Semua orang tahu baju kelawar atau kaftan itu satu pakaian yang selesa dipakai oleh para isteri dan suri rumah tangga ketika mereka berada di rumah, dengan kesibukan melakukan urusan rumah tangga dan menjaga anak-anak.
Malahan turut dipakai oleh sebilangan suami juga, pada suatu ketika dahulu apabila ada suami menjadi ‘tension’ akibat PKP, lalu mula merembat baju kelawar si isteri untuk tukar suka sama suka. Tetapi itu untuk suami yang suka.
Tular baru-baru ini, apabila seorang isteri memuat naik video TikTok yang agak melucukan apabila dia secara berseloroh memerli suaminya dengan kapsyen, “My husband ask why I always in my baju kelawar at home.”
Ini anak-anak kalau ada, mesti siap tanya, “Ibu hendak keluar ke? Hendak ikut boleh?”
Tetapi hendak buat macam mana, maklum syurga bawah tapak kaki suami. Bila suami tanya macam dia tidak suka baju kelawar tu, kena transformasi diri jadi isteri mithali.
“Jangan ambil tindakan yang merugikan diri dan orang tersayang. Elakkan stres. Tidak perlu merayu dan malu. Hanya kibarkan kain putih, semoga ada yang membantu”.
Seluruh rakyat Malaysia kini sedang melancarkan kempen kibarkan bendera putih sebagai tanda isyarat kepada orang lain sekiranya sedang mengalami masalah terputus bekalan makanan atau memerlukan bantuan dalam kadar segera.
Ramai warganet mula berkongsi mesej kempen yang sama di samping menyelitkan pesanan kepada orang lain agar tidak mengambil tindakan drastik ketika sedang menghadapi kesulitan. Hal ini berikutan peningkatan kes bunuh diri yang sering terpampang di media sosial akibat tekanan hidup.
Perkara ini turut mendapat perhatian Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, Senator Aiman Athirah Al Jundi yang menyambut baik kempen berkenaan.
“Mana-mana rumah yang terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera, sila kibarkan bendera putih. Saya menyeru kepada rakan-rakan ahli AMANAH, khususnya AWAN agar terus cakna kepada rakyat di persekitaran kita sekaligus bersegera menghulurkan bantuan yang bersesuaian dan diperlukan oleh mana-mana rumah yang mengibarkan Bendera Putih”.
Selebriti terkenal negara, Datuk Aznil Haji Nawawi turut berkongsi mesej sama bagi menyokong pergerakan Kempen Bendera Putih menerusi laman Twitter beliau.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup dan sektor ekonomi yang terjejas.
Antara inisiatif kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pelaksanaan i-Citra bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut beliau, seramai 12.6 juta ahli KWSP akan menikmati pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap sebanyak RM1,000 sebulan selama lima bulan tertakluk kepada jumlah baki simpanan individu di dalam Akaun 1 dan 2.
“Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50. Nombor telefon bimbit yang sudah dikemas kini untuk menerima Kod Pengesahan Transaksi TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan bagi memudahkan proses permohonan”, jelas KWSP dalam satu kenyataan.
Pelaksanaan i-Citra juga dijangkakan dapat menyalurkan sejumlah RM30 bilion kepada rakyat bagi tujuan menampung keperluan harian. Semua pencarum KWSP di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra secara atas talian dengan melayari icitra.kwsp.gov.my atau hubungi Hotline i-Citra di 03-89224848.
Permohonan boleh dibuat bermula 15 Julai 2021 hingga 30 September 2021. Pembayaran fasa pertama dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun ahli mulai Ogos 2021.
Ramai kanak-kanak yang mempunyai mainan atau anak patung kesayangan yang sering dibawa bermain. Ada juga yang langsung tidak boleh berpisah sehingga kalau boleh mahu dibawa ke mana sahaja menunjukkan betapa sayangnya mereka kepada permainan mereka…
Namun, bayangkan jika mainan mereka ‘dibunuh’ di depan mata. Pastinya ianya sangat menyakitkan dan menyedihkan. Itulah yang berlaku kepada seorang anak kecil apabila anak patung beruang kesayangannya dipotong di depan matanya.
Semuanya bermula semasa sambutan hari jadinya yang kedua. Ibunya telah melakukan sebuah kejutan dengan membeli sebuah kek yang mirip anak patung beruang kesayangannya.
Dia kemudian meniup lilin di atas kek sehingga semuanya terpadam. Detik mendebarkan tiba apabila ibunya memotong kek tersebut. Apabila melihat sahaja apa yang dilakukan ibunya terus membuatnya menangis kesedihan. Mungkin dia menyangka ibunya telah memotong beruang kesayangannya.
Si kecil itu terus menangis sambil memukul bahu ibunya. Jelas sekali dia benar-benar kesedihan melihat ‘kawan baiknya’ dipotong.
Antara haiwan reptilia paling digeruni sudah tentulah buaya selain ular. Haiwan pemangsa ini kalau buka mulutnya dan berbunyi, “Ngap!” boleh buat semua orang lari lintang-pukang.
Jadi, tabik hormatlah kepada semua abang dan kakak yang boleh bekerja di zoo dan taman haiwan yang menguruskan haiwan pemangsa, seperti abang pekerja taman buaya yang seorang ini.
Seorang lelaki bernama Rizal bekerja di Taman Buaya Melaka. Gelagat lucu dan selambanya menegur seekor buaya ketika dia sedang bekerja telah dirakam menerusi aplikasi TikTok lalu ia menjadi tular baru-baru ini.
Rizal kelihatan sedang membersihkan kandang buaya yang bernama Aris.
Aris ketika itu sedang ‘rilek’ dan kenyang sambil memerhatikan Rizal yang sedang bekerja menyapu sampah.
Maka timbul dalam hatinya hendak menyapa Rizal yang rajin dan mungkin boleh bergurau dengannya. Aris mula mendekati Rizal dan secara perlahan-lahan membuka mulutnya yang menggerunkan itu.
Seterusnya, ketika Rizal berada lebih dekat dengan buaya itu untuk membersihkan kawasan dengan lebih bersih, dia diajak untuk bergurau sekali lagi dengan Aris mula membuka mulutnya yang luas.
KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan senarai sektor yang akan dibenarkan untuk beroperasi sekiranya negara akhirnya beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) berikutan lanjutan Fasa Satu yang menurut nilai ambang telah ditetapkan (4,000 kes ke bawah).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, senarai positif 11 sektor yang akan dibenarkan adalah sektor pembuatan, serta sektor perdagangan dan pengedaran yang beroperasi seiringin sektor penting yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula jam 8 pagi hingga 8 malam.
Enam sektor pembuatan yang akan diluluskan adalah dalam kategori berikut:
Automotif (kenderaan dan komponen)
Seramik,
Getah,
Simen,
Besi dan keluli
Perabot untuk tujuan eksport.
Manakala dalam sektor perdagangan dan pengedaran, lima kategori yang akan diluluskan adalah:
Kedai buku dan alat tulis
Komputer dan telekomunikasi
Barangan dan peralatan elektrik
Kedai mencuci kereta
Kedai gunting rambut (perkhidmatan asas sahaja).
“Berdasarkan penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, kerajaan akan mengekalkan Fasa Satu PPN di seluruh negara seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri,” katanya.
“Ini mengambil kira keadaan semasa di mana kita belum berjaya beralih dari Fasa Satu ke Fasa Dua di mana grafik kes positif baharu harian kita menunjukkan arah trend mendatar,” katanya dalam kenyataan media.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berakhir 28 Jun akan dilanjutkan ekoran jumlah jangkitan COVID-19 negara belum memenuhi nilai ambang yang ditetapkan.
Malaysia belum lagi dapat keluar dari Fasa Satu sehingga ketiga indikator yang digariskan dalam PPN dicapai iaitu kes baharu di bawah 4,000 setiap hari, permintaan ‘sederhana’ ke atas kapasiti rawatan intensif (ICU), dan kadar vaksinasi bagi populasi menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus di negara ini telah dipenuhi.
Negara mencatat 5,586 kes positif baharu pada 27 Jun, jauh dari sasaran ambang ditetapkan yang membolehkan sekatan sektor tertentu dibenarkan beroperasi semula bagi mengembalikan ekonomi ke jalan pemulihan.
Mengenai prosedur operasi standard (SOP) untuk fasa PPN ditetapkan, Ismail Sabri berkata perjalanan rentas daerah dan negeri masih tetap tidak dibenarkan kecuali bagi pergerakan guru dan pelajar bagi tujuan menghadiri kelas peperiksaan di bawah fasa dua.
Selain itu, pengecualian perjalanan rentas negeri untuk pasangan jarak jauh adalah bagi tujuan khas dan kecemasan yang tertakluk kepada kelulusan Polis Diraja Malaysia.
Kelonggaran lain yang dibenarkan semasa fasa dua termasuk aktiviti sukan dan rekreasi tanpa bersentuhan fizikal dan waktu operasi yang disemak semula untuk restoran, kedai makan dan lain-alain peniagaan makanan iaitu dari 6 pagi hingga 10 malam seperti yang diumumkan.
