28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaInspirasiRekaan pingat Olimpik Paris 2024 boleh dibahagi empat dan dikongsi bersama ahli...

Rekaan pingat Olimpik Paris 2024 boleh dibahagi empat dan dikongsi bersama ahli keluarga atlet pemenang

Untuk pingat Olimpik Tokyo 2020, penganjur menggunakan 100 peratus bahan kitar semula daripada berjuta-juta peranti elektronik seperti telefon pintar dan komputer terpakai sumbangan rakyat Jepun menerusi Projek Pingat Tokyo 2020.

Projek e-waste yang telah berjaya mengumpul 32kg emas, 3,500kg perak dan 2,200kg gangsa untuk dijadikan pingat bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Manakala untuk Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Paris pada tahun 2024, jika mengikut perancangan, pingat yang direka cipta oleh pereka terkenal Philippe Starck nampaknya boleh dibahagi kepada empat, yang membolehkan atlet Olimpik yang menang berkongsi kejayaan mereka bersama ahli keluarga.

Facebook

Philippe Starck sebelum ini adalah pereka obor Olimpik Musim Sejuk 1992 Albertville, Perancis, dan beliau telah diminta untuk mencipta konsep reka bentuk pingat Olimpik yang baru dan unik sebagai sebahagian daripada usaha negara Perancis untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2024.

Jika dilihat pada permukaan pingat, reka bentuknya hampir sama dengan pingat sukan Olimpik biasa. Namun, sekiranya atlet mahu, mereka boleh membahagikan cakera pingat itu yang terdapat tiga bahagian tambahan di belakangnya.

Facebook

Starck berkata, atlet yang menang tidak akan menang sendirian, jadi beliau mahukan pingat ini memiliki refleks. Sekiranya pemenang ingin membahagikannya, mereka boleh membahagikannya bersama ahli keluarga tersayang.

“Ini cara yang sangat baik untuk benar-benar menunjukkan semangat berpasukan. Pemenang akan mengambil pingatnya dan akan memisahkannya menjadi kepingan yang diberikan sebagai hadiah kepada orang tersayang,” jelas Starck.

Facebook

Starck berkata reka bentuk yang diperbaharui akan membolehkan atlet berkongsi kejayaan Olimpik mereka untuk pertama kalinya, “dalam setiap momen ia pernah berlaku”.

“Pingat ini mempunyai sesuatu yang sangat istimewa. Kerana biasanya pingat cenderung menjadi lambang, bukti dan saksi, yang membolehkan anda berkata, ‘Saya berada di sana, saya berjaya melakukannya, saya melangkaui batas diri sendiri, saya adalah pemenang’, semua kata-kata dan kisah luar biasa,” kata pereka Perancis ini.

Facebook

“Dengan cara ini, semua orang yang anda mahu untuk berkongsi bersama akan menjadi saksi momen yang penting itu,” tambahnya.

Philippe Starck, 72 tahun adalah pereka Perancis paling terkenal dan produktif di dunia, yang telah mereka bentuk 10,000 objek.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI