26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGaya HidupMomen cemas sebuah kipas siling jatuh ketika sebuah keluarga sedang makan bersama...

Momen cemas sebuah kipas siling jatuh ketika sebuah keluarga sedang makan bersama di ruang tamu

Apa agaknya perkara yang paling anda takuti semasa kecil? Pasti ramai antara kita yang sangat takut jika terfikirkan bahawa kipas siling akan jatuh menimpa kita. Di sekolah contohnya, kita melihat kipas siiling yang berputar di dalam kelas, kita terkadang pasti akan berimaginasi apa agaknya yang akan berlaku jika kipas tersebut jatuh.

Baru-baru ini sebuah laman di Instagram bernama makassar_iinfo berkongsi momen mengerikan tersebut.

Di dalam video tersebut menunjukkan sebuah keluarga sedang makan bersama di ruang tamu. Di situ juga terdapat dua orang anak kecil yang ada bersama empat orang dewasa.

Tiba-tiba salah seorang kanak-kanak itu memandang ke atas, melihat-lihat kipas siling seolah-olah ada yang tidak kena.

Tidak lama selepas itu berlakulah kejadian kipas jatuh tersebut. Mujur juga bilah-bilah kipas tersebut tidak mengenai sesiapa tetapi ada antara mereka turut mengelami kecederaan ringan.

Kejadian tersebut pastinya meninggalkan trauma buat mereka terutama buat kedua-dua anak kecil yang ada di situ. Kepada ibu bapa, selepas ini pastikan kipas siling di rumah dalam keadaan baik. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena, cuba periksa untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.

Tonton video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI