25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaIbu bapa Ain Husniza rancang lakukan saman balas ke atas guru sebanyak...

Ibu bapa Ain Husniza rancang lakukan saman balas ke atas guru sebanyak 5 juta

SUNGAI BULOH- Ibu bapa Ain Husniza Saiful Nizam, pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun yang baru-baru ini telah diberi surat tuntutan saman sebanyak RM1 juta oleh gurunya, memfailkan saman balas sebanyak RM5 juta.

Menurut peguam mereka, Datuk Sankara Nair berkata, selepas surat tuntutan diterima pihaknya daripada guru terbabit, beliau menasihatkan anak guamnya untuk memfailkan saman balas.

“Tindakan itu adalah satu bentuk tindakan sivil mengikut Undang-undang Sivil 1956 (Akta 67) selepas Ain mengalami kemurungan dalam konteks sengaja mencetuskan tekanan emosi (IIED), susulan kes itu yang dianggap sebagai satu gangguan seksual,” katanya ketika mengiringi Ain dan bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, dua hari lalu.

Guru berkenaan dilaporkan telah menyampaikan notis tuntutan saman pada 4 Ogos lalu dan memberi masa seminggu untuk membalasnya, termasuk membayar ganti rugi sebanyak RM1 juta.

“Saya sudah maklum melalui surat kepada peguam guru terbabit bahawa kami akan memfailkan tuntutan saman RM5 juta kerana sengaja menyebabkan tekanan emosi,” tambahnya lagi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar memberitahu, pada 5 Mei lalu, pihaknya menerima laporan daripada seorang individu yang merupakan guru pelajar perempuan berkenaan.

“Guru tersebut membuat laporan ekoran kenyataan berbaur fitnah serta mengaibkan ke atas dirinya sebagai seorang guru serta Institusi Perguruan di Malaysia oleh pelajarnya itu semasa wawancara di media sosial Utusan Online pada 30 April lalu.

Susulan daripada laporan yang dibuat, polis kemudiannya memanggil pelajar berkenaan dan bapanya untuk tujuan rakaman percakapan bagi membantu proses siasatan.

“Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua individu berkenaan telah hadir dengan ditemani peguam, Datuk Sankara Nair dan Elyse Ng Zi Qian,” katanya.

Pada 24 April lalu terdapat laporan media mengenai seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor yang didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu.

Ain mendakwa pada mulanya pelajaran berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan terbabit.

Bagaimanapun, guru lelaki itu mula bergurau dan bercakap lucah.

Video yang dimuat naik oleh Ain Husniza di laman TikToknya mengenai kejadian tersebut kemudiannya mula mendapat perhatian umum.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI