Sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka mulai 1 September ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya berkata, mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19, sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos.
“Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.
“KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah dapat terus ditingkatkan,” menurut kenyataan itu.
Sehingga 16 Julai, 253,366 guru dan pentadbir (61.30 peratus) serta 10,876 kakitangan sokongan (46.33 peratus) sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
PdPR disambung sehingga 31 Ogos 2021. Sekolah akan dibuka semula secara berperingkat mulai 1 September 2021 jika keadaan mengizinkan.
KPM akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.
“KPM akan memaklumkan perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka,” KPM dalam kenyataannya.
Tiada yang menceriakan hari kanak-kanak apabila adanya orang dewasa melayan kehendak dan permainan yang mereka sukai.
Lebih-lebih lagi ketika pekerja pembinaan dengan jentera berat sedang melakukan kerja dan melayan permintaan kanak-kanak comel ini dengan tindakan mereka yang turut comel.
Semasa sedang bekerja membaik pulih jalan di kawasan perumahan, seorang pengendali jentolak yang mahir terlihat dua orang kanak-kanak sedang bermain dengan lori pengangkut tanah mainan di hadapan rumah mereka.
Demi tidak mengecewakan mereka, maka pak cik ini pun membawa mesin besarnya ke arah lori angkut mainan itu lalu dengan mahirnya mengisi penuh tanah sebenar ke dalamnya.
Istimewanya kucing Siam ini, pakar mengatakan bahawa mereka memiliki gen khas yang menghalang pigmen (warna gelap) berkembang ke kesemua bulunya.
Gen inilah yang mempengaruhi warna bulu mereka mengikut suhu tubuh masing-masing. Hidung, kaki, telinga dan ekornya mereka lazimnya lebih sejuk, sebab itulah warna bahagian itu gelap.
Namun keadaan itu berubah sebaik sahaja usia mereka meningkat, sekaligus memberi kesan terhadap warna bulu mereka secara keseluruhannya. Unik bukan?
Kehilangan pendapatan buat seketika ekoran PKP tidak pernah menghalang seorang pemuda Melayu untuk terus bersemangat melakukan kebaikan setelah mengetahui jirannya iaitu seorang warga emas yang tinggal bersendirian telah terputus bekalan makanan, lantas segera membelikan roti untuknya bagi mengalas perut.
Pemuda itu dikenali sebagai Din, 21 tahun merupakan seorang pemilik kafeteria yang kehilangan pendapatan ekoran premis tempatnya mencari rezeki telah ditutup sementara akibat PKP seluruh negara yang sedang dilaksanakan.
Ketika melalui kawasan perumahannya di Ayer Keroh, Melaka, Din telah dimaklumkan daripada pengawal keselamatan kawasan itu yang terdapat seorang warga emas wanita tinggal bersendirian tidak mempunyai bekalan beras dan makanan lain di rumahnya. Lantas pemuda ini segera membelikan roti dan menyerahkannya kepada orang tua itu.
Katanya walaupun dia tidak mempunyai pendapatan sekarang kerana tidak bekerja, masa lapang yang ada dimanfaatkannya untuk membantu golongan yang memerlukan.
“Saya kadang-kadang lalu di sini dan melihat nenek itu menyapu lantai di laman depan rumah. Dia akan menyapa dan menyambut saya dengan mesra, tetapi tidak tahu keadaan hidupnya. Setelah pengawal itu memberitahu saya akan keadaannya, saya rasa tersentuh dan segera membeli roti di kedai berhampiran, saya berharap dapat membantunya serba sedikit,” kata Din kepada Sin Chew Daily.
Nenek ini terharu dan mengucapkan terima kasih dengan bantuan Din yang prihatin.
Nenek yang dikenali dengan nama Wang berusia 81 tahun, tinggal di tingkat bawah kawasan perumahan itu. Nenek Wang bergantung kepada jiran-jiran yang ada menghantarkan makanan, dan sementara untuk mengalas perut, dia memakan bijirin oat sebagai juadah makan tengah hari.
Seorang pengawal wanita mendapat tahu yang nenek Wang hanya mampu makan biskut untuk sarapannya dan minum bijirin oat pada waktu tengah hari dan petang, dan dia segera membelikan nasi bungkus dari gerai berdekatan untuknya, dan kemudian memberitahu Din mengenai keadaannya.
Nenek Wang berkata dia ada seorang anak lelaki yang tinggal di luar Melaka dan tidak menjenguknya untuk jangka masa yang sudah lama ekoran PKP. Seorang lagi anak lelakinya mempunyai penyakit buah pinggang dan tidak dapat memandu. Jadi nenek ini menjaga dirinya sendiri dan pergi ke hospital sendirian untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengambil ubatnya.
Nenek Wang menderita glaukoma dan tinggal sendirian selama bertahun-tahun.
“Satu hari dulu ketika saya pergi ke pasar untuk membeli barang, saya pernah patah kaki ketika di situ. Doktor yang merawat meletak plat besi di paha saya. Sekarang saya berasa tidak selesa untuk berjalan. Saya mesti menggunakan tongkat. Bila lama berdiri kaki berasa lemah,” jelas nenek Wang.
Nenek ini berkata beberapa jiran serta orang baik hati dan prihatin memberinya sedekah nasi putih, mi segera, dan biskut, dan kadang kala akan memberinya makanan bungkus dan lauk.
“Saya diberi nasi putih daripada jiran yang baik hati di rumah, tetapi hanya nasi tanpa lauk dan sayur. Jika tidak ada orang yang memberi nasi, saya hanya akan makan mi, biskut atau oat yang cepat dimasak,” jelasnya.
Nenek Wang berkata dia tidak makan banyak dalam sehari. Satu kotak makan tengah hari boleh dibahagikan kepada dua hidangan. Sekiranya ada golongan prihatin yang sudi memberinya sumbangan makanan, satu kotak atau satu bungkus makanan masak pun sudah cukup.
Teknologi berubah dengan pantas. Kalangan ibu bapa dan penjaga pasti akan menggunakan peranti canggih seperti telefon pintar dan tablet untuk mendiamkan anak-anak atau mengelakkan mereka menjadi nakal serta membuat bising.
Lama kelamaan, anak-anak kecil bukan sahaja menjadi manja dan menangis kerana mahukan telefon pintar atau peranti, tetapi juga menjadi leka dan ketagih bermain gajet sehingga menyebabkan mereka lebih banyak membuang masa sehari suntuk berbanding melakukan aktiviti penting dan lebih sihat juga bermanfaat.
Ibu bapa dan penjaga boleh mengawal masa anak-anak dalam menggunakan telefon pintar dengan berkesan, dengan syor muat turun Google Family Link iaitu aplikasi yang direka khusus untuk mengawal penggunaan peranti atau telefon pintar oleh kanak-kanak dan remaja.
Family Link membolehkan ibu bapa mengawal semua aktiviti anak-anak mereka ketika bermain telefon pintar, termasuk laman web yang mereka layari, aplikasi mana yang dihabiskan untuk jangka waktu paling lama, membataskan masa skrin anak-anak ketika menggunakan telefon pintar dan peranti lain, juga menyekat kandungan dewasa.
Ibu bapa dan anak perlu memiliki akaun Google untuk mengaktifkannya. Sekiranya anak anda tiada akaun Google, ibu bapa perlu mencipta satu akaun untuk mereka. Jika di bawah usia 13 tahun, anak-anak layak mempunyai akaun, namun perlu pautan kepada akaun ibu dan bapa.
Nama Ustaz Ebit Lew bukan lagi asing bagi kita. Terlalu banyak kebaikan dan kerja-kerja amal yang dilakukan beliau sehingga sebut sahaja namanya kita sudah boleh membayangkan kebaikan hatinya.
Baru-baru ini beliau telah menolong lagi seorang lelaki tua yang sangat memerlukan pertolongan. Beliau dan pasukannya telah pergi menemui seorang pak cik berbangsa Cina yang tidak memiliki rumah. Dia juga dalam keadaan tidak beberapa sihat apabila kakinya sudah empat kali dibedah membuatkan dia memerlukan kayu untuk dijadikan tongkat semasa berjalan.
Mungkin kerana hidupnya yang melarat, pak cik tersebut juga mengadu bahawa dia seolah-olah tidak mahu hidup lagi. Dia pernah berdoa supaya Tuhan mengambilnya namun Tuhan masih memberinya peluang untuk hidup.
Ustaz Ebit kemudian membawa pak cik tersebut ke pusat membeli-belah. Mereka membeli beberapa helai pakaian baru. Pak cik tersebut pada awalnya menolak kerana katanya dia ada baju lama yang masih boleh digunakankan tetapi Ustaz Ebit tetap membelikannya yang baru.
Mereka kemudian ke salon rambut untuk memotong rambut namun pemilik salon tidak mahu menerima wang diberikan ustaz.
Selepas kedua-duanya memotong rambut tibalah masanya untuk pak cik pergi ke rumah baru yang disewakan Ustaz Ebit buatnya. Rumah tersebut cukup selesa baginya dengan dilengkapi dapur, dua buah bilik, kipas siling dan katil baru di bilik.
Pak cik tersebut tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ebit dan Ustaz Ebit jelas sangat senang kerana dapat membantu pak cik tersebut.
Facebook
Kunci rumah kemudian diserahkan dan pak cik sudah boleh berehat. Sebelum ustaz pulang pakcik tersebut sempat mengucapkan terima kasih sekali kali dan katanya “nasib baik ini hari jumpa ustaz, kalau tak saya tidur dalam hujan sekarang.”
Apa agaknya perkara yang paling anda takuti semasa kecil? Pasti ramai antara kita yang sangat takut jika terfikirkan bahawa kipas siling akan jatuh menimpa kita. Di sekolah contohnya, kita melihat kipas siiling yang berputar di dalam kelas, kita terkadang pasti akan berimaginasi apa agaknya yang akan berlaku jika kipas tersebut jatuh.
Baru-baru ini sebuah laman di Instagram bernama makassar_iinfo berkongsi momen mengerikan tersebut.
Di dalam video tersebut menunjukkan sebuah keluarga sedang makan bersama di ruang tamu. Di situ juga terdapat dua orang anak kecil yang ada bersama empat orang dewasa.
Tidak lama selepas itu berlakulah kejadian kipas jatuh tersebut. Mujur juga bilah-bilah kipas tersebut tidak mengenai sesiapa tetapi ada antara mereka turut mengelami kecederaan ringan.
Kejadian tersebut pastinya meninggalkan trauma buat mereka terutama buat kedua-dua anak kecil yang ada di situ. Kepada ibu bapa, selepas ini pastikan kipas siling di rumah dalam keadaan baik. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena, cuba periksa untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.
Semakin lama, ramai rakyat Malaysia yang bukan sahaja menyedari kepentingan suntikan vaksin tetapi turut berjaya meyakinkan golongan tua khususnya untuk mendapatkan suntikan. Setakat 16 Julai 2021, sebanyak 9.3 juta Dos 1 dan 4.3 juta Dos 2 telah diberikan kepada orang ramai menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dengan jumlah pemberian Dos 1 dan Dos 2 adalah sebanyak 13,621,884.
Di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), terdapat macam-macam ragam manusia yang anda boleh saksikan. Ada yang tampil dengan berpakaian seperti adiwira, ada yang menjerit ketika mendapatkan suntikan vaksin kerana takutkan jarum dan ada juga yang datang dalam keadaan ‘tidak siap’ kerana melakukan persiapan saat akhir.
Kisah ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali Thian Siew Kim. Menurut Thian, dia telah pergi mendapatkan suntikan vaksin untuk dirinya sendiri dan apabila segalanya sudah hampir selesai, dia menerima perkhabaran mengejut daripada kakaknya bahawa nama ibu mereka yang merupakan warganegara Thailand juga telah dimasukkan sekali dalam pendaftaran untuk mendapatkan vaksin.
Gembira dengan berita tersebut, ibu Thian segera menghadirkan diri ke lokasi PPV berkenaan. Namun setibanya di sana, alangkah terkejutnya Thian apabila melihat keadaan rambut ibunya yang masih lagi basah kerana proses mewarnakan rambut.
“Sebaik sahaja ibu sampai, saya menjadi kelu. Saya marah ibu kerana datang tanpa mencuci rambutnya terlebih dahulu”.
Namun ibunya menjawab, “Mak dah bagitahu kakak kamu yang ibu sedang mewarnakan rambut. Tetapi dia cakap suntikan vaksin tidak mengambil kira keadaan rambut. Dia suruh mak datang secepat mungkin!”.
Meskipun malu dan marah dengan tindakan kakaknya, Thian tetap menebalkan muka dan menemani ibunya untuk mendapatkan suntikan memandangkan ibunya hanya mampu bercakap dalam bahasa Thai. Sepanjang masa, gelagat dua beranak ini diperhatikan oleh orang ramai dan Thian menyatakan bahawa dia terpaksa menjelaskan kepada setiap individu di setiap stesen tentang mengapa rambut ibunya begitu.
“Semua orang melihat rambutnya dan kadang-kadang lalat datang hinggap sehingga saya terpaksa menghalau berkali-kali. Orang ramai memandang saya seolah-olah saya adalah majikan yang mendera orang gajinya sehingga berdarah!”.
Kisah yang lucu dan pastinya akan menjadi kenangan mereka berdua. Lepas selesai, habislah kakak Thian kena marah~
Musim panas adalah musim yang selesa. Kita dapat melihat alam flora tumbuh dengan bunga yang mekar dan sekiranya pandemik ini tidak berlaku, bercuti di pantai pasti akan menjadi aktiviti kegemaran orang ramai.
Tetapi sekarang, musim panas terasa menyeksakan terutamanya jika kediaman anda tiada kemudahan penghawa dingin. Angin kipas pun terasa seperti bahang dan bagi menyejukkan badan, kita cenderung untuk mengambil makanan atau minuman yang sejuk.
Tetapi bagi beruang yang comel ini, mandi sambil memeluk bongkah ais adalah pilihan terbaik untuk menyejukkan badannya. Lihatlah bagaimana si comel ini berendam di dalam air sambil melumurkan bongkah ais tersebut pada badan, muka dan juga kakinya.
Panas betul nampaknya!
Video yang dimuat naik oleh NTD Television di Facebook ini telah menerima sehingga 5.2K jumlah perkongsian dengan 30K tanda suka. Majoriti warganet turut terhibur dan memahami perasaan si beruang yang kepanasan itu.
“Beruang ini sedang menikmati ais yang sejuk itu sehingga menjilatnya!”.
“Kita pun boleh rasa betapa nikmatnya keadaan beruang itu apabila menonton video ini”.
“Ais itu semakin mengecil. Harap-harap ada bongkah ais lagi untuknya”.