25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024
UtamaGaya HidupTidak sanggup tengok nenek tinggal sendirian berlapar walaupun diri sendiri tiada pendapatan,...

Tidak sanggup tengok nenek tinggal sendirian berlapar walaupun diri sendiri tiada pendapatan, sumbangan roti ikhlas daripada pemuda ini menyentuh hati

Kehilangan pendapatan buat seketika ekoran PKP tidak pernah menghalang seorang pemuda Melayu untuk terus bersemangat melakukan kebaikan setelah mengetahui jirannya iaitu seorang warga emas yang tinggal bersendirian telah terputus bekalan makanan, lantas segera membelikan roti untuknya bagi mengalas perut.

Pemuda itu dikenali sebagai Din, 21 tahun merupakan seorang pemilik kafeteria yang kehilangan pendapatan ekoran premis tempatnya mencari rezeki telah ditutup sementara akibat PKP seluruh negara yang sedang dilaksanakan. 

Ketika melalui kawasan perumahannya di Ayer Keroh, Melaka, Din telah dimaklumkan daripada pengawal keselamatan kawasan itu yang terdapat seorang warga emas wanita tinggal bersendirian tidak mempunyai bekalan beras dan makanan lain di rumahnya. Lantas pemuda ini segera membelikan roti dan menyerahkannya kepada orang tua itu.

Sin Chew Daily

Katanya walaupun dia tidak mempunyai pendapatan sekarang kerana tidak bekerja, masa lapang yang ada dimanfaatkannya untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Saya kadang-kadang lalu di sini dan melihat nenek itu menyapu lantai di laman depan rumah. Dia akan menyapa dan menyambut saya dengan mesra, tetapi tidak tahu keadaan hidupnya. Setelah pengawal itu memberitahu saya akan keadaannya, saya rasa tersentuh dan segera membeli roti di kedai berhampiran, saya berharap dapat membantunya serba sedikit,” kata Din kepada Sin Chew Daily.

Nenek ini terharu dan mengucapkan terima kasih dengan bantuan Din yang prihatin.

Nenek yang dikenali dengan nama Wang berusia 81 tahun, tinggal di tingkat bawah kawasan perumahan itu. Nenek Wang bergantung kepada jiran-jiran yang ada menghantarkan makanan, dan sementara untuk mengalas perut, dia memakan bijirin oat sebagai juadah makan tengah hari.

Seorang pengawal wanita mendapat tahu yang nenek Wang hanya mampu makan biskut untuk sarapannya dan minum bijirin oat pada waktu tengah hari dan petang, dan dia segera membelikan nasi bungkus dari gerai berdekatan untuknya, dan kemudian memberitahu Din mengenai keadaannya.

Nenek Wang berkata dia ada seorang anak lelaki yang tinggal di luar Melaka dan tidak menjenguknya untuk jangka masa yang sudah lama ekoran PKP. Seorang lagi anak lelakinya mempunyai penyakit buah pinggang dan tidak dapat memandu. Jadi nenek ini menjaga dirinya sendiri dan pergi ke hospital sendirian untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengambil ubatnya.

Nenek Wang menderita glaukoma dan tinggal sendirian selama bertahun-tahun.

Sin Chew Daily

“Satu hari dulu ketika saya pergi ke pasar untuk membeli barang, saya pernah patah kaki ketika di situ. Doktor yang merawat meletak plat besi di paha saya. Sekarang saya berasa tidak selesa untuk berjalan. Saya mesti menggunakan tongkat. Bila lama berdiri kaki berasa lemah,” jelas nenek Wang.

Nenek ini berkata beberapa jiran serta orang baik hati dan prihatin memberinya sedekah nasi putih, mi segera, dan biskut, dan kadang kala akan memberinya makanan bungkus dan lauk.

“Saya diberi nasi putih daripada jiran yang baik hati di rumah, tetapi hanya nasi tanpa lauk dan sayur. Jika tidak ada orang yang memberi nasi, saya hanya akan makan mi, biskut atau oat yang cepat dimasak,” jelasnya.

Nenek Wang berkata dia tidak makan banyak dalam sehari. Satu kotak makan tengah hari boleh dibahagikan kepada dua hidangan. Sekiranya ada golongan prihatin yang sudi memberinya sumbangan makanan, satu kotak atau satu bungkus makanan masak pun sudah cukup.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI