25.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 21, 2024
UtamaInspirasiMenteri sumbang wang, bantu lelaki tular jual durian RM500 sebiji ganti cermin...

Menteri sumbang wang, bantu lelaki tular jual durian RM500 sebiji ganti cermin kereta

Baru-baru ini tular mengenai satu video yang memaparkan seorang lelaki menjual sebiji durian kampung dengan harga yang tinggi iaitu RM500.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain, harga durian itu begitu tinggi memandangkan ia tidak jatuh ke tanah seperti durian lain.

Sebaliknya durian berkenaan difahamkan jatuh di atas kereta miliknya, lantas menyebabkan cermin belakang keretanya itu pecah.

Wan Mahussin Wan Zain/Facebook

Kasihannya dia! Kos perbelanjaan menukar cermin kereta pun bukannya murah. Mujurlah ada insan yang tampil mahu membantu.

“Terkejut tiba-tiba dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, katanya hendak beli durian viral atas cermin kereta saya”.

Wan Mahussin kemudian menjawab bahawa durian itu sudah pun dimakannya.

Astro Awani

Apabila disemak, dia terkejut apabila mengetahui bahawa individu itu rupanya Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri M. Saravanan Murugan!

Time tengah orang susah ni, kita tolong saja mana yang kita boleh”

Wan Mahussin Wan Zain/Facebook

“Beliau minta nombor akaun dan sumbang untuk menampung kos (menukar cermin yang pecah). Rezeki saya hari ini”, luah Mahussin girang.

Ini barulah ‘durian runtuh’ yang sebenar bukan? Jangan main-main dengan kuasa ‘viral’ pada masa kini tau!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI