Seekor kucing bernama Martin menjadi buta selepas kedua-dua biji matanya mendapat jangkitan teruk menyebabkan ia terpaksa dibuang kerana bekas pemiliknya tidak memeliharanya dengan betul.
Pasangan suami isteri Raye Ann dan Markeeta Tucker kemudian mengadopsi Martin setelah dia diselamatkan.
Mereka menyangka kehidupan kucing Martin yang bergelombang dan gelap akan mula bersinar dengan perjalanan lancar. Tetapi mereka tidak menyangka pula kucing peliharaan sedia ada yang bernama Kitty, berasa amat jelik dan tidak mahu menerima kehadiran ahli baru dalam keluarganya, yang membuat Martin benar-benar berasa tertekan.

Pasangan Tucker memutuskan untuk membawa Martin kembali semula ke rumah perlindungan untuk memilih rakan bermainnya sendiri, seekor kucing putih kelabu paling baik hati dan keduanya menjadi sahabat baik sejak itu!
Martin sebelum ini seekor kucing yang bebas keluar masuk ketika tinggal bersama keluarga pemilik lama, tetapi harga menjadi ‘pengembara bebas’ membuat matanya tiba-tiba mendapat jangkitan kuman yang serius, dan pemilik itu pula mengabaikannya.

Jiran di sebelah rumah yang melihat sendiri penderitaan Martin dengan penyakit mata serta makan minumnya pula tidak dijaga telah menghubungi kumpulan penyelamat tempatan Lets Adopt Global dan menghantar Martin ke hospital haiwan untuk mendapatkan rawatan.
Oleh kerana jangkitan mata itu amat teruk dan kritikal untuk dirawat serta sukar dipulihkan, doktor haiwan memutuskan yang kedua-dua bebola mata Martin perlu dikeluarkan, yang mana memaksa kucing ini memulakan kehidupan gelap yang tidak berkesudahan sehingga akhir hayat.
Setelah keadaan kesihatan Martin pulih, dia telah dihantar ke rumah baru. Pasangan Tucker sangat menyayangi kucing itu kerana dia “si bulus” yang pintar.

Namun, kucing rumah yang selesa berusia 14 tahun bernama Kitty berasa kasih sayangnya yang eksklusif telah diambil alih oleh kucing buta ini, jadi dia mula membenci, dan sering mengancam Martin yang kini menjadi tertekan dan kecewa.
Martin yang hidup dalam kegelapan, sangat merindui rakan-rakannya. Pasangan Tucker melihat sendiri bagaimana Martin diperlakukan sehingga menyebabkannya menjadi stres dan kesunyian. Mereka kemudian memutuskan untuk membawanya semula ke rumah perlindungan, dengan tujuan Martin sendiri yang akan memilih teman bermainnya dan kucing itu akan mereka bawa pulang untuk tinggal bersama.

Pasangan Tucker membawa Martin ke dalam bilik menunggu di rumah perlindungan itu, dan sukarelawan membawa kucing yang berbeza satu demi satu untuk memperhatikan cara mereka bergaul.
Pada mulanya, beberapa ekor kucing tidak menunjukkan minat kepada Martin, kerana mereka tahu dia kucing buta maka tiada interaksi.

Sehinggalah tiba giliran seekor kucing putih kelabu berusia dua tahun yang masuk, yang pertama kali memberikan pasangan Tucker dengan ciuman, dan kemudian dia berjalan ke arah Martin lantas mula menyentuh hidungnya dengan mesra.
Bermula dari situ, pasangan Tucker sudah tahu inilah dia kucingnya!

“Mereka bergaul dengan bebas dan selesa, tanpa mengancam atau menakutkan, jauh sama sekali untuk berasa gugup. Ke mana sahaja Martin pergi, kucing ini akan mengekorinya,” jelas pasangan Tucker.

Kucing kelabu putih itu diberi nama Mr.Pinkerton, dan dia menjadi sahabat terbaik dan kegembiraan Martin sejak itu. Bukan setakat rakan baik, malahan menjadi teman tidur di tempat tidur yang sama. Jika mereka tidak melihat sesama sendiri, mereka akan mula mengiau dan merintih memanggil satu sama lain.

Bagi Martin, Mr.Pinkerton bukan sahaja ahli keluarga terbarunya yang paling penting, tetapi juga sinar dan cahaya dalam kehidupan yang dia amat perlukan.

Kini, Martin tidak lagi bersendirian, tidak diabai serta dilimpahi kasih sayang pasangan Tucker dan sentiasa dilindungi dalam jagaan dan pimpinan Mr. Pinkerton. Bertuahnya dia!
Tonton video di sini.