26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 9, 2026
Utama Blog Laman 313

Menteri Kesihatan : Malaysia sedang bangunkan vaksin COVID-19 sendiri

0

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan bahawa Malaysia kini sedang mengembangkan vaksin COVID-19 sendiri dalam usaha mempercepat proses vaksinasi negara.

Dalam satu kenyataan semalam pada 13 Jun, Adham mengatakan Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) kementeriannya sedang dalam proses mengembangkan dua jenis vaksin COVID-19.

Ia merujuk kepada vaksin utusan asid ribonukleik (mRNA) dan vaksin juga yang tidak aktif.

Dr Adham Baba/Facebook

“Kami harap ia dapat meningkatkan kapasiti vaksin selain mempersiapkan Malaysia untuk kemampuan pengembangan vaksin di masa depan”.

Selain itu menurutnya, usaha itu turut bertujuan untuk mempersiapkan Malaysia bagi menghadapi wabak di masa akan datang.

Beliau walau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada vaksin terbabit dibuat oleh negara lain atau tahap perkembangan vaksin yang dimaksudkan pada waktu ini.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat ini menawarkan tiga jenis vaksin yang diimport – mRNA dari Amerika Syarikat (AS) dan Jerman (Pfizer), vaksin tidak aktif dari China (Sinovac) dan juga dan juga vaksin vektor virus dari United Kingdom (AstraZeneca).

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC), vaksin mRNA adalah jenis vaksin baru untuk melindungi daripada penyakit berjangkit.

Clinical Trial Arena

Menurut CDC, vaksin mRNA mengajar sel-sel tubuh untuk membuat protein, bahkan sekeping protein akan mencetuskan tindak balas imun di dalam tubuh manusia.

Sementara itu, vaksin yang tidak aktif pula berfungsi untuk menggunakan zarah virus yang telah mat, lalu mendedahkannya pada sistem imun tubuh tanpa sebarang risiko tindak balas penyakit serius.

Ia merupakan kaedah vaksin tradisional yang berjaya digunakan untuk melawan banyak penyakit berjangkit, misalnya rabies.

Namun menurut Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS, vaksin ini lazimnya tidak memberikan kekebalan kuat seperti vaksin hidup.

Penerima vaksin tidak aktif memerlukan beberapa dos daripada semasa ke semasa untuk mengembangkan imuniti terhadap penyakit.

Mahukan ‘publisiti’, kucing ini sengaja muncul ketika wartawan sedang ‘live’ buat ramai yang geram

0

Para wartawan lazimnya pasti berasa gementar saat di hadapan kamera, apatah lagi jika sedang bersiaran langsung.

Ini kerana banyak perkara yang tidak dijangka boleh berlaku, membuatkan mereka sentiasa berhati-hati. Namun siapalah manusia untuk menentukan sesuatu bukan?

Terdahulu, seorang wartawan dari Brazil bernama Artur Lira berhadapan dengan detik ‘cemas’ dan melucukan apabila seekor kucing bertindak mengganggu sesi siaran langsungnya.

Sewaktu sedang melaporkan tugasannya, seekor kucing comel secara tiba-tiba muncul di kakinya dan keadaan itu membuatkan Artur tidak dapat menahan diri daripada ketawa.

Jurukamera tersebut turut mengalihkan kameranya bagi menfokuskan kepada kucing comel berwarna hitam putih tersebut.

Sudah beralih lokasi pun, kucing itu masih lagi mengekori Artur. Memang mahu cari publisiti..

“Ia sangat comel sehinggakan kita sendiri tidak sampai hati mahu marah. Saya agak dia mungkin mahu menjadi terkenal”, tulis Artur.

Menurut sumber, kucing berkenaan adalah kucing jalanan dan sering diberi makan dan dijaga di balai polis berdekatan.

Artur turut difahamkan berniat untuk mengambil kucing itu untuk dibela. Kalau macam ini punya comel, semua pun tentunya tidak jadi marah bukan?

Ternyata bahawa si kucinglah yang memilih manusia kesayangannya sendiri, bukan kita pilih mereka ya!

Anda boleh saksikan video penuh di sini.

Majlis perkahwinan semasa PKP penuh di Butterworth buat polis terkilan, kesal

0

Sepasukan polis terkejut apabila mendapati terdapat sebuah majlis perkahwinan diadakan pada 11 Jun lalu, di Butterworth, Pulau Pinang.

Sedangkan semua sedia maklum bahawa majlis sosial seperti itu langsung tidak dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh yang sedang berlangsung ketika ini.

Anggota polis bertugas pada ketika itu difahamkan sedang melakukan pemeriksaan pematuhan SOP di daerah Seberang Perai Utara.

The team was conducting a routine standard operating procedures (SOPs) compliance operation in the North Seberang Prai district when they came across the ceremony.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemeriksaan mendapati 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar berada dalam kediaman itu.

“Tindakan itu melanggar SOP berikutan majlis perkahwinan adalah aktiviti yang tidak dibenarkan pada ketika ini”.

Beliau turut kesal masih terdapat individu yang secara terang-terangan melanggar SOP semasa PKP penuh ini.

“Ini adalah tindakan mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira keadaan semasa dan boleh menyebabkan usaha untuk hentikan penyebaran COVID-19 gagal.

Difahamkan bahawa majlis tersebut diadakan bagi meraikan anak lelaki penganjur. Oleh yang demikian, penganjur dan jurugambar masing-masing dikompaun RM2,000.

Tegas beliau lagi, pihak polis tidak akan berkompromi dan sentiasa mengadakan pemantauan dengan mengambil tindakan terhadap mereka yang ingkar.

Suami isteri OKU berjaya jual 1,000 paket sambal hitam Pahang di Shopee dalam tempoh seminggu

0

Platform e-perdagangan merupakan satu inisiatif yang bagus dan mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat tatkala sektor ekonomi sedang berada dalam keadaan yang tidak stabil akibat penularan wabak COVID-19.

Tambahan pula negara sekarang sedang berada di dalam fasa ‘total lockdown’ atau perintah berkurung di mana semua sektor perlu ditutup bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan. Justeru, majoriti masyarakat cenderung untuk mencari sumber pendapatan sampingan dengan berniaga di platform e-perdagangan seperti Shopee.

Baru-baru ini, sepasang suami isteri yang cacat penglihatan telah kehilangan punca pendapatan harian apabila restoran tempat mereka bekerja terpaksa ditutup sejak dua bulan yang lalu. Meskipun dilanda musibah, pasangan yang dikenali sebagai Yusri Azis dan Nur Jannah Tan Jia Hui tidak patah semangat sebaliknya terus berusaha untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh mereka.

Pada minggu pertama perintah berkurung fasa pertama dilaksanakan, pasangan ini telah melancarkan pembukaan kedai atas talian di platform Shopee yang dikenali sebagai Yus Bisnes. Dengan bantuan rakan sekuliah yang sama-sama menuntut di Universiti Malaya iaitu Fa Phong, mereka mula aktif menjalankan aktiviti perniagaan sambal hitam Pahang buatan sendiri.

This image has an empty alt attribute; its file name is 140621_jualsambal_02.jpeg

Perniagaan mereka semakin mendapat sambutan hangat apabila seorang warganet berkongsi maklumat mengenai perniagaan tersebut di laman Twitter sehingga menjadi tular. Dijual pada harga RM10 untuk 100 gram, Yusri mengesahkan hasil jualan mencapai jumlah RM600 dalam tempoh 24 jam selepas pembukaan kedai Yus Bisnes tersebut.

Yusri turut sempat memuat naik sebuah video tutorial di Facebook Shopee Malaysia menunjukkan bagaimana dia melakukan aktiviti perniagaan di Shopee dengan menggunakan aplikasi yang dikenali sebagai TalkBack. Aplikasi berkenaan membolehkan Yusri menguruskan setiap pesanan yang diterima daripada para pelanggan.

Sehingga kini, Yus Bisnes telah berjaya menjual sebanyak 1,000 paket sambal hitam Pahang dengan hasil keuntungan sekitar RM12,000 dalam tempoh seminggu sahaja! Benar-benar memberi inspirasi…

This image has an empty alt attribute; its file name is 140621_jualsambal_04.jpeg

Kini, Yusri sedang dalam persiapan untuk menguruskan pesanan yang telah diterima dan akan kembali untuk mengemas kini stok mereka di Shopee dalam masa terdekat.

54 individu dikompaun RM2,000 kerana joging dan melepak di jambatan

0

KLANG – 54 individu telah dikenakan notis kompaun bernilai RM2,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standar (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang sedang dijalankan di seluruh negara dengan berkumpul, melepak dan berjoging.

Notis kompaun yang dikenakan sebanyak RM2,000 setiap seorang. Sumber : Sinchew

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Jambatan Raja Muda Nala, Klang pada petang Ahad (13 Jun 2021) sekitar jam 6 petang.

“Pasukan penguatkuasaan kami pergi membuat tinjauan selepas mendapat maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti di lokasi berkenaan”.

54 individu yang dikenakan kompaun oleh polis kerana melanggar SOP. Sumber : Sinar Harian

“Ketika tiba di lokasi, mereka mendapati sebilangan individu telah memarkir kereta berdekatan tempat halangan batu di lokasi berkenaan. Selain itu, terdapat aktiviti berjoging serta melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala yang telah ditutup”.

Kesemua individu yang dikenakan kompaun merupakan penduduk tempatan yang berusia dalam lingkungan 17 hingga 40 tahun. Kesemua individu akan disiasat di bawah Seksyen 3(21) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Peluk cium sesuka hati punca bayi berusia 35 hari positif COVID-19

0

Jangkitan virus COVID-19 terhadap kanak-kanak mencatatkan peningkatan yang membimbangkan khususnya apabila ia melibatkan golongan bayi berusia di bawah dua tahun.

Pakar Pediatrik Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS), Dr Mohd Zuraizi Jaafar memaklumkan bahawa trend terbaharu jangkitan terhadap kanak-kanak disyaki berkait rapat dengan varian COVID-19 baharu yang dikatakan bersifat lebih ganas dan cepat tersebar.

Justeru, ibu bapa digalakkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan mengurangkan komunikasi antara orang sekeliling bagi mengelakkan pembawaan virus ini kepada kanak-kanak. Malangnya, inilah yang berlaku kepada seorang bayi berusia 35 hari yang disahkan positif jangkitan COVID-19.

Perkongsian ini telah didedahkan sendiri oleh seorang kakitangan perubatan dikenali sebagai Encik Anuar Kah menerusi akaun Facebook miliknya. Dalam perkongsian tersebut, bayi berkenaan dikatakan sebagai pesakit termuda yang pernah dirawat dan hasil ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction RT-PCR) turut mencatatkan keputusan yang positif.

“Setiap hari ambil pesakit positif COVID-19. Tetapi hari ini dapat yang paling kecil hantar ke wad. Sebak bercampur geram kerana bayi itu tidak bersalah. Sebulan lima hari positif ujian RT-PCR”.

Meskipun tidak berkongsi kisah yang lebih lanjut mengenai bagaimana bayi itu mendapat jangkitan berkenaan, pegawai perubatan ini berharap agar perkongsiannya dapat dijadikan sebagai ikhtibar buat semua orang.

“Minta tolong supaya jangan datang ziarah atau merayau ke rumah yang ada bayi, warga emas dan lain-lain yang boleh mendatangkan mudarat. Jangan nak peluk cium anak orang sesuka hati kerana tidak tahu status kita. Tidak rasa bersalahkah sekiranya terjadi sesuatu kepada mereka?”.

Konsep vaksin merupakan satu ikhtiar yang perlu difahami oleh masyarakat dan meskipun telah disuntik, hal ini tidak boleh dianggap sebagai lampu hijau untuk anda pulang ke kampung dan bertemu dengan kedua orang tua.

Pemuda terpaksa bergerak sejauh 3km setiap hari untuk kelas atas talian kerana jaringan di rumah lemah

0

Lockdown‘ atau perintah berkurung merupakan fasa di mana semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan. Penutupan semua sektor sedikit sebanyak telah menjejaskan urusan harian rakyat serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mungkin berhadapan dengan situasi muflis.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan ‘total lockdown‘ Fasa Pertama di seluruh negara bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 manakala Fasa Kedua pula bermula 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021. Justeru, seorang pemuda yang merupakan pelajar telah berkongsi rutin hariannya yang terpaksa keluar rumah setiap hari demi menghadiri kelas secara atas talian.

Menurut video berdurasi 35 saat ini, pemuda yang dikenali sebagai Naufal Hakimi berkenaan telah memuat naik video dirinya yang terpaksa menunggang motosikal sejauh 3km setiap hari memandangkan jaringan internet di rumahnya tidak begitu bagus.

Hampir setiap hari dia akan keluar rumah dan adakalanya dia terlewat untuk menghadiri kelas atas talian. Namun, pemuda ini menjelaskan bahawa pensyarahnya memahami situasi yang dialami olehnya.

Pasti ramai dapat memahami situasi sebenar yang dihadapi oleh pemuda ini. Sudahlah tarikh peperiksaan akhir hampir tiba, ditambah pula dengan tekanan untuk menyelesaikan tugasan, pembentangan dan projek mini tatkala isu jaringan internet lemah adalah sesuatu yang sangat merungsingkan.

“Setiap hari kena keluar dari pagi sampai petang demi kelas. Kadang-kadang masuk kelas lambat sebab dalam perjalanan ke tempat yang mempunyai jaringan internet laju”.

Di akhir video tersebut, pemuda ini sempat meluahkan rasa gusarnya memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 akan dilaksanakan sekali gus membuatkannya sukar untuk bergerak ke ‘kelasnya’.

Semoga urusan pemuda ini dipermudahkan. Kami percaya berkat kegigihan anda untuk menuntut ilmu pasti akan membuahkan hasil lumayan pada masa kelak.

Ibu cemas bayinya tertukar tetapi mujur dapat berjumpa semula setelah laporan dibuat kepada pihak hospital

0

SHAH ALAM – Seorang wanita terkejut apabila mendapati bayi yang dilahirkannya tertukar selepas dibawa pulang ke rumah dari sebuah hospital swasta di sini.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall memberitahu, dia telah melahirkan seorang bayi lelaki pada hari Jumaat pukul 2.36 pagi.

Jamumall/Facebook

Dia menceritakan mengenai kejadian itu menerusi siaran langsung secara ‘live’ di akaun Facebook Jamumall.com.

Ketika siaran langsung itu, pasangan suami isteri berkenaan bersama bapa mertuanya dalam perjalanan untuk menghantar bayi tersebut ke hospital.

Dia mula menyedari bayi itu bukan anak mereka ketika suaminya yang mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu mendapati ia milik wanita lain dipercayai turut melahirkan bayi di hospital sama.

Jamumall/Facebook

“Saya gementar dan terkejut selepas melihat tanda nama wanita lain sebagai ibu bayi itu yang diletakkan di kakinya. Saya tidak pasti bagaimana kejadian tertukar anak ini boleh berlaku.

“Pada tanda nama di kaki bayi itu, tertera nama ibunya dan waktu dilahirkan iaitu jam 3.02 petang 10 Jun (Khamis) sedangkan saya melahirkan anak pada jam 2.30 pagi semalam,” katanya.

Sebaik menyedari perkara itu, Siti Suriani berkata, beliau dan suami terus menghubungi pihak hospital untuk memaklumkan perkara berkenaan.

Jamumall/Facebook

“Jika suami tidak menyedari nama ibu pada tanda nama itu, sampai bila-bila kami menyangka dia anak kami walaupun terdetik di hati saya wajah bayi ini berbeza,” katanya.

Walau bagaimanapun, nasib masih berpihak kepadanya apabila dia dapat berjumpa semula dengan bayinya apabila pihak hospital berjaya menghubungi Diana, ibu kepada bayi yang tertukar itu.

Jamumall/Facebook

Diana dan suaminya juga langsung tidak menyedari perkara tersebut sehinggalah pihak hospital menghubunginya dan mereka juga telah membawa pulang bayi Suriani pulang ke rumah.

Mengulas mengenai kejadian ini Suriani memberitahu tiada perbincangan panjang dengan pihak hospital dilakukan. Dia cuma mahu pihak hospital bertanggungjawab jika ada sebarang komplikasi berlaku pada bayinya.

Cara mudah dan berkesan untuk simpan sayur-sayuran di dalam peti sejuk supaya terus segar dan tahan lama

0

Antara perkara yang peling memeningkan kepala kebanyakan suri rumah adalah bagaimana untuk menyimpan sayur-sayuran atau buah-buahan supaya sentiasa segar.

Walaupun banyak sayur-sayuran atau buah-buahan disimpan di dalam peti sejuk kadangkala ianya tetap rosak dan layu.

Cik Puan Lily/Facebook
Cik Puan Lily/Facebook

Sebenarnya ada satu ‘trick’ mudah yang boleh dilakukan untuk memastikan sayur-sayuran sentiasa segar dan tahan lama walaupun sudah lama dibeli dan cara tersebut ialah dengan menggunakan tuala kering.

Cik Puan Lily/Facebook
Cik Puan Lily/Facebook

Bagaimana caranya? Kita hanya perlu meletakkan tuala kering di dalam plastik berzip yang berisi sayur.

Cik Puan Lily/Facebook
Cik Puan Lily/Facebook

Anda juga boleh memotong sayur terlebih dahulu, jika perlu untuk menjimatkan ruang tetapi jangan basuh sayur tersebut. Masukkan sahaja sayur di dalam plastik bersama kain kering.

Cik Puan Lily/Facebook
Cik Puan Lily/Facebook

Mudah bukan? Apa kata kalau anda cubanya sendiri di rumah dan lihat sendiri hasilnya!

Berjaya turunkan berat badan sebanyak 81kg dalam setahun, kejayaan pemuda ini buatkan ramai yang kagum

0

Jika ditanya pasti semua orang akan mengatakan mereka mahukan berat badan yang ideal, tubuh yang kurus dan langsing.

Namun, tidak semua orang mampu berusaha untuk mencapai impian mereka. Terkadang, hendak bersenam pun malas…

Kisah kejayaan pemuda ini walau bagaimanapun pasti boleh membakar semangat ramai antara kita yang sedang cuba untuk menurunkan berat badan.

Percaya atau tidak, pemuda dari Thailand ini berjaya menghilangkan 81kg dalam masa setahun dan perjalanannya pasti akan memberi inspirasi ramai.

Nest Chedtragull/Facebook
Nest Chedtragull/Facebook

Pemuda bernama Nes Chedtragull ini mula tular di Facebook apabila dia membuat satu perkongsian di Facebooknya menceritakan tentang kejayaannya yang berjaya menguruskan badan.

Nest Chedtragull/Facebook
Nest Chedtragull/Facebook

Bersama perkongsian tersebut dia turut memuat naik beberapa keping gambar yang jelas sekali menunjukkan perbezaan dirinya yang dahulu dengan sekarang.

Nest Chedtragull/Facebook

Jika dahulu dia memiliki berat badan sekitar 156kg dan kini dia berjaya mencapai berat 75kg sahaja!

Nest Chedtragull/Facebook

Menurut Nes, dia berjaya mengurangkan berat badan setelah menukar jenis makanan yang diambil. Dia juga akan berjalan selama satu hingga dua jam sehari dan kadangkala dia akan berbasikal.

Nest Chedtragull/Facebook

Nes mula mengambil makanan yang lebih sihat. Sekitar Ogos 2019 dia mula berhenti makan makanan yang digemari termasuk makanan bergoreng, teh susu, snek yang bergula serta pencuci mulut yang manis.

Nest Chedtragull/Facebook

Sebagai gantinya, dia akan makan makanan yang lebih sihat contohnya seperti 300g dada ayam cincang dengan daun selasih dan 150g nasi kukus. Selain itu, dia juga terus mengamalkan senaman untuk mengekalkan fizikal yang baik.

Dalam status Facebooknya, Nes turut memberi dorongan kepada orang ramai untuk memilih kaedah penurunan berat badan yang sesuai dengan mereka, sama ada berenang, berbasikal, berjalan, berlari, atau pergi ke gim.