32.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
UtamaBerita UtamaPemotong rumput dipenjara tiga minggu kerana tanggalkan pelitup muka untuk bernafas

Pemotong rumput dipenjara tiga minggu kerana tanggalkan pelitup muka untuk bernafas

KOTA KINABALU- Seorang lelaki didijatuhi hukuman penjara tiga minggu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Tertuduh yang merupakan pemegang pas IMM13 berusia 25 tahun itu telah mengaku bersalah di hadapan hakim Lovely Natasha Charlesis di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada hari semalam, 18 Jun.

IMM13 adalah pas sementara yang dikeluarkan kepada pelarian oleh Jabatan Imigresen Sabah.

Dia ditahan pada 4 Jun lalu kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah tempat awam yang berhampiran sebuah jambatan di One Borneo di Menggatal.

Ketika ditanya oleh mahkamah, dia menjelaskan apa yang berlaku ketika dia ditahan.

Dia memberitahu bahawa pada kira-kira jam 2.00 petang dia menyedari dia tertinggal pelitup mukanya di kawasan berhampiran. Dia kemudian bergegas mengambil pelitup muka, memakainya dan terus kembali semula ke tempat kerjanya.

Namun, apabila sampai sahaja di tempat dia memotong rumput dia telah membuka pelitup mukanya sebentar untuk bernafas dan menghirup udara. Ketika itulah polis yang meronda kawasan tersebut melihatnya tanpa menggunakan pelitup muka.

Setelah mendengar penjelasannya, mahkamah bertanya adakah dia masih mahu mengaku bersalah dan dia memutuskan untuk mengekalkan pengakuan salahnya.

Semasa Rayuan Khas dilakukan, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta hukuman diringankan dan memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai kad IMM13 yang sah.

Mahkamah memerintahkannya untuk menjalani hukuman tahanan dari tarikh tangkapan, 4 Jun, dan dia akan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI