29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024
UtamaGaya HidupKumpulan kucing dihantar ke penjara untuk reformasi banduan, tidak perlu tunggu lama...

Kumpulan kucing dihantar ke penjara untuk reformasi banduan, tidak perlu tunggu lama bila semuanya jadi haiwan peliharaan disayangi

Tidak dapat dijelaskan bagaimana kucing itu seakan mempunyai kuasa ajaib yang secara senyap dapat memulihkan kesihatan fizikal dan mental orang yang berada di persekitarannya.

Animal Protection League Indiana, di Amerika Syarikat dengan begitu berani mencuba program dikenali FORWARD apabila mereka telah menghantar sekumpulan kucing ke penjara, dan membiarkan para banduan menguruskannya seperti menjaga haiwan peliharaan sendiri. 

Idea yang begitu berani dan mempunyai risiko, kerana kucing dan pesalah jenayah bukanlah satu kombinasi yang menarik untuk disatukan kerana kedua dunia ini amatlah berbeza untuk menunjukkan kasih sayang.

Facebook

Ketika pertama kali organisasi mencadangkan idea ini, ia telah ditentang pelbagai pihak dengan pendapat dan sangkaan bahawa para banduan ini tidak akan dapat menjaga kucing dengan baik, bahkan akan menyakiti mereka. Tetapi di sebalik segala tentangan, eksperimentasi ini nampaknya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Kucing yang dihantar ke penjara semuanya memiliki kes yang istimewa seperti mereka sebelum ini hidup liar di jalanan, tidak bersosial, pernah didera dan kebarangkalian diadopsi yang sangat rendah kerana mereka tidak mempercayai manusia. 

Jadi amat kasihan apabila kucing-kucing ini terus tinggal di rumah perlindungan sampai tiba hari dilupuskan, sehinggalah akhirnya mereka dicadangkan untuk dibawa ke penjara.

Walaupun kedengaran agak pelik kucing-kucing ini dihantar ke penjara, ia adalah cara unik dan istimewa demi kelangsungan hidup mereka.

Facebook

Sudah semestinya, tidak semua banduan yang sukakan kucing dan mahu pula bertanggungjawab untuk menguruskan haiwan peliharaan. Jadi pihak pengurusan penjara telah memastikan para banduan yang mengambil bahagian dalam projek ini mesti berdisiplin, mempunyai mental yang stabil, juga dapat menjaga kebersihan dengan baik. Mereka telah dibenarkan untuk memelihara kucing selepas tapisan temu duga dan diberikan latihan.

Kehidupan seharian banduan di dalam penjara tidak mudah selepas mereka diberikan tanggungjawab untuk menguruskan kesemua kucing ini. ​​Mereka wajib bertanggungjawab terhadap semua kehidupan seharian kucing, seperti memberi makan, membersihkan kotoran dan memandikan mereka, mendandan, bermain serta melatih kucing supaya berkelakuan baik, sehingga kesemua kucing memberikan kepercayaan dan menganggap banduan ini seperti ahli keluarga.

Facebook

Di samping itu, para banduan perlu bergabung tenaga untuk membina rumah kucing yang cantik, membuat papan pencakar, bingkai memanjat, dan juga mengait atau menjahit pakaian kucing. Boleh dikatakan majoriti aktiviti harian mereka adalah berkisar tentang kucing. Sekali gus, aktiviti ini mampu menyemai sikap banduan menjadi penyayang dan bertanggungjawab sebagai seorang pemilik.

Selepas tempoh percubaan, suasana di penjara dipenuhi kasih sayang dari hari ke hari, dan ikatan hubungan erat lagi unik antara kucing dan banduan menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Kucing ini berubah menunjukkan tingkah laku manja untuk berkasih sayang dan bersedia untuk mempercayai banduan ini sebagai keluarga mereka. 

Facebook

Dalam proses ini juga, para banduan mempelajari untuk mengurus dan memikul tanggungjawab menjaga haiwan peliharaan.

Program FORWARD telah berjaya mencapai objektif apabila para banduan menunjukkan perubahan diri yang ketara dan lebih positif dalam kehidupan mereka selepas bergaul dengan kucing peliharaan. 

Facebook

Ironi apabila kesemua kucing ini dihantar penjara untuk mendapatkan kebebasan dan membahagiakan hati para banduan menjadi lembut mencair dengan kecomelan si bulus.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI