30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaBerita UtamaPeluk cium sesuka hati punca bayi berusia 35 hari positif COVID-19

Peluk cium sesuka hati punca bayi berusia 35 hari positif COVID-19

Jangkitan virus COVID-19 terhadap kanak-kanak mencatatkan peningkatan yang membimbangkan khususnya apabila ia melibatkan golongan bayi berusia di bawah dua tahun.

Pakar Pediatrik Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS), Dr Mohd Zuraizi Jaafar memaklumkan bahawa trend terbaharu jangkitan terhadap kanak-kanak disyaki berkait rapat dengan varian COVID-19 baharu yang dikatakan bersifat lebih ganas dan cepat tersebar.

Justeru, ibu bapa digalakkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan mengurangkan komunikasi antara orang sekeliling bagi mengelakkan pembawaan virus ini kepada kanak-kanak. Malangnya, inilah yang berlaku kepada seorang bayi berusia 35 hari yang disahkan positif jangkitan COVID-19.

Perkongsian ini telah didedahkan sendiri oleh seorang kakitangan perubatan dikenali sebagai Encik Anuar Kah menerusi akaun Facebook miliknya. Dalam perkongsian tersebut, bayi berkenaan dikatakan sebagai pesakit termuda yang pernah dirawat dan hasil ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction RT-PCR) turut mencatatkan keputusan yang positif.

“Setiap hari ambil pesakit positif COVID-19. Tetapi hari ini dapat yang paling kecil hantar ke wad. Sebak bercampur geram kerana bayi itu tidak bersalah. Sebulan lima hari positif ujian RT-PCR”.

Meskipun tidak berkongsi kisah yang lebih lanjut mengenai bagaimana bayi itu mendapat jangkitan berkenaan, pegawai perubatan ini berharap agar perkongsiannya dapat dijadikan sebagai ikhtibar buat semua orang.

“Minta tolong supaya jangan datang ziarah atau merayau ke rumah yang ada bayi, warga emas dan lain-lain yang boleh mendatangkan mudarat. Jangan nak peluk cium anak orang sesuka hati kerana tidak tahu status kita. Tidak rasa bersalahkah sekiranya terjadi sesuatu kepada mereka?”.

Konsep vaksin merupakan satu ikhtiar yang perlu difahami oleh masyarakat dan meskipun telah disuntik, hal ini tidak boleh dianggap sebagai lampu hijau untuk anda pulang ke kampung dan bertemu dengan kedua orang tua.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI