28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 11, 2025
Utama Blog Laman 294

Kucing buta adopsi disisih kucing peliharaan tuan baru, bawa kembali ke rumah perlindungan untuk pilih sendiri rakan baik hati dan mereka pulang bersama

0

Seekor kucing bernama Martin menjadi buta selepas kedua-dua biji matanya mendapat jangkitan teruk menyebabkan ia terpaksa dibuang kerana bekas pemiliknya tidak memeliharanya dengan betul. 

Pasangan suami isteri Raye Ann dan Markeeta Tucker kemudian mengadopsi Martin setelah dia diselamatkan.

Mereka menyangka kehidupan kucing Martin yang bergelombang dan gelap akan mula bersinar dengan perjalanan lancar. Tetapi mereka tidak menyangka pula kucing peliharaan sedia ada yang bernama Kitty, berasa amat jelik dan tidak mahu menerima kehadiran ahli baru dalam keluarganya, yang membuat Martin benar-benar berasa tertekan. 

Facebook

Pasangan Tucker memutuskan untuk membawa Martin kembali semula ke rumah perlindungan untuk memilih rakan bermainnya sendiri, seekor kucing putih kelabu paling baik hati dan keduanya menjadi sahabat baik sejak itu!

Martin sebelum ini seekor kucing yang bebas keluar masuk ketika tinggal bersama keluarga pemilik lama, tetapi harga menjadi ‘pengembara bebas’ membuat matanya tiba-tiba mendapat jangkitan kuman yang serius, dan pemilik itu pula mengabaikannya.

Facebook

Jiran di sebelah rumah yang melihat sendiri penderitaan Martin dengan penyakit mata serta makan minumnya pula tidak dijaga telah menghubungi kumpulan penyelamat tempatan Lets Adopt Global dan menghantar Martin ke hospital haiwan untuk mendapatkan rawatan. 

Oleh kerana jangkitan mata itu amat teruk dan kritikal untuk dirawat serta sukar dipulihkan, doktor haiwan memutuskan yang kedua-dua bebola mata Martin perlu dikeluarkan, yang mana memaksa kucing ini memulakan kehidupan gelap yang tidak berkesudahan sehingga akhir hayat.

Setelah keadaan kesihatan Martin pulih, dia telah dihantar ke rumah baru. Pasangan Tucker sangat menyayangi kucing itu kerana dia “si bulus” yang pintar. 

Facebook

Namun, kucing rumah yang selesa berusia 14 tahun bernama Kitty berasa kasih sayangnya yang eksklusif telah diambil alih oleh kucing buta ini, jadi dia mula membenci, dan sering mengancam Martin yang kini menjadi tertekan dan kecewa. 

Martin yang hidup dalam kegelapan, sangat merindui rakan-rakannya. Pasangan Tucker melihat sendiri bagaimana Martin diperlakukan sehingga menyebabkannya menjadi stres dan kesunyian. Mereka kemudian memutuskan untuk membawanya semula ke rumah perlindungan, dengan tujuan Martin sendiri yang akan memilih teman bermainnya dan kucing itu akan mereka bawa pulang untuk tinggal bersama.

Facebook

Pasangan Tucker membawa Martin ke dalam bilik menunggu di rumah perlindungan itu, dan sukarelawan membawa kucing yang berbeza satu demi satu untuk memperhatikan cara mereka bergaul. 

Pada mulanya, beberapa ekor kucing tidak menunjukkan minat kepada Martin, kerana mereka tahu dia kucing buta maka tiada interaksi. 

Facebook

Sehinggalah tiba giliran seekor kucing putih kelabu berusia dua tahun yang masuk, yang pertama kali memberikan pasangan Tucker dengan ciuman, dan kemudian dia berjalan ke arah Martin lantas mula menyentuh hidungnya dengan mesra. 

Bermula dari situ, pasangan Tucker sudah tahu inilah dia kucingnya!

Facebook

“Mereka bergaul dengan bebas dan selesa, tanpa mengancam atau menakutkan, jauh sama sekali untuk berasa gugup. Ke mana sahaja Martin pergi, kucing ini akan mengekorinya,” jelas pasangan Tucker.

YouTube

Kucing kelabu putih itu diberi nama Mr.Pinkerton, dan dia menjadi sahabat terbaik dan kegembiraan Martin sejak itu. Bukan setakat rakan baik, malahan menjadi teman tidur di tempat tidur yang sama. Jika mereka tidak melihat sesama sendiri, mereka akan mula mengiau dan merintih memanggil satu sama lain.

Facebook

Bagi Martin, Mr.Pinkerton bukan sahaja ahli keluarga terbarunya yang paling penting, tetapi juga sinar dan cahaya dalam kehidupan yang dia amat perlukan. 

YouTube

Kini, Martin tidak lagi bersendirian, tidak diabai serta dilimpahi kasih sayang pasangan Tucker dan sentiasa dilindungi dalam jagaan dan pimpinan Mr. Pinkerton. Bertuahnya dia!

Tonton video di sini.

Nenek pintar tunjuk cara mudah ‘keluar masuk’ pikap tinggi guna bangku kecil ikat tali pemegang, berdekah saksi yang melihat!

0

Kenderaan pikap di Amerika Syarikat biasanya lebih besar dan tinggi yang mana amat bersesuaian dengan susuk tubuh pemandunya yang lebih besar dan tinggi, tetapi tidak semestinya pula bagi sesetengah orang seperti nenek ini yang susuk tubuhnya lebih kecil.

Nampaknya nenek mungkin memerlukan lebih akal daripada sekadar menjengketkan kakinya untuk naik ke dalam pikap yang tinggi.

Tetapi nenek ini tidak pun mempunyai masalah untuk menjejakkan kakinya ke dalam pikap itu. Caranya mudah sahaja, mana ada susah!

The Epoch Times / Facebook

Dengan segera nenek ini mengambil bangku kecil dengan ikatan tali dari dalam kenderaan itu yang dapat dia pijak dan meningkatkan ketinggiannya.

The Epoch Times / Facebook

Cara bijak di mana nenek hanya memerlukan bangku kecil yang sama ketika dia mahu keluar dan masuk dari pikap itu di kemudian hari.

The Epoch Times / Facebook

Idea nenek comel ini guna ‘muslihat’ dapat naik pikap tinggi dengan mudah memang genius!

The Epoch Times / Facebook

Tunjuk cara masuk pikap dengan menggunakan bangku kecil bertali itu sebagai tangga kecil yang memudahkan pergerakan tanpa perlu termengah-mengah pun. Relakslah!

Geli hati dengan idea muslihatnya, Holly Ann Rochelle Garvin iaitu anak perempuan nenek ini merakamkan aksi ibunya setelah dia tidak mempercayai caranya itu amat berkesan.

The Epoch Times / Facebook

Berdekah hilai ketawa Holly Ann dan anak lelakinya melihat nenek melakukan demonstrasi bagaimana dia menggunakan bangku kecil bertali untuk masuk ke dalam pikap jenama Ford Fusion.

The Epoch Times / Facebook

“Macam mana cara keluar? Tunjuk cara keluar!” arah Holly Ann yang ketawa terbahak-bahak dari dalam keretanya setelah mereka datang ke pangsapuri nenek di Colorado Springs untuk melihat sendiri aksi itu selepas dia diberitahu nenek dengan mudah sahaja dapat keluar masuk pikap Ford Fusion yang tinggi.

The Epoch Times / Facebook

“Ibu saya cuba menjelaskan apa yang dia lakukan melalui telefon, lalu saya memandu ke pangsapurinya untuk melihat sendiri apa yang dia katakan. Anak lelaki saya merakamnya dan kami tergelak terbahak-bahak geli hati,” kata Holly Ann Rochelle Garvin.

The Epoch Times / Facebook

Nenek ini sungguh comel dan melucukan ketika mengguna pakai idea pintarnya. Tahap genius memang boleh pakai.. 

Tonton video di sini.

Google Bookmarks henti perkhidmatan pada 30 September

0

Umum mengetahui bahawa Google Photos tidak lagi menyediakan ruang penyimpanan tanpa had secara percuma.

Selain itu, Google turut menghentikan penyimpanan fail di Google Docs, Sheets dan Slides secara percuma.

Dan terbaharu, Google difahamkan akan menghentikan Google Bookmarks secara rasminya pada 30 September kelak.

Google

Semasa melayari laman web Google Bookmarks, Google memaparkan mesej yang bertulis, “Selepas 30 September 2021, Google Bookmarks tidak akan lagi disokong”.

Difahamkan bahawa perkhidmatan ini tidak begitu digunakan oleh pengguna sejak diperkenalkan pada tahun 2005.

Malah, Google juga mengatakan bahawa penanda halaman dan lokasi yang telah ditandakan oleh pengguna sebelum ini tidak akan terjejas oleh pemberhentian perkhidmatan ini.

Namun demikian, pengguna dinasihatkan untuk mengeksport dan menyimpan penanda halaman yang anda perlukan sebelum tarikh akhir pada 30 September 2021.

Semasa dilancarkan pada tahun 2005, Google Bookmarks menyediakan perkhidmatan penyimpanan awan bagi pengguna untuk menyimpan penanda halaman bersama ciri-ciri seperti nota dan label – di mana ia membantu dalam mencari dan menyusun data yang disimpan di laman web.

COVID-19: Malaysia lepasi 1 juta kes keseluruhan, catat jangkitan baharu tertinggi 17,405 kes pada 25 Julai

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Malaysia mencatatkan 17,045 kes positif baharu tertinggi setakat 25 Julai yang menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 melepasi satu juta.

Dengan jumlah tertinggi yang direkodkan pada 25 Julai, negara kini telah mencatatkan jumlah kes jangkitan positif keseluruhan sebanyak 1,013,438 kes.

Ia juga merupakan rekod tertinggi buat hari ketiga berturut-turut.

Catatan sebelum ini adalah 15,902 kes pada 24 Julai dan 15,573 kes pada 23 Julai.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan baharu tertinggi dengan 8,500 kes pada 25 Julai.

Sementara Kuala Lumpur mencatatkan 2,045 kes dan Kedah dengan 1,216 kes.

Walau bagaimanapun, jumlah itu menurun hampir 3,000 kes pada hari ini, 26 Julai kepada 14,516 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara ialah 1,027,954.

Gas cecair pembasmi kuman bocor, teksi Proton Exora rosak teruk akibat letupan selepas pemandu nyalakan rokok

0

Sebuah teksi Proton Exora rosak teruk dan pemandunya, seorang lelaki mengalami kecederaan luka melecur ringan di lengan dan muka selepas gas cecair pembasmi kuman yang bocor dilaporkan meletup di dalam kenderaan terbabit.

Kejadian berlaku pada 24 Julai lalu di Jalan CTA 4 berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Pemandu teksi, Radzi Mokhtar yang berusia 64 tahun meninggalkan KLIA setelah menurunkan penumpang, dan ketika dalam perjalanan pulang mangsa memutuskan untuk menyalakan sebatang rokok dengan pemetik apinya apabila secara tidak sengaja turut menyambar gas cecair pembasmi kuman dalam kanister yang bocor.

Twitter

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian terbabit pada jam 3.30 petang, berkenaan sebuah teksi jenis Proton Exora telah meletup semasa sedang bergerak.

“Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati letupan berpunca daripada gas cecair pembasmi kuman yang bocor dan ketika pemandu teksi sedang menggunakan pemetik api untuk menyalakan sebatang rokok di dalam kenderaan,” katanya.

Mangsa kemudian telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Insiden ini bukan perkara baru yang pernah dilaporkan. Tular di media sosial dengan pertanyaan dan amaran para warganet mengenai tahap keselamatan menyimpan penyembur berkanister di dalam kenderaan.

Baru-baru ini BBC melaporkan sebuah lori treler di London yang membawa muatan aerosol telah disambar api, menyebabkan letupan besar dan kerosakan teruk selepas berlaku kebakaran.

BBC

Menurut saksi kepada Evening Standard, dia sedang memandu di belakang lori itu ketika ia tiba-tiba ‘terbakar’ dan ‘meletup’ seperti aksi dramatik.

BBC

Kejadian lain di mana tin aerosol atau penyembur berkanister tidak tahan tekanan meletup dan menyebabkan kebakaran akibat cuaca panas selepas ia ditinggalkan di dalam kenderaan, pernah dilaporkan.

Deodoran berkanister juga mampu membahayakan seperti bom jangka, apabila anda meletakkannya di dalam kenderaan. Ia boleh meletup jika terdedah kepada suhu yang terlalu panas dan tekanan gas dalam bekas simpanan yang meningkat.

Facebook

Seorang ibu pernah memberi amaran pada tahun 2019 melalui laman Facebook miliknya mengenai bahaya menyimpan syampu kering di dalam kereta.

Bekas syampu kering telah berubah menjadi peluru dan meletup ke arah bumbung kereta sehingga merosakkan kereta Honda Civic milik anak perempuannya ketika ia terdedah di tengah cuaca panas terik.

Facebook

Dinasihatkan, sebaiknya jangan simpan apa-apa bentuk penyembur dalam kanister atau tin di dalam kenderaan anda.

Selain kerosakan teruk kepada kenderaan, ia juga boleh membahayakan nyawa anda dan penumpang lain sekiranya sedang memandu.

Lelaki ini kongsi cara ‘setup’ kolam renang dengan kos RM948 saja. Mudah dan murah!

0

Mandi kolam adalah salah satu aktiviti yang menarik minat mana-mana golongan tidak kiralah sama ada yang tua ataupun muda.

Jika dahulu, kita perlu menginap di hotel untuk mandi kolam renang tetapi kini kita juga boleh menikmati kolam renang di halaman rumah sendiri!

Foto hiasan/Pixabay

Seorang pengguna Facebook, Syafiq Hassan baru-baru ini telah berkongsi tips untuk mendirikan kolam renang ‘DIY’ di halaman rumah dengan kos yang jauh lebih rendah.

Beli kolam renang

Syafiq menasihati agar membeli kolam renang bersaiz 4 meter. Tambahnya, lebih besar lebih bagus.

Antara jenama yang mampu milik adalah Bestway. Ianya mudah untuk didirikan, malah kanak-kanak juga boleh mendirikannya. Harga kolam renang jenama ini adalah RM750 termasuk penapisnya.

Syafiq Hassan/Facebook

Selain itu, terdapat juga jenama INTEX namun harganya sedikit mahal dan sering kali habis terjual di platform Shopee. Sungguhpu begitu, harganya setanding dengan kualitinya.

Perlu ada tangga

Kata Syafiq, jika enggan membeli tangga, anda juga boleh  menggunakan kerusi namun agak bahaya sekiranya tergelincir. Seeloknya belilah tangga khas untuk kolam renang.

Syafiq Hassan/Facebook

Oleh itu, kos yang diperlukan untuk mendirikan kolam renang di rumah adalah seperti berikut :

  • Kolam renang dan penapis : RM750
  • Tangga kolam renang : RM198

Syafiq Hassan/Facebook

Keseluruhannya adalah RM948 sahaja. Namun terdapat barang tambahan lain yang mungkin perlu dipertimbangkan, iaitu :

  • Penutup kolam renang (digunakan jika kolam tidak digunakan bagi tiada bendasing yang memasuki kolam)

Syafiq Hassan/Facebook

  • Tablet klorin (untuk menghapuskan bakteria, lumut dan sebagainya)

Syafiq Hassan/Facebook

Kosnya jauh beza sekali dengan kolam renang biasa bukan? Jadi apa tunggu lagi? Cuaca panas-panas begini mestilah ‘syok’ berendam bersama keluarga!

Taufan In-fa dengan angin terbesar landa persisir wilayah Zhejiang, China

0

Semua perniagaan, penerbangan dan perkhidmatan kereta api bawah tanah terpaksa ditutup berikutan taufan In-fa melanda hab komersial China di Shanghai dan wilayah persisir berhampiran.

Menurut laporan, taufan tersebut mendarat di daerah Putuo, kota Zhoushan – sebuah pelabuhan utama di wilayah pantai Timur Zhejiang pada jam 12:30 tengah hari pada 25 Julai.

Ribut tersebut melanda ketika China masih lagi bergelut dengan kejadian banjir besar yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 58 orang.

Terdahulu, banjir besar di Hengzhou, Henan telah menyebabkan bekalan elektrik terputus dan memaksa lebih sejuta orang penduduk dipindahkan.

“Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan nyawa dan harta benda serta melakukan segala termampu untuk meminimumkan kerugian bencana”, kata Setiausaha Parti Komunis wilayah Zhejiang, Yuan Jiajun.

Pentadbiran Meteorologi sebelum ini mengatakan taufan bergerak dengan kelajuan 15 kilometer sejam manakala kelajuan angin mencapai hingga 38 meter per saat.

Hasil perkiraan, kelajuan itu adalah bersamaan dengan 137 kilometer per jam.

Jabatan pengurusan kecemasan Zhejiang meningkatkan tindak balas taufan ke tahap tertinggi pada hari 24 Julai serta menutup sekolah, pasar dan menangguhkan lalu lintas jalan raya jika perlu.

Bandar Shanghai yang menempatkan sekitar 26 juta orang dan Hangzhou kedua-duanya terpaksa membatalkan penerbangan masuk dan keluar.

Pemerintah Shanghai mengatakan bahawa operasi kereta api bawah tanah akan diperlahan, sementara pihak berkuasa Hangzhou berkata bahawa kereta api bawah tanah digantung.

Ketika kejadian banjir besar di Zhengzhou pada minggu lalu, seramai 12 orang pengguna kereta api bawah tanah maut sementara beberapa lagi terperangkap.

China telah mengalami banjir musim panas dan musim taufan tahunan selama ribuan tahun, namun rekod hujan yang turun minggu lalu di Henan.

Ia telah menimbulkan tanda tanya sama ada beberapa bandar lain telah bersedia untuk menerima apa-apa kejadian aneh yang menurut pakar berlaku perubahan iklim.

Tonton video di SINI.

Jepun pamer aksi ‘Masquerade’ yang kreatif ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020

0

Pasti ramai antara anda yang pernah menonton rancangan TV Jepun, Masquerade atau lebih dikenali sebagai ‘Kasou Taishou’. Ia adalah persembahan pentas yang dilakukan oleh pelbagai kumpulan amatur atau artis solo yang dinilai oleh panel hakim. Apa yang menariknya rancangan ini memaparkan banyak lakonan dengan menggunakan kesan palsu yang sangat kreatif.

Kreativiti tersebut kini sekali digunakan dan kali ini ia ditontonkan di hadapan jutaan orang yang menyaksikan siaran langsung acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Artis yang terlibat melakukan pelbagai aksi dan gaya yang menunjukkan acara-acara yang dipertandingkan di temasya sukan terbesar dunia itu. Jika dilihat pada persembahan mereka pasti ramai yang sangat teruja dan kagum dengan kreativiti mereka.

Jepun nampaknya tidak mahu melepaskan peluang untuk menunjukkan keunikan yang mereka miliki ketika acara gilang-gemilang tersebut. Buat peminat rancangan Masquerade pasti ramai yang meneka-neka akan aksi yang dilakukan artis terlibat.

Naik ke atas pentas ketika pertunjukan fesyen, kehadiran kucing ini curi perhatian ramai dengan gaya ‘catwalk’ nya

0

Antara perkara paling penting yang perlu dilakukan oleh model ialah cara berjalan yang betul dan penuh gaya. Dengan menggayakan busana dan fesyen tertentu, mereka perlu berjalan di atas pentas dan disaksikan oleh penonton. Jadi, cara berjalan dengan betul adalah penting supaya apa sahaja fesyen yang digayakan akan terserlah di hadapan orang ramai.

‘Catwalk’ adalah cara biasa dalam penggayaan fesyen di atas pentas oleh para model, tetapi pernahkan anda melihat kucing sendiri yang melakukan ‘catwalk’ di atas pentas?

Sebuah pertunjukkan fesyen di Istanbul, Turki ini walau bagaimanapun telah ‘dihadiri’ oleh seekor kucing yang turut sama berjalan di atas pentas.

Kucing yang datang secara tiba-tiba di pertunjukan fesyen tersebut bukan hanya datang untuk menjadi tetamu yang tidak diundang, namun dengan selamba turut berjalan di atas pentas bersama model-model lain.

Kehadiran si comel tersebut terus menarik perhatian penonton yang terhibur dengan gelagat selambanya. Ramai yang mengambil gambar dan video untuk merakam momen-momen tersebut.

Walaupun kehadirannya agak mengejutkan ramai terutamanya barisan model, mereka tetap terus berjalan menggayakan fesyen masing-masing. Apa pun yang berlaku pertunjukkan tetap diteruskan dengan jayanya!

Kontinjen Malaysia raih perhatian dunia tampil segak bergaya dengan busana ‘Hang Tuah’

0

TOKYO – Acara pembukaan temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 menyaksikan persembahan perbarisan oleh para atlet yang mewakili negara masing-masing. Malaysia merupakan antara negara yang menjadi tumpuan ramai apabila para atletnya menggayakan busana tradisional yang berinspirasikan dari pemakaian Laksamana Hang Tuah.

Sumber: Twitter

Atlet lelaki kelihatan lengkap bertanjak, berbaju sikap dan sampin manakala atlet wanita pula manis bergaya dengan persalinan selendang yang bertemakan warna Jalur Gemilang iaitu merah, putih, biru dan juga kuning. Busana ini telah direka khas oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Corak geometrik dikatakan berasaskan segi tiga atau chevron yang merujuk kepada arah tuju yang jelas dalam mencapai matlamat pingat terbaik buat negara tercinta.

Sumber: Twitter

Seramai 13 individu terlibat di dalam perbarisan mewakili Kontinjen Malaysia. Antaranya adalah Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib, jaguh badminton iaitu Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying yang bertugas membawa bendera Malaysia, ratu terjun Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee, Phee Jinq En, Welson Sim serta ratu gimnastik, Farah Ann.

Sumber: Kosmo

Upacara ini disambut dengan penuh gilang-gemilang sekali gus menutup potensi pembatalan temasya sukan paling berprestij itu selepas ditangguh selama setahun akibat pandemik. Upacara perbarisan ini dimulakan dengan negara Greece dan Malaysia menjadi negara ke-177 yang memasuki stadium diakhiri dengan negara tuan rumah iaitu Jepun.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Maharaja Jepun, Naruhito, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Wanita Pertama Amerika Syarikat, Jill Biden.