28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 7, 2026
Utama Blog Laman 292

Teruja tunggu posmen untuk hantar surat, anjing bijak ini ambil surat guna mulut dan bawa masuk ke rumah

0

Diam tak diam sudah bertahun-tahun mereka berkawan dan saling mengenali. Persahabatan unik antara seorang posmen dan seekor anjing ini pasti akan buatkan ramai yang kagum.

Sebuah video yang dirakam oleh seorang posmen yang menunjukkan seekor anjing datang kepadanya dan mengambil surat daripadanya telah dimuat naik ke laman Facebook.

Di dalam video tersebut jelas menunjukkan anjing tersebut begitu jinak dan sia seolah-olah sudah tahu apa yang perlu dilakukan jika posmen tersebut datang ke rumahnya. Melihat sahaja motosikal posmen yang diparkir di hadapan rumahnya terus membuatkan dia berjalan terus mendapatkan posmen tersebut.

Jadi, dia akan datang kepada posmen dan apabila mendengar posmen tersebut mengatakan “up” dia akan terus mengambil surat yang dihulurkan tersebut dengan menggunakan mulutnya.

Anjing tersebut terus kembali masuk semula ke rumahnya setelah mendapatkan surat daripada posmen. Posmen tersebut juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada anjing tersebut.

Kisah unik antara mereka telah menarik perhatian netizen di Facebook. Sehingga kini status dan video yang dimuat naik telah ditonton lebih daripada 700 ribu kali dan menerima 18,000 kali ‘like’ serta hampir 3,000 komen.

Tonton video di sini.

Nur Dhabitah teruskan misi buru pingat di peringkat akhir terjun di Olimpik Tokyo hari ini

0

KUALA LUMPUR: Hari ini negara bakal menyaksikan sebuah lagi sejarah apabila seorang lagi atlet negara bakal beraksi di pentas akhir Olimpik Tokyo 2020.

Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke peringkat akhir acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020, selepas melengkapkan lima terjunan dengan kutipan mata 312.60 di Pusat Akuatik Tokyo.

Nur Dhabitah, 22, meraih tempat ke-6 dalam saingan separuh akhir sebentar tadi, sekali gus melayakkannya ke peringkat akhir nanti.

Olimpik kali ini merupakan penampilan kedua Nur Dhabitah dalam temasya Sukan Olimpik, selepas menyertai Olimpik Rio pada 2016 ketika berumur 17 tahun. Selain itu, beliau juga adalah penerjun keempat negara yang melayakkan diri selepas Pandelela Rinong Pamg, Leong Mun Yee dan Wendy.

Nur Dhabitah turut pernah meraih pingat emas dalam acara 10m platform individu di Kejohanan Terjun Piala Asia di Bukit Jalil pada 2015.

Kehadiran lipas berjaya curi 5 saat waktu siaran TV ketika berlangsungnya perlawanan hoki di Olimpik Tokyo

0

Setiap kali berlangsungnya acara sukan semestinya banyak kejadian-kejadian unik dan pelik yang berlaku sehingga boleh menarik perhatian ramai. Kali ini di temasya Olimpik Tokyo 2020 berlaku juga kejadian lucu yang telah membuatkan ramai yang terhibur.

Menurut laporan Sin Chew Daily, ketika berlangusungnya perlawanan hoki wanita di peringkat kelayakan kumpulan, pengarah penyiaran di sana telah mengalihkan fokus kamera dari tengah gelanggang ke arah seekor lipas yang sedang berjalan laju.

Perlawanan antara Argentina dan Sepanyol ketika itu sangat sengit sehingga kedua-duanya gagal menjaringkan sebarang gol untuk negara masing-masing. Ketika masa permainan sudah berada pada 5 minit terakhir, aksi permainan dihentikan seketika oleh pengadil kerana berlakunya perebutan di tengah gelanggang.

Ketika itulah pengarah penyiaran mengambil kesempatan untuk menukar fokus kamera ke arah seekor lipas yang sedang berjalan. Ternyata lima saat yang diberikan kepada lipas itu telah menarik perhatian ramai orang

Perlawanan tersebut dikatakan telah diadakan di Oi Wharf Central Seaside Park Sports yang merupakan tempat yang terbuka sehingga ramai yang mengatakan terdapat banyak nyamuk di sana. Jadi, tidak mustahil lah terdapat banyak serangga seperti lipas yang ditemui di kawasan pertandingan.

Rakyat China percaya kerajaan sembunyi jumlah kematian sebenar dalam bencana banjir terowong Jingguang

0

ZHENGZHOU – Seramai lima lelaki dan seorang wanita dilaporkan terkorban dalam nahas banjir di Terowong Jingguang pada 26 Julai lalu di samping banyak kenderaan yang terperangkap dalam terowong sepanjang 2km itu.

Bagaimanapun, orang ramai bukan sahaja rakyat China tetapi seluruh dunia meragui jumlah kematian yang dilaporkan oleh media China itu. Hal ini berikutan penularan video memaparkan ratusan kenderaan yang terperangkap di dalam terowong itu telah berjaya dikeluarkan namun tiada seorang pun mayat manusia yang ditemui.

Pelbagai andaian telah dibuat dan ada yang berpendapat jumlah sebenar kematian adalah jauh lebih tinggi berbanding apa yang dilaporkan di media. Video berdurasi 2 minit 7 saat yang tular di laman Twitter itu memaparkan ratusan buah kenderaan yang diselaputi dengan lumpur telah diparkirkan di sebuah kawasan yang luas.

“Kesemua kenderaan yang dibawa keluar pasti tidak mempunyai tuan kerana tiada siapa yang datang membuat tuntutan. Ini bukan lagi satu perkara yang main-main memandangkan pemilik kereta tidak berjaya ditemui”.

“Satu keluarga terbunuh dalam kemalangan ini. Pasti ada rahsia yang perlu disimpan. Segala fakta dan kebenaran akan terus menjadi perkara misteri”.

“Kita tahu mereka (Parti Komunis China) bohong. Mereka juga tahu mereka berbohong. Mereka tahu bahawa kita tahu mereka bohong. Tetapi mereka tetap berbohong”.

Lebih mencurigakan lagi, orang awam tidak dibenarkan untuk menghampiri kawasan berkenaan dan ianya turut dikawal ketat oleh pihak tentera China. Malah, kerajaan turut melarang penggunaan kamera kawalan udara di kawasan tersebut sekali gus membuatkan semakin ramai yang mengesyaki ada perkara yang sedang disembunyikan.

Penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 minta atlet berhenti gigit pingat

0

Rutin menggigit pingat setiap kali memenangi acara sukan sudah menjadi suatu kebiasaan mahupun trend dalam kalangan atlet setiap kali ingin bergambar. Majoriti percaya tabiat menggigit pingat ini adalah bagi memastikan bahawa pingat tersebut diperbuat daripada bahan logam asli dan bukannya tiruan.

Bagaimanapun baru-baru ini, pihak penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah mengingatkan para atlet untuk tidak menggigit pingat yang dimenangi memandangkan pingat untuk temasya sukan berkenaan diperbuat daripada bahan elektronik yang dikitar semula!

Menerusi ciapan di laman Twitter pada 26 Julai lalu, jawatankuasa penganjur telah menegaskan bahawa pingat berkenaan tidak boleh digigit.

“Kami secara rasmi ingin mengesahkan bahawa pingat #Tokyo2020 tidak boleh digigit. Pingat kami diperbuat daripada bahan yang dikitar semula seperti alat elektronik sumbangan masyarakat Jepun. Jadi, usah menggigitnya… tetapi kami tahu anda akan tetap melakukannya”.

“Kira-kira 78,985 tan peranti atau 6.21 juta telefon terpakai digunakan untuk menghasilkan pelbagai pingat. Telefon yang telah dileraikan menghasilkan 32 kg emas, 3,500 kg perak dan 2,200 kg gangsa. Jumlah ini berjaya menghasilkan sebanyak 5,000 pingat”.

Selain pingat, pihak penganjur turut mengambil inisiatif untuk mempromosikan kelestarian alam dengan menghasilkan rangka katil daripada bahan kitar semula.

Sementara itu, Forbes melaporkan bahawa kali terakhir temasya Sukan Olimpik memberikan pingat emas tulen adalah pada tahun 2012 dalam saiz yang kecil. Di Sukan Olimpik Rio 2016 pula, setiap pingat emas dikatakan mengandungi sebanyak 6 gram emas bersamaan 1.2 peratus daripada berat keseluruhan pingat tersebut.

Kucing comel masuk kereta api dalam perjalanan dari Alor Setar ke Butterworth buat warganet bimbang

0

Ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), antara arahan yang harus dipatuhi oleh rakyat adalah larangan merentas negeri kecuali atas urusan penting. Seandainya perlu merentas negeri sekali pun, kita hendaklah meminta kebenaran bersurat di balai polis berdekatan.

Namun lain pula cerita si Oyen ini yang tular kerana dikatakan telah menaiki kereta api dari Alor Setar, Kedah yang sedang membuat perjalanan ke Butterworth, Pulau Pinang.

Berdasarkan perkongsian oleh pengguna Twitter @meinmokhtar, kucing ini dipercayai tanpa sengaja telah menaiki pengangkutan awam berkenaan sekitar jam 6.59 pagi dan bakal ‘berhijrah’ ke negeri yang lain. Gambar tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata bimbang akan keselamatan kucing itu setelah tiba di Pulau Pinang nanti.

“Kesian tengok muka dia macam tengah sesat. Sesiapa tolong pelihara kucing ini”.

“Nampak kelakar tapi hakikatnya mesti dia sedih terputus hubungan dengan keluarga”.

“Macam mana kalau kucing ini ada anak? Mesti anak-anaknya lapar. Macam mana kalau kucing ini ada tuan? Mesti dia menangis kucingnya hilang”.

Menerusi gambar itu, kucing yang comel ini kelihatan keliru dan seolah-olah sedang termenung jauh mengenangkan kesilapannya itu. @meinmokhtar turut memetik akaun KTM dan meminta pihak berwajib untuk memastikan haiwan comel ini dapat kembali ke tempat asalnya.

Olimpik Tokyo 2020: Beregu lelaki badminton negara raih pingat gangsa pertama buat Malaysia

0

Beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan jaguh Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Musashino Forest Sports Plaza pada 31 Julai.

Lintao Zhang/Getty Images

Harapan membawa pulang pingat gangsa ini menjadi kenyataan apabila Aaron-Soh Wooi menyingkirkan pasangan dari Indonesia itu dengan kejayaan kutipan mata 17-21, 21-17 dan 21-14.

Twitter

Ini adalah kejayaan kali kedua gandingan negara mengalahkan beregu lelaki nombor satu dunia itu dalam temasya Olimpik Tokyo 2020 selepas pertemuan di peringkat suku akhir pada 29 Julai lalu.

Twitter

Naib Juara Kejohanan Seluruh England (All England) 2019 itu gagal mara ke perlawanan akhir selepas dikecewakan beregu dari China, Li Junhui-Liu Yuchen pada aksi separuh akhir 30 Julai.

Nasi lemak jualan wanita Malaysia di Belanda digilai penduduk Amsterdam

0

Berkahwin dengan lelaki Belanda akhirnya membawa penghijrahan Solehan-Manger ke luar negara. Wanita kelahiran Pulau Pinang itu dikatakan menetap di Malaysia sebelum berpindah ke Belanda mengikuti suaminya.

Dia mula memasak masakan Malaysia yang popular sebagai hobi bersama rakan-rakannya dan nasi lemak adalah salah satu hidangan Malaysia yang sering menjadi permintaan rakan-rakan dan saudara-maranya di sana.

Pada tahun 2017, dia memulakan perniagaan dalam talian dengan nama Nasi Lemak Amsterdam. Selain nasi lemak, dia juga menjual makanan Malaysia lain seperti laksa dan kuih-muih tradisional.

Tidak lama selepas itu, makanannya mula menarik perhatian penduduk tempatan.

Hidangan Malaysia yang dijual oleh Solehan adalah berharga antara 8 € (RM40) hingga 10 € (RM50). Harga yang diletakkan mungkin agak tinggi kerana di Eropah agak sukar untuk mendapatkan bahan masakan asli dari Malaysia. Pelanggan bahkan memahami keadaan tersebut.

Walaupun harga makanannya agak tinggi, dia sentiasa memastikan bahawa kualiti makanan adalah sesuai dengan harga yang diletakkan.

Pesanan terhadap makanannya telah meningkat sejak pandemik Covid-19 bermula. Oleh kerana rakyat Malaysia yang tinggal di luar negera tidak dapat pulang ke Malaysia jadi dia menerima banyak pesanan dari orang-orang Malaysia yang tinggal di situ. Tidak hanya itu, dia juga menerima banyak pesanan dari penduduk tempatan yang sepertinya sangat menggemari makanan Malaysia.

Rakyat Malaysia termasuk pelajar di sana menggelarnya dengan nama “Nasi Lemak Ayam Rendang Kak Ann.”

Kurang seminggu tular guna kerusi ‘gaming’ DIY, adik ini terima kerusi gaming Tomaz berharga RM499

0

DIY atau Do-It-Yourself merupakan terma yang merujuk kepada aktiviti membaiki sesuatu benda secara sendiri tanpa mendapatkan bantuan profesional. Baru-baru ini, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah menjadi bualan hangat media sosial setelah gambarnya duduk di atas ‘gaming chair’ buatan sendiri menjadi tular.

Menerusi perkongsian di Facebook yang dimuat naik oleh Haizat Zul pada 15 Julai lalu, remaja berkenaan dilihat sedang duduk di atas kerusi plastik berlapikkan kadbod yang dipotong mengikut bentuk kerusi ‘gaming‘ jenama terkenal iaitu Tomaz.

Sumber: Facebook

Berdasarkan laman sesawang Tomaz, remaja itu dikatakan duduk di atas kerusi Tomaz Blaze X Pro Gaming Chair yang berharga RM499. Tanpa disangka-sangka, penularan berita ini berjaya mendapat perhatian daripada pihak Tomaz sendiri yang kemudiannya bertindak menghantar kerusi sebenar sebagai tanda penghargaan.

Sumber: Instagram

Ketika ditanya sama ada dia sering menggunakan kerusi itu untuk bermain permainan komputer, remaja yang dikenali sebagai Nafis Danish menjelaskan bahawa dia hanya memiliki komputer biasa yang tidak mencapai standard minima untuk bermain permainan. Sebaliknya, dia hanya menggunakan kerusi berkenaan untuk menonton YouTube atau melayari Internet.

Sumber: Instagram

Difahamkan adik ini memang meminati aktiviti DIY. Malahan, basikalnya juga turut diubah menjadi motosikal dengan menggunakan enjin pemotong rumput. Terbaik lah Nafis!

Kucing ini terlalu ‘sukar dilihat’ sehingga disangka bayang-bayang kepada kucing lain. Comel!

0

Dahulu, kucing hitam seringkali dikaitkan dengan pelbagai mitos dan kepercayaan karut sehingga membuatkan ramai yang takut apabila dihampiri kucing berbulu hitam. Ada yang beranggapan kucing hitam sebagai pembawa malang, kematian, kemiskinan, penyakit dan sebagainya.

Antara kepercayaan masyarakat yang acap kali kedengaran adalah sekiranya ada kucing hitam yang melompat ke atas tempat tidur orang yang sedang sakit, nescaya kematian bakal menghampiri pesakit berkenaan.

Tetapi hakikatnya, kucing hitam memiliki keistimewaan dan kecomelan sama seperti kucing-kucing lain. Baru-baru ini, seorang warganet telah berkongsi peristiwa lucu membabitkan kucing peliharaannya. Seekor berwarna hitam dan seekor lagi berwarna perang dan putih.

Menurut individu ini, kucing hitamnya itu seringkali mencuit hatinya kerana gelagatnya yang melucukan. Apabila tiba waktu malam, anda hanya akan nampak kelibat kucing ini melalui sinaran daripada matanya.

Comel tetapi pada masa yang sama, agak mengerikan. Seolah-olah nampak sepasang mata terapung sedang perhatikan anda.

Memandangkan kucing ini terlalu gelap, kucing ini seringkali dilihat seperti bayang-bayang kucing lain. Tetapi adakalanya, kucing hitam ini kelihatan seperti lembaga seram yang sedang memerhatikan setiap penghuni rumah. Lebih melucukan, sekiranya perkakas rumah anda berwarna hitam, anda pasti tidak akan menemui kucing anda walaupun anda memandangnya selama ini!