27.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaInspirasiIngin buat kucing gembira? Anda boleh lakukan 10 perkara kecil ini dan...

Ingin buat kucing gembira? Anda boleh lakukan 10 perkara kecil ini dan mereka mungkin kata ‘saya sangat bahagia’

Melihat kucing peliharaan menjalani kehidupan yang bahagia, mungkin itu yang diharapkan oleh setiap pemilik. Jadi apa yang boleh dilakukan oleh seorang pemilik untuk membuat kucingnya berasa bahagia? 

10 perkara kecil ini mungkin boleh membantu kucing anda berasa gembira dan meningkatkan kebahagiaannya.

lifenewsjr

1. Bermain dengannya setiap hari

Walaupun perwatakan kucing biasanya kelihatan sangat dingin, mereka sebenarnya rindukan belaian pemilik. Sekiranya anda dapat meluangkan masa untuk bermain dengannya setiap hari, kucing akan berasa sangat gembira dan memupuk perasaannya yang disayangi oleh orang lain. Ini adalah suatu tindakan yang akan menyemarakkan kebahagiaan kucing itu.

lifenewsjr

2. Sediakan tempat berehat yang selesa untuknya

Kucing tidur dua pertiga sehari, jadi tempat berehat yang selesa sangat penting buat mereka. Ini dapat memastikan kualiti tidur si bulus, supaya tubuh badannya dapat berehat sepenuhnya, juga otaknya akan bangkit segar dan bertenaga. Mampu berehat dengan baik setiap hari pasti dapat membuat kucing berasa amat bahagia.

lifenewsjr

3. Wujudkan persekitaran yang tenang dan mendamaikan

Kucing sukakan suasana yang tenang dan senyap, dan persekitaran yang terlalu bising akan membuat mereka berasa cemas, mudah marah dan gelisah. Oleh itu, jika anda dapat mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang tenang dan selesa untuk kucing peliharaan, maka dia akan sangat menghargai anda, sekali gus akan membuatnya berasa sangat bahagia.

lifenewsjr

4. Dekati dan biarkan kucing menjilat anda

Kucing suka meluahkan rasa kasih sayangnya kepada orang lain dengan cara menjilat. Sekiranya kucing ingin menjilat anda, ambil inisiatif untuk mendekatinya dengan membiarkan dia menjilat. Cara itu akan membuat kucing merasakan yang anda menyukainya, dan indeks kebahagiaannya juga akan sangat tinggi, kerana dia berasa sangat berpuas hati.

lifenewsjr

5. Membelai mesra kucing

Sentuhan mesra dapat mengeratkan hubungan anda bersama kucing dengan lebih lagi. Kebanyakan kucing merasakan yang sentuhan lembut pemilik adalah jenis kasih sayang yang diperlukan buat diri mereka. Sentuhan dan belaian kepada kucing yang kerap juga akan menggembirakan si bulus serta membuatnya sentiasa berasa teruja untuk mendekati anda.

lifenewsjr

6. Berikannya mainan

Kucing sangat suka bermain. Jika kucing diberikan barang permainannya sendiri, cara itu akan membuat kucing berasa sangat gembira dan kebahagiaannya akan meningkat.

lifenewsjr

7. Sediakan kucing dengan pelbagai ruang

Kucing sangat menyukai persekitaran yang kompleks. Mereka suka mendaki tinggi dan rendah, menggali gua dan ruang kecil. Oleh itu, jika anda menyediakan kucing dengan pelbagai ruang untuk tempat tinggal, seperti mengatur lebih banyak perabot tinggi dan rendah, atau menyediakan kucing dengan bingkai pendaki, kucing menjadi sangat gembira dan bahagia.

lifenewsjr

8. Sediakan bekas membuang air besar yang bersih untuk kucing

Kucing suka tempat yang bersih. Sekiranya bekas membuang air besarnya tidak bersih, mereka lebih suka bertahan daripada mengeluarkannya. Jadi, sentiasa siapkan bekas membuang air besar dan kotak sampah yang bersih untuk kucing anda, yang akan membuatnya berasa sangat selesa dan kebahagiaan hidupnya akan bertambah baik.

lifenewsjr

9. Beri makanan ringan

Kebanyakan kucing bersikap tamak. Dan mereka biasanya sukakan makanan ringan. Tidak kira betapa dingin kelakuan kucing anda, dia akan bertindak seperti bayi yang begitu comel. Oleh itu, sesekali berilah ganjaran kepada kucing anda dengan makanan ringan yang dia gemari. Kucing akan berasa sangat puas hati dan akan lebih sayang kepada tuannya, dan paling penting dia yang gembira.

lifenewsjr

10. Beri makan secara teratur

Perkara yang paling ditakuti oleh kucing adalah berasa lapar. Jika makanan tidak mencukupi, kucing akan menjadi sangat cemas, terganggu, dan ketakutan. Jadi, sekiranya pemilik dapat memberi makan kepada kucing menurut masanya yang teratur dan kerap setiap hari, kucing tidak akan merasa cemas dan dia akan merasa sangat gembira.

Prestasi kebahagiaan kucing

#1. Ubah posisi tidur 

Sekiranya kucing hidup bahagia, dia mempunyai kepercayaan khusus terhadap persekitaran dan orang di kelilingnya, iaitu dia tidur dengan tenang, mengubah postur tidurnya dengan sesuka hati, malahan mendedahkan perutnya yang paling menonjol. Dia boleh tertidur dengan lena dan selesa di mana sahaja di dalam rumah.

lifenewsjr

#2. Sentiasa gembira

Seekor kucing yang hidup bahagia mempunyai mood gembira dan senyuman manis di wajahnya, ini semua kerana dia berasa amat puas hati dengan kehidupannya sekarang.

lifenewsjr

#3. Bersifat manja dan kurang marah

Kucing yang hidup bahagia kerana dia sering dibelai, disayangi dan membesar dengan baik. Oleh kerana mereka diperlakukan dengan baik, penderitaannya juga kurang atau tiada langsung, jadi si bulus sangat lemah lembut, ramah dan manja dengan manusia, juga mereka berasa sukar untuk marah.

lifenewsjr

Kehidupan kucing itu singkat. Diharapkan semua kucing dapat dilayan dengan baik supaya hidup mereka menjadi tenang dan bahagia. Pemilik yang memilih untuk membesarkan kucing peliharaan diharap dapat bertanggungjawab terhadap kucing mereka buat seumur hidup dan tidak akan berputus asa.

lifenewsjr

Kucing itu biasanya nampak dingin dengan tingkah laku mereka, tetapi hati di dalam yang tidak ditunjukkan sebenarnya sungguh lembut. Jika manusia memahami jiwa mereka, itu yang akan membuat haiwan peliharaan ini berasa gembira dan bahagia seumur hidup.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI