HUBEI- Hujan turun yang berlaku sepanjang dua hari berturut-turut membuatkan beberapa kawasan di provinsi Hubei, China dilanda banjir. Antara kawasan yang terjejas ialah Suizhou, Liulin dan Linjie. Banjir bukan sahaja menjejaskan penempatan penduduk tetapi turut menyebabkan berlakunya gangguan komunikasi.
Menurut laporan, kawasan “Centre Bridge” dilanda banjir teruk sehingga menenggelamkan beberapa buah rumah. Apa yang lebih teruk terdapat penduduk yang tenggelam ekoran air deras.
Menurut cerita salah seorang penduduk, dia hanya sedar air mula naik sekitar jam 2 pagi ketika sedang tidur. Apabila menyedari air mula naik ramai yang mula naik ke tingkat dua. Namun, air begitu deras sehingga pintu rumah tidak dapat dibuka membuatkan ramai yang lemas. Ketika itu kira-kira empat atau lima orang lemas. Tidak hanya itu, ada juga yang menjumpai mayat orang lemas.
Selain itu, muncul isu kegagalan komunikasi. Ekoran banjir yang berlaku, telefon tidak dapat digunakan dan sistem perhubungan mula mengalami masalah. Walaupun ambulans dapat dihubungi tetapi keadaan jalan raya adalah sangat teruk.
Walaupun air mula surut di beberapa kawasan sistem jalan raya masih dalam keadaan teruk dan tiada kereta yang boleh lalu di situ.
Peristiwa banjir kali ini dikatakan banjir terburuk yang berlaku selepas 5 tahun. Terdahulu, daerah itu pernah dilanda banjir teruk pada tahun 2016 yang lalu.
Menurut Pejabat Pengurusan Kecemasan Provinsi Hubei pada 12 Ogos lalu, kejadian hujan lebat yang berlaku sejak hujan yang kuat sejak 11 Ogos telah membuatkan sekitar 32,000 orang terjejas yang melibatkan kira-kira 3,312 rumah rosak serta kerugian sekitar 50 juta Yuan.