Teknologi berubah dengan pantas. Kalangan ibu bapa dan penjaga pasti akan menggunakan peranti canggih seperti telefon pintar dan tablet untuk mendiamkan anak-anak atau mengelakkan mereka menjadi nakal serta membuat bising.
Lama kelamaan, anak-anak kecil bukan sahaja menjadi manja dan menangis kerana mahukan telefon pintar atau peranti, tetapi juga menjadi leka dan ketagih bermain gajet sehingga menyebabkan mereka lebih banyak membuang masa sehari suntuk berbanding melakukan aktiviti penting dan lebih sihat juga bermanfaat.

Ibu bapa dan penjaga boleh mengawal masa anak-anak dalam menggunakan telefon pintar dengan berkesan, dengan syor muat turun Google Family Link iaitu aplikasi yang direka khusus untuk mengawal penggunaan peranti atau telefon pintar oleh kanak-kanak dan remaja.
Family Link membolehkan ibu bapa mengawal semua aktiviti anak-anak mereka ketika bermain telefon pintar, termasuk laman web yang mereka layari, aplikasi mana yang dihabiskan untuk jangka waktu paling lama, membataskan masa skrin anak-anak ketika menggunakan telefon pintar dan peranti lain, juga menyekat kandungan dewasa.

Untuk mengaktifkan Family Link, anda perlu pastikan yang sistem peranti anda dan anak sudah dikemaskini. Aplikasi ini hanya berfungsi kepada peranti
Anak – Android versi 7.0 (Nougat) dan lebih tinggi.
Ibu bapa dan penjaga – Android versi 5.0 (Lolipop) ke atas, dan iPhone iOS 11 dan lebih tinggi.

Ibu bapa dan anak perlu memiliki akaun Google untuk mengaktifkannya. Sekiranya anak anda tiada akaun Google, ibu bapa perlu mencipta satu akaun untuk mereka. Jika di bawah usia 13 tahun, anak-anak layak mempunyai akaun, namun perlu pautan kepada akaun ibu dan bapa.
Tetapan prosedur

Tetapan prosedur

Tetapan prosedur

Tetapan prosedur

Ciri-ciri dalam aplikasi
Tetapkan akses membenarkan aplikasi untuk anak anda dan kawalan laman web mana yang telah dilayari.

Aktiviti aplikasi.

Lokasi untuk melihat di mana anak anda berada.

Fahami aplikasi mana yang selalu digunakan oleh anak-anak dan berapa lama mereka gunakannya.

Tetapkan had waktu harian dan jadual dalam menggunakan peranti dan telefon pintar.

Tetapkan masa rehat dalam penggunaan telefon pintar anak-anak.

Semoga bermanfaat.