31.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 7, 2026
Utama Blog Laman 289

Wanita berkulit gelap sanjung, hargai warna kulit sendiri buatkan warganet rasa terinspirasi

0

Wanita lazimnya mahukan kulit yang putih mulus dan beranggapan bahawa berkulit cerah adalah kemestian untuk memenuhi standard kecantikan.

Adakah anda setuju dengan pernyataan tersebut? Ini kerana warna kulit bukanlah kayu pengukur tahap kecantikan seseorang itu sebenarnya.

Melvnin/Instagram

Memiliki kulit gelap juga adalah satu keistimewaan yang perlu kita raikan dan hargai. Cuba anda lihat wanita yang dikenali sebagai Bee Melvnin ini.

Cantik bukan?

Melvnin/Instagram

Wanita yang berasal dari Gambia ini menjadi bukti bahawa seseorang itu masih lagi cantik walaupun berkulit gelap.

Melvnin/Instagram

Tidak dapat kita nafikan bahawa paras rupa Bee amat menawan, malah dia juga merupakan seorang peragawati.

Bee mempunyai lebih 300,000 pengikut di Instagram dan rata-rata pengikutnya amat menghargai kecantikan Bee, termasuklah warna kulitnya.

Melvnin/Instagram

Bahkan ada dalam kalangan peminatnya yang turut menghasilkan lukisan potret dan juga foto Bee, antaranya :

Melvnin/Instagram

Melvnin/Instagram

Melvnin/Instagram

Secara saintifiknya, individu berkulit gelap mempunyai kulit yang kaya dengan melanin yang memberikan perlindungan terhadap kesan radiasi ultra-ungu.

Keadaan ini membantu tubuh untuk mengekalkan simpanan folat kulit dan melindungi daripada kerosakan pada DNA.

Melvnin/Instagram

Oleh itu, bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan hargailah setiap apa yang kita miliki ya?

Wanita tersalah sangka, silap bawa anjing lain pulang dan dapati anjingnya ada ‘kembar’

0

Jika ternampak haiwan peliharaan anda di luar, pastinya anda akan segera menghampiri mereka dan mahu membawa mereka pulang segera bukan?

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita bernama Lai, apabila suatu hari dia ternampak anjingnya berada di luar pagar stesen kereta api sepulangnya dia daripada kerja.

Life News Jr

Pada ketika itu, anjing tersebut bertindak mengekori sahaja langkah Lai yang berjalan untuk pulang ke rumahnya.

Lai fikir anjingnya mungkin keluar bersendirian dan menunggunya di stesen itu. Lai kemudian mengusapnya lalu memberi sosej kegemaran anjingnya.

Life News Jr

Kedua-dua mereka kemudian berjalan bersama menuju ke rumah. Pada masa yang sama, Lai lega kerana menemui anjingnya. Jika tidak, anjingnya itu mungkin hilang.

Setibanya di rumah, Lai berkata kepada ibunya bahawa anjing mereka hampir-hampir melarikan diri dengan keluar sendirian.

Life News Jr

Alangkah terkejutnya Lai apabila ibunya memberitahu bahawa anjing mereka langsung tidak keluar daripada rumah hari ini dan elok sahaja duduk di rumah!

Lai memeriksa rumahnya dan mendapati anjing miliknya sememangnya ada dan sedang berehat di halaman rumah.

Life News Jr

Pada ketika itu, Lai melihat kedua-dua ekor anjing tersebut secara dekat dan mendapati bahawa kedua-dua mereka ternyata serupa daripada segi fizikal.

Life News Jr

Cumanya terdapat parut pada hidung anjing yang mengikutinya dari stesen kereta api berkenaan. Mungkin sudah takdirnya anjing jalanan tersebut berada di rumah Lai.

Macam adik-beradik!

Life News Jr

Lai dan keluarga akhirnya memutuskan untuk menjaga anjing terbabit buat sementara waktu sehingga anjing terbabit berada dalam keadaan yang stabil untuk diadopsi.

Siti Sarah meninggal dunia setelah bertarung nyawa

0

Bertarung nyawa sejak Rabu lalu, penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin dilaporkan meninggal dunia setelah dijangkiti wabak COVID-19.

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib tersebut menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5:13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Berita duka ini turut dikongsikan oleh Shuib menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Shuib Sepahtu/Instagram

Terdahulu , Siti Sarah pada 6 Ogos selamat melahirkan bayi lelaki, yang merupakan anak keempat pasangan berkenaan secara pembedahan tanpa sedar.

Pada 8 Ogos, Shuib memaklumkan bahawa doktor memberitahu keadaan isterinya kritikal setelah paras bacaan oksigen menurun ke paras 40%.

Siti Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif COVID-19 sejak 25 Julai lalu selepas pembantu rumah mereka dijangkiti wabak terbabit.

Shuib Sepahtu/Instagram

Walau bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 2011 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata – Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Ibu bapa Ain Husniza rancang lakukan saman balas ke atas guru sebanyak 5 juta

0

SUNGAI BULOH- Ibu bapa Ain Husniza Saiful Nizam, pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun yang baru-baru ini telah diberi surat tuntutan saman sebanyak RM1 juta oleh gurunya, memfailkan saman balas sebanyak RM5 juta.

Menurut peguam mereka, Datuk Sankara Nair berkata, selepas surat tuntutan diterima pihaknya daripada guru terbabit, beliau menasihatkan anak guamnya untuk memfailkan saman balas.

“Tindakan itu adalah satu bentuk tindakan sivil mengikut Undang-undang Sivil 1956 (Akta 67) selepas Ain mengalami kemurungan dalam konteks sengaja mencetuskan tekanan emosi (IIED), susulan kes itu yang dianggap sebagai satu gangguan seksual,” katanya ketika mengiringi Ain dan bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, dua hari lalu.

Guru berkenaan dilaporkan telah menyampaikan notis tuntutan saman pada 4 Ogos lalu dan memberi masa seminggu untuk membalasnya, termasuk membayar ganti rugi sebanyak RM1 juta.

“Saya sudah maklum melalui surat kepada peguam guru terbabit bahawa kami akan memfailkan tuntutan saman RM5 juta kerana sengaja menyebabkan tekanan emosi,” tambahnya lagi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar memberitahu, pada 5 Mei lalu, pihaknya menerima laporan daripada seorang individu yang merupakan guru pelajar perempuan berkenaan.

“Guru tersebut membuat laporan ekoran kenyataan berbaur fitnah serta mengaibkan ke atas dirinya sebagai seorang guru serta Institusi Perguruan di Malaysia oleh pelajarnya itu semasa wawancara di media sosial Utusan Online pada 30 April lalu.

Susulan daripada laporan yang dibuat, polis kemudiannya memanggil pelajar berkenaan dan bapanya untuk tujuan rakaman percakapan bagi membantu proses siasatan.

“Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua individu berkenaan telah hadir dengan ditemani peguam, Datuk Sankara Nair dan Elyse Ng Zi Qian,” katanya.

Pada 24 April lalu terdapat laporan media mengenai seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor yang didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu.

Ain mendakwa pada mulanya pelajaran berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan terbabit.

Bagaimanapun, guru lelaki itu mula bergurau dan bercakap lucah.

Video yang dimuat naik oleh Ain Husniza di laman TikToknya mengenai kejadian tersebut kemudiannya mula mendapat perhatian umum.

Ingatkan guna pelekat huruf, rupa-rupanya tulisan pada van ini adalah tulisan tangan sebenar

0

Pasti ramai yang cemburu selepas melihat tulisan tangan yang sangat cantik seperti tulisan komputer. Percaya atau tidak memang ada antara kita yang sememangnya berbakat dalam menulis sehingga tulisan tangan mereka kelihatan snagat sempurna dan mirip tulisan komputer.

Antara mereka yang mempunyai kelebihan itu adalah seorang pak cik yang telah membuktikan bakatnya dengan menulis pada van. Siapa sangka tulisan kemas pada van Tenaga Nasional selama ini adalah tulisan tangan asli!

Proses penulisan dimulakan dengan meletakkan pelekat pada van supaya tulisan tidak senget.

Seterusnya kerja-kerja menulis dimulakan dengan menggunakan berus lukisan dan cat berwarna hitam. Lihat lah pada bentuk nombor yang dihasilkan, sangat sempurna!

Kerja-kerja menulis diteruskan sehingga selesai dan apabila siap, pelekat tadi ditanggalkan semula.

Inilah hasil kerja yang sangat kemas dan memuskan hati!

Selama ini mungkin ramai yang menyangka ia adalah tulisan pada kertas yang ditekap, atau pelekat huruf yang digunakan tetapi hakikatnya ia adalah tulisan tangan yang sebenar.

Video ini telah dimuat naik di laman Facebook oleh Syahrin Khir dan telah menerima reaksi ramai. Rata-rata netizen di Facebook begitu kagum dengan bakat dan hasil tangan pak cik ini. Memang terbaik!

Tonton video di sini.

Pilihan Editor:

Azizulhasni hadiahkan pingat perak untuk Malaysia di Olimpik Tokyo 2020

0

SHIZUOKA: Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang,33, menepati jangkaan untuk menghadiahkan pingat untuk Malaysia apabila beliau berajaya meraih perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik 2020, sebentar tadi.

IZU, JAPAN – AUGUST 08: Silver medalist Mohd Azizulhasni Awang of Team Malaysia, poses on the podium during the medal ceremony after the Men’s Keirin final of the track cycling on day sixteen of the Tokyo 2020 Olympic Games at Izu Velodrome on August 08, 2021 in Izu, Shizuoka, Japan. (Photo by Tim de Waele/Getty Images)

Acara yang berlangsung di di Velodrom Izu, Shizuoka itu menyaksikan pelumba Great Britain, Jason Kenny mempertahankan emas selepas pijak menggunakan teknik senko iaitu serangan awal.

Biarpun Keny dilihat berjaya melebarkan jarak dalam acara tersebut, namun Azizulhasni yang juga Raja Keirin 2017 berupaya mendekatinya dan menamatkan saingan 0.763 saat di belakang Kenny.

Gangsa diraih pemenang dua emas Olimpik Tokyo, Harrie Lavreysen dari Belanda selepas ketinggalan 0.773s di belakang Kenny.

Sebelum ini, Azizulhasni pernah meraih pingat gangsa untuk negara di Olimpik Rio 2016.

Malaysia menutup tirai Olimpik Tokyo dengan 1 perak dan 1 gangsa, yang dihadiahkan oleh beregu lekaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Meninggal dunia selepas dua jam terima dos kedua vaksin, keluarga minta penjelasan KKM

0

KUALA LUMPUR- Tan Yee Tom, 58, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di lantai bilik tidurnya di Kepong, Kuala Lumpur, lebih dari satu jam setelah menerima dos kedua vaksin Pfizer pada 1 Ogos.

Ekoran kejadian itu, keluarganya mahu kerajaan mendedahkan sama ada kematian pesara itu ada kaitannya dengan vaksin.

Bercakap kepada media di pejabat DAP Kepong hari ini, saudaranya Yee Ching berkata, si mati mendapatkan vaksinnya di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dan menjalani tempoh pemerhatian selama 30 minit di sana.

“Kami mendapati dia terbaring tidak sedarkan diri di lantai bilik tidurnya dan memanggil ambulans kira-kira jam 2 petang tetapi kami dinasihati untuk menghantarnya ke hospital.

“Kami menghubungi ambulans sekali lagi pada pukul 2.55 petang dan tiba kira-kira 20 minit kemudian. Yee Tom kemudian dibawa ke Hospital Selayang,” tambahnya.

Yee Ching berkata, doktor memberitahu bahawa saudaranya menderita pendarahan otak dan mempunyai peluang kecil untuk bertahan walaupun pembedahan dilakukan.

Kematian Yee Tom disahkan pada pukul 7.45 malam. Abangnya mengatakan bahawa sijil kematian, yang dikeluarkan pada keesokan harinya, menyatakan bahawa Yee Tom meninggal dunia kerana “hipertensi dan pendarahan intrakranial yang serius”.

“Kami ingin Kementerian Kesihatan memberikan jawapan jika vaksin ada kaitan dengan kematiannya?” tambahnya lagi.

Keluarga itu juga mengatakan bahawa mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya boleh meminta untuk bedah siasat dilakukan.

Oleh krana tiada alternatif lain serta tidak mendapatkan panduan yang tepat mengenai bagaimana isu tersebut, keluarga tersebut telah menjalankan proses pembakaran ke atas mayatnya dua hari yang lalu.

“Kami tidak dibimbing, tidak ada bedah siasat dan tidak ada respons,” kata Yee Ching. Dia mengatakan bahawa abangnya menderita strok lapan tahun lalu dan disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU).

“Yee Tom tidak memiliki tantangan besar dalam pergerakan, masih bisa membuat kopi dan teh sendiri.

“Selepas dos pertama, dia baik-baik saja,” kata Yee Ching. Sementara itu, ketua biro pengaduan awam DAP Kuala Lumpur, Yew Jia Haur mendesak kerajaan agar lebih telus terhadap kematian yang disyaki ada kaitan dengan vaksinasi Covid-19.

“Kami tidak menghalang orang untuk mendapatkan vaksin, tetapi saya pikir kerajaan harus lebih telus dalam menangani insiden seperti itu,” katanya.

Yew menambah bahawa pejabatnya akan membantu keluarga untuk meminta pampasan dari agensi kerajaan yang berkaitan.

Proton Saga Edisi Black Knight Edisi 1989 menang pertandingan kereta klasik di UK

0

Proton Saga 1.5GL Black Knight Edisi 1989 milik seorang lelaki, Jon Coupland dikatakan telah memenangi pertandingan Concours de l’Ordinare di Istana Grimsthorpe di Lincolnshire, yang dianjurkan oleh firma insurans kereta klasik, Hagerty.

Anggota polis berusia 30 tahun itu memberitahu Hagerty bahawa dia tidak menyangka akan memenangi tempat pertama dalam acara pameran yang turut disertai oleh 50 peserta lain.

“Saya menjadi peminat kereta ketika masih muda dan hanya boleh memiliki model Proton ini pada tahun 2019. Sebelum ini, saya tidak pernah mengunjungi Festival tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi, dia sangat gembira kerana berjaya membuatkan barisan juri kagum sehingga dia berjaya memenangi hadiah keseluruhan.

Festival of the Unexceptional merupakan sebuah festival yang dianjurkan untuk meraikan kereta-kereta biasa yang digunakan setiap hari, dan kereta yang biasanya bukan pilihan seperti Porche atau BMW klasik.

Menurut Coupland, Proton Black Knight Edisi 1989 itu adalah model terakhir yang berbaki daripada 201 unit yang dibuat khusus untuk pasaran UK.

Dia memberitahu Hagerty bahawa pemilik asal kereta itu jatuh sakit dan mengganti kereta pada tahun 1993, setelah hanya memandu sejauh 3,600km. Ia kekal di garaj sehingga 2017, ketika dijual kepada pemilik keduanya dan dipandu lebih dari 10,000km.

Coupland mengatakan bahawa dia hanya membawa kereta Protonnya ke acara seperti Festival of the Unexceptional untuk mempamerkannya.

Peugeot, Volvo, Ford, Nissan, Austin, Toyota, Lancia, Saab, dan Volkswagen adalah antara kereta lain yang turut serta bersama Proton Saga milik Coupland dalam pertandingan tersebut.

Menurut Paul Tan’s Automotive News, kereta itu mempunyai skema warna oren dan kelabu pada badannya, sama seperti Saga Knight tempatan.

Laman berita automotif juga melaporkan bahawa Coupland juga memiliki akaun YouTube yang mempamerkan dua Proton Saganya yang lain – edisi terhad 1.5 SE LE dan 1.3 GLS yang sama seperti badan Proton Iswara.

Pilihan Editor:

Kanak-kanak 12 tahun berani jalani kuarantin seorang diri di rumah

0

JOHOR BAHRU: “Saya hanya dapat berdoa agar budak lelaki berusia 12 tahun yang kuat mentalnya ini menjalani kuarantin sendirian di rumah akan pulih tidak lama lagi.”

Inilah yang dikatakan oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat (Petak) Kluang, Zalifah Ithnin mengenai kepayahan seorang budak lelaki bernama Arshad.

Dia adalah anak sulung daripada lima beradik dan baru-baru ini kehilangan ayahnya yang berusia 38 tahun kerana Covid-19.

Tiga orang lagi adik-beradiknya kini tinggal di rumah ibu saudara mereka di Johor Bahru setelah mereka keluar dari Hospital Permai di Tampoi.

Ibunya yang berusia 38 tahun dan adiknya yang lain, bagaimanapun, masih dirawat di Hospital Permai kerana Covid-19.

Zalifah berkata, kanak-kanak itu disahkan negatif setelah menjalani pemeriksaan Covid-19 pertamanya dan kemudian diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah.

Arshad walau bagaimanapun disahkan positif semasa pemeriksaan kedua.

ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit dilaporkan telah mengedarkan beberapa barang untuk kegunaan kanak-kanak lelaki tersebut.

Oleh kerana saudara terdekatnya, yang mengawasi Arshad, menyediakan makanan dan ubat-ubatan harian kepadanya, Zalifah mengatakan bahawa persatuannya ada menyumbang susu, biskut dan roti sebagai makanan ringan untuk kanak-kanak itu.

“Hati saya hancur ketika saya bertanya kepadanya adakah dia telah bercakap dengan ibunya kerana dia ada memberitahu bahawa dia telah berusaha menghubunginya sejak semalam tetapi tidak berhasil.

“Dia kelihatan cukup cemas ketika mengatakannya kerana dia baru kehilangan ayahnya … saya berharap dia dapat terus kuat.”

Zalifah mengatakan dia dapat memahami penderitaan yang dialami oleh budak lelaki itu kerana anak-anak seusianya biasanya memerlukan perhatian.

Zalifah menambah bahawa Petak telah menyediakan barang makanan penting dari Gerobok Rezeki Petak kepada mereka yang terkena wabak Covid-19, tanpa mengira apa pun bangsa mereka.

Cara elak goreng bayam rasa pahit, ada lebih daripada 1 kaedah untuk masak bayam hijau yang lembut penuh khasiat

0

Sayur-sayuran hijau yang digoreng adalah hidangan yang biasa kita masak di rumah sebagai hidangan sampingan penuh khasiat. 

Paling biasa kita menggoreng tumis bayam tidak kira bayam air atau Brazil, kubis, daun ubi keledek, sawi, kailan dan lain-lain sayuran hijau yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Ramai orang menyukai bayam kerana teksturnya yang lembut, dan mempunyai kandungan zat terbaik untuk kesihatan tubuh.

Gambar Hiasan / Unsplash

Tetapi sekiranya tidak kena dengan cara memasak, anda akan memakan bayam yang pahit. Ramai orang mengatakan bayam yang digoreng mereka adalah terlalu pahit untuk dimakan lalu mereka membuangnya dan tidak mahu memasak bayam lagi.

Salah seorang warganet dalam hantaran di media sosial menulis, “Saya ingin bertanya jika ada yang pernah memasak bayam yang terlalu pahit. Bayam yang saya masak sangat pahit sehingga tidak boleh dimakan, dan saya tidak berani menelannya setelah menggigit sedikit, jadi saya membuang semuanya. Boleh beri beberapa cadangan tentang bagaimana cara yang betul memasak bayam?”

Gambar Hiasan / Pixabay

Maka beberapa jawapan diberikan oleh kalangan warganet:

“Bayam mesti dicelur sebelum dimasak! Supaya tidak pahit.”

“Bayam mesti direbus seketika. Setelah direbus, toskan dan perah air dan masukkannya ke dalam kuali. Senang sahaja ia sudah siap dimasak.”

Gambar Hiasan / Pixabay

Bayam adalah jenis sayuran yang mengandungi jumlah asid oksalat yang tinggi, yang menyebabkan rasanya sedikit pahit ketika terus dimasak. Sebaiknya rebus bayam selama tidak lebih 1 minit. Bayam yang dididih akan mengurangkan jumlah asid oksalat sebanyak 50 peratus.

“Satu langkah lagi ketika memasak bayam, rebus bayam sebelum memasak. Setelah mencubanya, ia pasti tidak terasa pahit.”

“Perah selepas celur seketika dan masak hidangan cara biasa! Anda boleh mencubanya.”

Gambar Hiasan / Unsplash

Di samping, ada warganet yang  mengesyorkan kaedah memasak bayam:

“Bayam boleh dicampurkan dengan sayur A dan tumis, rasanya lebih enak.”

“Bayam digoreng dengan daging untuk menjadikannya sangat sedap, tidak pedas atau pahit.”

Gambar Hiasan / Unsplash

“Cuba hidangan bayam celur dengan tomato dan telur.”

“Goreng bayam dengan tomato, memang sedap.”

Gambar Hiasan / Unsplash

Ada pelbagai cara memasak bayam untuk menjadikannya satu hidangan yang menyelerakan dan langsung tidak terasa pahit.

Pakar pemakanan menasihatkan hidangan bayam perlu diambil secara sederhana dan tidak boleh berlebihan kerana kandungan asid oksalat di dalamnya cenderung untuk mengikat zat besi dan kalsium yang boleh menyebabkan masalah buah pinggang.