Kenderaan pikap di Amerika Syarikat biasanya lebih besar dan tinggi yang mana amat bersesuaian dengan susuk tubuh pemandunya yang lebih besar dan tinggi, tetapi tidak semestinya pula bagi sesetengah orang seperti nenek ini yang susuk tubuhnya lebih kecil.
Nampaknya nenek mungkin memerlukan lebih akal daripada sekadar menjengketkan kakinya untuk naik ke dalam pikap yang tinggi.
Tetapi nenek ini tidak pun mempunyai masalah untuk menjejakkan kakinya ke dalam pikap itu. Caranya mudah sahaja, mana ada susah!

Dengan segera nenek ini mengambil bangku kecil dengan ikatan tali dari dalam kenderaan itu yang dapat dia pijak dan meningkatkan ketinggiannya.

Cara bijak di mana nenek hanya memerlukan bangku kecil yang sama ketika dia mahu keluar dan masuk dari pikap itu di kemudian hari.

Idea nenek comel ini guna ‘muslihat’ dapat naik pikap tinggi dengan mudah memang genius!

Tunjuk cara masuk pikap dengan menggunakan bangku kecil bertali itu sebagai tangga kecil yang memudahkan pergerakan tanpa perlu termengah-mengah pun. Relakslah!
Geli hati dengan idea muslihatnya, Holly Ann Rochelle Garvin iaitu anak perempuan nenek ini merakamkan aksi ibunya setelah dia tidak mempercayai caranya itu amat berkesan.

Berdekah hilai ketawa Holly Ann dan anak lelakinya melihat nenek melakukan demonstrasi bagaimana dia menggunakan bangku kecil bertali untuk masuk ke dalam pikap jenama Ford Fusion.

“Macam mana cara keluar? Tunjuk cara keluar!” arah Holly Ann yang ketawa terbahak-bahak dari dalam keretanya setelah mereka datang ke pangsapuri nenek di Colorado Springs untuk melihat sendiri aksi itu selepas dia diberitahu nenek dengan mudah sahaja dapat keluar masuk pikap Ford Fusion yang tinggi.

“Ibu saya cuba menjelaskan apa yang dia lakukan melalui telefon, lalu saya memandu ke pangsapurinya untuk melihat sendiri apa yang dia katakan. Anak lelaki saya merakamnya dan kami tergelak terbahak-bahak geli hati,” kata Holly Ann Rochelle Garvin.

Nenek ini sungguh comel dan melucukan ketika mengguna pakai idea pintarnya. Tahap genius memang boleh pakai..
Tonton video di sini.