Rakun ini melawat wanita yang pernah menyelamatkannya setiap hari selama tiga tahun

0
10780

Ketika seorang wanita bernama Nikki Robinson menemui seekor anak rakun, haiwan tersebut dalam keadaan tidak berdaya di tepi jalan. Dia kemudian mengambil rakun tersebut dan dibawa ke sebuah pusat penyelamat haiwan liar tetapi ketika itu pusat tersebut telah penuh dan tiada tempat untuk anak rakun ini.

Pegawai di sana kemudian menasihati Nikki untuk membawa rakun tersebut berjumpa vaterinar untuk menjalankan eutanasia dan hal ini sangat menyedihkan Nikki.

Nicki kemudian memutuskan untuk membawa pulang rakun kecil tersebut untuk dijaga dan memberi nama “Little Hands” kepada rakun tersebut.

Memandangkan Nikki perlu bekerja jadi dia meninggalkan rakun tersebut di bawah jagaan ibunya, Linda. Ibunya pada awalnya enggan tetapi lama-kalamaan mula suka dengan kelucuan dan kecomelan rakun kecil itu.

Linda bahkan memperlakukan Little Hands dengan baik dan menjaga serta menyayanginya seperti dia menjaga anaknya sendiri.

Bulan berganti dan rakun tersebut sudah mula menjadi dewasa. Sudah tiba masanya untuk dia berdikari dan kembali ke alam liar, habitat asalnya. Namun, sesuatu yang sangat menyentuh hati berlaku apabila Little Hands kembali semula untuk melawat Nikki dan Linda setiap hari selama tiga tahun.

Sejak itu dia sering datang ke rumah, menemani Linda di buaian di halaman rumah, makan makanan ringan bersama dan pergi semula dari situ. Nikki juga memberitahu bahawa selepas kejadian tersebut ibunya telah memelihara banyak anak rakun yang tiada tempat tinggal.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini