27 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 27, 2024
UtamaGlobalTaufan In-fa dengan angin terbesar landa persisir wilayah Zhejiang, China

Taufan In-fa dengan angin terbesar landa persisir wilayah Zhejiang, China

Semua perniagaan, penerbangan dan perkhidmatan kereta api bawah tanah terpaksa ditutup berikutan taufan In-fa melanda hab komersial China di Shanghai dan wilayah persisir berhampiran.

Menurut laporan, taufan tersebut mendarat di daerah Putuo, kota Zhoushan – sebuah pelabuhan utama di wilayah pantai Timur Zhejiang pada jam 12:30 tengah hari pada 25 Julai.

Ribut tersebut melanda ketika China masih lagi bergelut dengan kejadian banjir besar yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 58 orang.

Terdahulu, banjir besar di Hengzhou, Henan telah menyebabkan bekalan elektrik terputus dan memaksa lebih sejuta orang penduduk dipindahkan.

“Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan nyawa dan harta benda serta melakukan segala termampu untuk meminimumkan kerugian bencana”, kata Setiausaha Parti Komunis wilayah Zhejiang, Yuan Jiajun.

Pentadbiran Meteorologi sebelum ini mengatakan taufan bergerak dengan kelajuan 15 kilometer sejam manakala kelajuan angin mencapai hingga 38 meter per saat.

Hasil perkiraan, kelajuan itu adalah bersamaan dengan 137 kilometer per jam.

Jabatan pengurusan kecemasan Zhejiang meningkatkan tindak balas taufan ke tahap tertinggi pada hari 24 Julai serta menutup sekolah, pasar dan menangguhkan lalu lintas jalan raya jika perlu.

Bandar Shanghai yang menempatkan sekitar 26 juta orang dan Hangzhou kedua-duanya terpaksa membatalkan penerbangan masuk dan keluar.

Pemerintah Shanghai mengatakan bahawa operasi kereta api bawah tanah akan diperlahan, sementara pihak berkuasa Hangzhou berkata bahawa kereta api bawah tanah digantung.

Ketika kejadian banjir besar di Zhengzhou pada minggu lalu, seramai 12 orang pengguna kereta api bawah tanah maut sementara beberapa lagi terperangkap.

China telah mengalami banjir musim panas dan musim taufan tahunan selama ribuan tahun, namun rekod hujan yang turun minggu lalu di Henan.

Ia telah menimbulkan tanda tanya sama ada beberapa bandar lain telah bersedia untuk menerima apa-apa kejadian aneh yang menurut pakar berlaku perubahan iklim.

Tonton video di SINI.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI