Tidak kira baka mana sekalipun , kucing semestinya mempunyai tarikan yang tersendiri, di mana ia membuatkan kita akan terus ‘mendambakan’ mereka.
Misalnya, kucing siam. Warna bulu yang putih susu bersih dengan bahagian hujung tubuh mereka berwarna kegelapan sememangnya unik!
Samalah seperti kucing Siam comel bernama Lan Wan ini, di mana asalnya Lan Wan merupakan anak kucing terbiar yang sering mundar-mandir di tepi jalan.
Setelah tiga hari, akhirnya muncul individu mengambilnya untuk dibela. Lan Wan dibawa pulang bersama ke rumahnya.
Siapa saja yang tidak ‘cair’ melihat kecomelan anak kucing comel seperti Lan Wan ini bukan?
Kini, Lan Wan sudah pun besar dan berada dalam keadaan yang sihat. Bukan sahaja saiz, bahkan warna bulu Lan Wan turut juga berubah!
Ketika kecil, tubuh Lan Wan dipenuhi warna putih manakala bahagian hujung hidung, kaki, telinga dan ekornya pula berwarna gelap.
Tetapi sesudah dewasa, nampaknya warna gelap itu mendominasi tubuh Lan Wan.
Sedikit demi sedikit warna tubuh Lan Wan bertukar menjadi gelap..
Macam tak percaya inilah Lan Wan bukan?
Istimewanya kucing Siam ini, pakar mengatakan bahawa mereka memiliki gen khas yang menghalang pigmen (warna gelap) berkembang ke kesemua bulunya.
Gen inilah yang mempengaruhi warna bulu mereka mengikut suhu tubuh masing-masing. Hidung, kaki, telinga dan ekornya mereka lazimnya lebih sejuk, sebab itulah warna bahagian itu gelap.
Namun keadaan itu berubah sebaik sahaja usia mereka meningkat, sekaligus memberi kesan terhadap warna bulu mereka secara keseluruhannya. Unik bukan?