Tiada yang menceriakan hari kanak-kanak apabila adanya orang dewasa melayan kehendak dan permainan yang mereka sukai.
Lebih-lebih lagi ketika pekerja pembinaan dengan jentera berat sedang melakukan kerja dan melayan permintaan kanak-kanak comel ini dengan tindakan mereka yang turut comel.
Semasa sedang bekerja membaik pulih jalan di kawasan perumahan, seorang pengendali jentolak yang mahir terlihat dua orang kanak-kanak sedang bermain dengan lori pengangkut tanah mainan di hadapan rumah mereka.

Dua orang kanak-kanak ini membawa lori pengangkut mainan mereka dan sengaja meletakkannya ke atas tapak jalan yang telah dikorek oleh jentolak itu.

Sambil memandang tinggi dan melambai-lambai supaya pak cik pengendali jentolak ini akan melayan permintaan mereka.
Untuk mengisikan tanah sebenar ke dalam lori mainan itu dengan jentolak sebenar.

Demi tidak mengecewakan mereka, maka pak cik ini pun membawa mesin besarnya ke arah lori angkut mainan itu lalu dengan mahirnya mengisi penuh tanah sebenar ke dalamnya.

Begitu teruja dan melompat-lompatlah anak-anak ini apabila para pekerja pembinaan itu melayan keletah comel mereka.

Sehinggakan semua orang yang berada di situ melalui hari yang ceria dan menggembirakan dengan memori manis yang mungkin kekal dalam ingatan.

Betul bukan bila ramai orang yang berkata bekerja dan bermain perlu seimbang, tiadalah stres sangat.
Tonton video di sini.