Bagi Fasa Tiga, Ismail Sabri berkata semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali tiga yang disenaraikan sebagai sektor berisiko tinggi.
Ketiga-tiga sektor itu adalah spa, pedicure dan manicure selain tempat hiburan seperti pub dan kelab malam.
Sekatan perjalanan juga akan dilonggarkan di bawah fasa tiga untuk tujuan pelancongan dalam negeri tertakluk kepada risiko semasa dan SOP ketat. Perjalanan pelancongan rentas negeri masih dilarang.
PKP 3.0, PKP penuh atau ‘total lockdown’, dilaksanakan pada 1 Jun, setelah kes positif harian COVID-19 melonjak melepasi 7,000 kes pada akhir Mei.
‘Total lockdown’ dilanjutkan selama dua minggu lagi selepas itu bermula 15 Jun hingga 28 Jun.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan diberikan kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40.
Ia turut melibatkan golongan warga emas dan bujang, di mana ia akan mula dilaksanakan bermula bulan Ogos akan datang.
Sejumlah RM150 bilion diperuntukkan untuk usaha ini dan menurut beliau, ia bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas dan bujang.
“Pertama, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November dan RM300 pada bulan Disember”.
Astro Awani
“Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November 2021”, katanya.
Untuk isi rumah B40, beliau mengumumkan bahawa bantuan sebanyak RM500 akan disalurkan pada Ogos dan RM300 lagi pada bulan Disember.
Sementara golongan bujang B40 pula akan menerima bantuan berjumlah RM200 pada bulan Ogos kelak.
Tambahnya, isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori ini bakal menerima bantuan sebanyak RM100 pada bulan Ogos.
Jelasnya lagi, sejumlah RM500 akan diberikan kepada individu yang kehilangan pekerjaan mengikut data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO pada tahun 2021.
Dalam pada itu, untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), penerima akan menerima sejumlah RM500 secara berperingkat mulai esok.
Manakala untuk bantuan berjumlah RM100 hingga RM1,400 pada fasa ketiga termasuk dengan rayuan BPR yang berjaya akan disalurkan pada bulan September.
Tidak seperti kebanyakan kucing dan kambing, beruang merupakan antara haiwan yang menikmati saat berada di dalam air.
Di habitat asal, beberapa spesies beruang termasuklah beruang hitam, beruang perang, Grizzly, Kodiak dan malah beruang Polar gemar menghabiskan masa di dalam air.
Dan jika dibandingkan dengan manusia, beruang mampu berenang hingga 6 batu sejam manakala manusia secara puratanya hanya berenang antara 1-3 batu sejam.
Menurut sumber, beruang juga akan menghampiri air hanya untuk menikmati keseronokan apabila tubuhnya basah ataupun untuk menyejukkan badan.
KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan waktu operasi bagi premis makanan yang bermula seawal 6 pagi hingga jam 10 malam.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media di Jalan Bernama, Kuala Lumpur pada 2 April lalu. (Facebook)
Menurut beliau, keputusan untuk melanjutkan waktu operasi premis makanan berkenaan dibuat selepas mengambil kira rayuan serta pandangan para pengusaha kedai makan. Ia meliputi gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, kiosk jualan makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran, kedai runcit, kedai serbaneka, kedai keperluan harian dan kedai makanan haiwan.
“Sebelum ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam. Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis bermula pukul 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa 28 Jun 2021”.
Semua kedai makan dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 10 malam. (Facebook)
Pada masa sama, Ismail turut memaklumkan seramai 798 individu telah ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Daripada jumlah berkenaan, 762 individu telah dikenakan kompaun manakala 24 lagi direman dan selebihnya telah diikat jamin.
“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (172), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (119), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (114), tidak memakai pelitup muka (108), membawa penumpang berlebihan (69) dan lain-lain (216)”.
Sementara itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa negara masih lagi berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas tempoh PKP 3.0 tamat pada 28 Jun. Walau bagaimanapun, Fasa 1 ini kekal diteruskan sehingga nilai ambang PPN kurang daripada 4,000 kes.
Baru-baru ini, media sosial digemparkan dengan tularnya video menunjukkan kejadian samun yang berlaku di sebuah klinik pergigian.
Insiden itu dilaporkan berlaku di Taman Melati, di mana tiga suspek kelihatan bersenjatakan parang telah menyebabkan pihak klinik mengalami kerugian berjumlah RM10,000.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Ashari Abu Samah, dua daripada suspek berusia 30 dan 32 tahun ditahan di sekitar Wangsa Maju 4 jam selepas kejadian itu.