Ibu mana yang tidak sibuk? Di pejabat melakukan kerja, di rumah juga melakukan pelbagai kerja rumah dan menjaga keluarga. Tanpa mereka sehari pun boleh huru-hara dibuatnya.
Sama juga seperti yang berlaku kepada ibu kucing ini. Nampaknya dia terlalu sibuk mengurus dan menjaga anak-anak kecilnya yang nakal.

Pada mulanya dia perlu mengambil anak kecilnya yang hampir menggelongsor jatuh ke tanah. Mujur si kecil itu sempat diselamatkan dan terus dibawa oleh ibunya naik semula ke atas gelongsor.


Namun, hanya selepas beberapa saat, anak keduanya pula yang mengalami perkara yang sama. Si ibu kucing pastinya baru sempat bernafas tetapi seekor lagi anaknya sudah membuat perangai.

Kali ini si comel ini tidak sempat diselamatkan. Dia terus menggelongsor turun dari gelongsor dan jatuh terus ke tanah. Kelihatannya seperti kasihan tetapi jika dilihat semula lucu pula jadinya…