gergasi (giant otter).

Namun begitu, sebuah kejadian mengejutkan telah berlaku apabila Sebastian Di Martino, pengarah sebuah badan,  Fundación Rewilding Argentina terserempak dengan seekor giant otter di Sungai Bermejo.

Penemuan tersebut sangat mengejutkan kerana spesies dikatakan telah pupus di Argentina sejak 40 tahun dahulu sehingga ramai berpendapat bahawa spesies memerang ini sememangnya telah pupus sepenuhnya di negara itu.

Paparan Skrin/YouTube

Martino dikatakan sedang melakukan rondaan di Taman Nasional El Impenetrable, sebuah taman negara yang terletak di utara Argentina pada pertengahan Mei lalu.

Dia tiba-tiba mendengar bunyi percikan di belakangnya dan apabila dia menoleh ke belakang dia melihat seekor haiwan berbulu coklat sedang berenang berhampiran dengannya.

Paparan Skrin/YouTube

Haiwan tersebut kemudian menyelam ke dalam dan muncul semula ke permukaan. Martino kemudian baru menyedari bahawa haiwan tersebut adalah memerang gergasi yang selama ini telah pupus di Argentina.

Paparan Skrin/YouTube

Martino berkata, “Saya terkejut dan teruja. Pada mulanya, saya tidak percaya bahawa apa yang saya lihat itu benar.” Dia kemudian segera mengeluarkan telefonnya untuk merakam haiwan tersebut kerana jika tidak orang pasti tidak percaya dengannya yang telah melihat memerang tersebut memandangkan spesies tersebut kali terakhir dilihat sekitar tahun 1980-an.

pets.ettoday

Masih belum diketahui dari mana asalnya memerang tersebut. Habitat terdekat memerang gergasi sebelum ini adalah di Pantanal, Paraguay yang berjarak ribuan batu.

Martino percaya bahawa memerang tersebut berenang setelah bebas dari keluarga atau mungkin spesies ini sememangnya telah tinggal di Argentina selama ini tanpa ada yang tahu.

Argentina dikatakan akan bertanggungjawab untuk memulihkan spesies memerang ini. Beberapa hari yang lalu, mereka melepaskan semula memerang yang dikurung iaitu Coco dan Alondra dan kembali ke Taman Negara Iberá. Berita baiknya, pasangan memerang itu telah melahirkan 3 ekor anak yang sihat.

Gambar Hiasan/Pixabay

Memerang spesies ini adalah memerang terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga 1.8 meter. Spesies ini biasanya terdapat di lembah Amazon di Amerika Selatan. Haiwan ini agak bersosial dan sering hidup dalam kumpulan yang besar sekitar 20 ekor.

Mereka mempunyai masa kehamilan antara 9-10 minggu dan melahirkan 1-3 ekor anak. Memerang ini disenaraikan sebagai spesies terancam oleh Senarai Merah Spesies Terancam IUCN.

Spesies ini terancam oleh pencemaran dan degradasi habitat, penangkapan, pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan empangan hidroelektrik, dan perubahan iklim.