Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.
Ia dimaklumkan kepada umum menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh akaun rasmi Istana Negara di Facebook.
Pengumuman itu juga dibuat sejurus sahaja selesai perbincangan mesyuarat khas yang diadakan oleh Majlis Raja-Raja di Istana Negara sekitar jam 2:30 petang tadi.
Kawasan di sekitar Gunung Jerai, Kedah dilanda banjir kilat yang difahamkan berpunca daripada kejadian kepala air pada petang 18 Ogos.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam sekitar 4 petang, menyebabkan limpahan air deras ke beberapa kawasan kediaman dan kampung.
This video taken at Air Terjun Sri Perigi Yan ,Kedah. Monsoon is near and does the Federal got a plan how to face climate change with this endemic? Part 1. Cont. pic.twitter.com/2K2M2vdTOR
— Kentucky Melayu Cokelat🏴🏴🏴 (@RiseofKentucky) August 18, 2021
“Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Negeri Kedah menerima panggilan dari Sistem MERS 999 banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sekitar Gunung Jerai”.
Sehubungan itu, PGO Kedah telah menggerakkan anggota daripada tiga balai berhampiran ke lokasi kejadian.
Parts of Kedah are facing flash floods due to heavy rainfall.
Sungai Petani, Tupah, Merbok, Gurun, Yan, Kaki Gunung Jerai. All are affected at the moment. May Allah SWT ease all those effected. pic.twitter.com/1nLwFCIGA1
Sehingga 19 Ogos, usaha mencari dan kerja-kerja menyelamat masih giat dijalankan susulan pihak bomba masih menerima panggilan berkaitan mangsa yang masih terkandas dalam banjir.
“PGO Kedah telah mengaktifkan pasukan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Pasukan Khas Bomba (MUST) ke lokasi kejadian bagi membantu operasi tersebut”.
Menurut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, operasi setakat jam 1 pagi 19 Ogos berusaha untuk mencari 3 lagi mangsa yang masih hilang di kawasan Titi Hayun.
“Ketiga-tiga mangsa yang maut adalah lelaki, seorang daripadanya ditemukan di tanah runtuh dan difahamkan berumur 53 tahun.
Dilaporkan insiden itu melibatkan beberapa kawasan kaki gunung dan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, titi teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.
Kucing merupakan antara makhluk yang sangat disayangi oleh manusia namun hakikatnya, tidak semua kucing berpeluang untuk menjalani kehidupan yang baik.
Nasib baiklah ada insan yang berhati mulia membina ‘rumah’ yang comel untuk kucing jalanan di Subang Jaya ini.
Menurut pengguna terbabit, rumah itu dibina oleh bapanya dan dia turut meminta bantuan mana-mana individu untuk menyumbang sedikit makanan kucing di sana.
Lebih mengujakan, rumah kucing yang dibina itu turut dilengkapi dengan alamat. Senanglah orang mahu cari untuk sedekah makanan lepas ini!
Ramai yang akan bersetuju jika dikatakan anak badak air adalah antara haiwan yang comel. Dengan tubuh mereka yang gemuk dan besar mereka tetap lucu dan comel bagi sesetengah orang.
Apa yang lebih melucukan spesies ini juga sangat berani seolah-olah tiada apa yang boleh menakutkan mereka. Misalnya anak badak air ini yang sememangnya sangat berani bermain dengan haiwan liar.
Anak badak ini dirakam sedang bermain dengan seekor buaya. Dia dengan selamba cuba ‘menggigit’ bahagian ekor buaya tersebut seolah-olah itu adalah mainannya.
Kejadian tersebut dirakam berlaku di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan. Melihat akan apa yang dilakukan oleh anak badak air itu pakar juga tidak boleh menjelaskan mengapa itu semua terjadi.
Walaupun anak badak boleh menjadi mangsa buaya dengan mudah dia seolah-olah tidak langsung takut malah boleh berjalan-jalan dengan bebas dan berani ke kawasan yang penuh dengan buaya yang ganas.
Mungkin ini yang dimaksudkan dengan selamba badak?
Tatkala Malaysia sedang bergelut dengan keadaan ekonomi yang tidak begitu memberansangkan di mana ramai pekerja terpaksa diberhentikan atau dipotong gaji gara-gara penularan wabak Parti Komunis China atau COVID-19. Justeru, satu langkah mahupun inisiatif untuk meraih pendapatan yang lebih adalah dengan berniaga.
Sumber: Facebook (Reseller Iphone Original)
Misalnya seorang pak cik baru-baru ini menjadi tular di Facebook apabila dia dilihat mula berniaga nasi lemak berdekatan stesen minyak Shell dan McDonald’s di SS15, Subang Jaya seawal jam 5.30 pagi setiap hari. Pak cik ini dikatakan meletakkan barang jualannya di but kereta dan hanya akan pulang setelah semua hasil jualannya habis dijual.
Dikongsikan oleh akaun Facebook Reseller Iphone Original, sehingga kini ianya telah berjaya mencecah lebih 1.5K kali perkongsian! Malah, ramai warganet yang turut memberikan sokongan masing-masing dengan mengajak orang ramai agar mencuba nasi lemak jualan pak cik ini.
Sumber: Facebook (Felicia Wong)
“Mari sokong perniagaan pak cik ini supaya dia boleh segera pulang untuk berehat”.
“Ini pak cik depan McDonald’s kan? Sedap nasi lemak dia”.
“Sesiapa ada nombor telefon pak cik ini? Saya ingin membuat tempahan nasi lemak”.
Menurut warganet yang pernah mencuba nasi lemak pak cik ini, nasi lemak ini bukan sahaja enak dimakan tetapi juga berpatutan. Sebungkus nasi lemak dijual pada harga RM2 tetapi jika anda membeli tiga bungkus, anda hanya perlu membayar sebanyak RM5 sahaja!
Sumber: Facebook (Discover Subang Jaya)
Bukan sahaja berbaloi tetapi pada masa yang sama dapat membantu melariskan jualan nasi lemak pak cik ini. Ramai juga yang puji rasa nasi lemak dan memberi jaminan bahawa anda tidak akan menyesal.
Jadi, sekiranya anda berada di kawasan berdekatan, hubungi nombor 011-21834401 atau 018-7800025 untuk membuat tempahan!
Negara Jepun memang terkenal dengan pelbagai tarikan yang tidak dinafikan. Selain dikenali dengan kekayaan budaya, negara matahari terbit ini juga sangat terkenal dengan rekaan dalaman rumah yang minimalis.
Dengan menggabungkan gaya moden dan tradisional, anda pasti perasan bahawa kebanyakan rumah di Jepun tidak mempunyai begitu banyak kelengkapan rumah. Hal ini sekali gus membuatkan ruang rumah kelihatan luas meskipun ianya bersaiz kecil.
Seperti pasangan Jepun ini yang merupakan pengamal tegar idea minimalis untuk rumah mereka. Bagi mendapatkan suasana rumah yang selesa, pasangan ini telah melakukan renovasi dan hanya membeli keperluan asas untuk menghiasi rumah idaman mereka.
Sebagai contoh, rumah ini pada asalnya memiliki tiga buah bilik namun mereka memutuskan untuk hanya mengekalkan satu bilik tidur sahaja. Bilik pertama dijadikan sebagai bilik belajar manakala bilik kedua pula digunakan untuk meletakkan pakaian.
Di ruangan depan pintu pula, mereka meletakkan kabinet kasut di tepi dinding yang bukan sahaja berfungsi untuk menyimpan kasut tetapi juga boleh diletakkan peralatan untuk upacara sembahyang.
Pada bahagian ruang tamu pula, tingkap bersaiz besar digunakan bagi menggantikan pintu gelangsar sekali gus memberikan pencahayaan yang bagus pada seluruh rumah. Kebanyakan individu pasti mempunyai banyak perabot pada ruang tamu rumah namun bagi pasangan ini, cukuplah sekadar perkara yang perlu seperti televisyen, sofa dan meja kecil.
Memang menarik idea minimalis ini tetapi bukan semua orang mampu untuk melakukannya.
New Zealand telah mengumumkan akan pelaksanaan penutupan sementara setelah seorang lelaki dilaporkan positif COVID-19, iaitu kes pertama dalam tempoh enam bulan.
Kes itu dikesan di Auckland, yang akan ditutup selama seminggu, sementara seluruh negara akan ditutup selama tiga hari.
Dalam pada itu, pihak berkuasa mengatakan bahawa kes terbabit dianggap sebagai varian Delta, yang sangat mudah merebak.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Ashley Bloomfield, kes terbabit melibatkan seorang lelaki berusia 58 tahun yang melakukan perjalanan ke Coromandel.
Coromandel setelah itu juga akan ditutup selama seminggu. Lelaki itu walau bagaimanapun tidak mempunyai kaitan yang jelas dengan sempadan.
Perdana Menteri Jacinda Ardern mengarahkan penutupan itu dibuat pada Tahap 4 – sekolah, pejabat dan premis perniagaan ditutup. Hanya servis penting sahaja dibenarkan dibuka.
“Saya ingin meyakinkan New Zealand bahawa kami telah merancang kemungkinan ini. Menghadapi waktu sukar ketika penutupan dilaksanakan ternyata berkesan kepada kita”.
Kata pegawai, terdapat keperluan untuk mendapatkan respons tegas ekoran kebimbangan terhadap varian Delta.
Selain itu juga, tiada kaitan jelas antara kes baru dengan kemudahan di sempadan ataupun di pusat kuarantin.
Data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan New Zealand pada 16 Ogos menunjukkan bahawa semua kes COVID-19 yang dikesan di sempadan dalam beberapa minggu terakhir adalah varian Delta.
“Kita telah melihat apa yang berlaku di tempat lain jika kita gagal mengatasinya. Jadi kita hanya mempunyai satu peluang”, ujar Ardern.
New Zealand sebelum ini telah berjaya menyingkirkan virus berkenaan daripada wilayahnya, walaupun sempadan antarabangsa masih ditutup.
Namun, program vaksinasi berjalan dengan perlahan, dengan hanya sekitar 20% populasi yang telah divaksinasi sepenuhnya.
Manakala hanya sebanyak 33% populasi sahaja yang telah menerima satu dos, menurut Our World in Data.
Pengambilalihan Taliban di Afghanistan memberi peluang kepada rejim Parti Komunis China (PKC) untuk menyerang Amerika Syarikat (AS) dan berusaha untuk meluaskan pengaruhnya sendiri.
Dan mereka tidak membuang masa untuk merebut peluang keemasan itu. Ini kerana surat khabar, penyiar dan diplomat PKC telah melancarkan serangan propaganda bagi menangkis tuduhan mengenai asal usul virus COVID-19.
Propaganda itu merangkumi percakapan persahabatan China dengan pemberontak Taliban, yang telah mengambil alih Afghanistan dengan cepat dalam satu minggu terakhir, mengejek ‘kekalahan’ AS dan mengancam Taiwan dengan mempersoalkan komitmen AS di wilayah Asia.
Ahli Majlis Negara China dan Menteri Luar Negeri Wang Yi bertemu dengan Mullah Abdul Ghani Baradar, ketua politik Taliban Afghanistan, di Tianjin, China pada 28 Julai 2021/Reuters
Secara keseluruhan, naratif yang dikemukakan oleh rejim komunis adalah, AS telah gagal di Afghanistan dan Beijing bersedia menawarkan ‘bantuan’.
“Di mana sahaja AS bertapak – baik di Iraq, Syria atau Afghanistan, kita melihat pergolakan, perpecahan, kematian dan kekacauan yang ditinggalkannya. Kekuatan dan peranan AS merosakkan dan bukannya membina”, kata jurucakap kementerian luar China, Hua Chunying dalam taklimat akhbar 17 Ogos.
Dia telah memberitahu wartawan sehari sebelumnya bahwa perubahan di Afghanistan adalah hasil daripada kehendak dan pilihan rakyat Afghanistan sendiri.
Pada akhir bulan Julai, kira-kira sebulan sebelum penarikan AS yang dijadualkan dari Afghanistan, rejim PKC adalah antara negara pertama yang memberi isyarat sokongannya kepada militan Islam ketika Menteri Luar Negeri, Wang Yi menjadi tuan rumah delegasi perwakilan Taliban di bandar pelabuhan Tianjin.
‘Musuh kepada musuh adalah kawan’
Gambar dan video menunjukkan beribu-ribu orang awam Afghanistan menggempur lapangan terbang Kabul dalam usaha untuk melarikan diri dari negara yang dilanda perang, takut akan kebangkitan semula amalan-amalan keras masa lalu – merejam, memukul dan menggantung yang dilaksanakan di bawah pemerintahan militan Islam dua dekad yang lalu.
Di kota-kota yang ditawan Taliban, banyak penduduk memilih untuk bersembunyi dan tinggal di dalam rumah, sementara kedai, pasar raya dan pejabat kerajaan ditutup.
Seorang lelaki menarik budak perempuan untuk masuk ke dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul, Afghanistan pada 16 Ogos 2021/Reuters
China dan Rusia adalah antara segelintir negara yang memilih untuk membuka kedutaan mereka kerana AS dan sekutunya telah memindahkan diplomat dengan helikopter. Sementara itu, media pemerintah PKC melukis gambar menyambut kemenangan Taliban dalam satu artikel bertarikh 17 Ogos yang bertajuk “Normal telah kembali ke ibu kota Afghanistan”.
Agensi berita China, Xinhua, dalam artikel 16 Ogos lalu telah menyamakan strategi ketenteraan Taliban dengan cara Parti Komunis China memenangi Perang Saudara China melawan Kuomintang pada tahun 1940-an, dengan menyebut Taliban mengambil alih dengan ‘orang lemah mengatasi yang kuat’ melalui perang gerila luar bandar.
Ia mendakwa bahawa sentimen masyarakat di Afghanistan sangat berbeza dengan gambaran Barat dan bahawa kota-kota Afghanistan menyerah kepada Taliban kerana militan mendapat sokongan popular.
Hu Xijin, editor tabloid Global Times menyarankan di Twitter bahawa peralihan kuasa di Afghanistan lebih lancar daripada peralihan presiden di AS. Tambahnya, prinsip tidak mencampuri telah memungkinkan bahawa pejabat kedutaan tidak perlu ditutup.
“Tidak kira siapa yang berkuasa, kami bersedia untuk menjadi rakan Afghanistan”, tulisnya pada 15 Ogos.
Feng Chongyi, seorang profesor yang belajar di China di University of Technology Sydney, mengatakan bahawa sokongan Parti Komunis China (PKC) untuk Taliban adalah strategik.
Rejim menyokong Taliban kerana mereka dan AS berada di pihak yang berlawanan”, kata Feng kepada The Epoch Times. Katanya, “Idea PKC adalah bahawa musuh kepada musuh adalah kawan. Dengan mengalihkan perhatian AS, ini akan meredakan tekanan PKC dalam konfrontasi langsung”.
Ratusan penduduk cuba memanjat dan berpaut pada pesawat milik AS dalam cubaan untuk melarikan diri dari Afghanistan/AP
Setiausaha Negara AS, Anthony Blinken memberitahu “Meet the Press” NBC pada hari Ahad sebagai tindak balas kepada kejatuhan Kabul bahawa “tidak ada yang lebih diinginkan pesaing strategik selain melihat kita buntu dan terperangkap di Afghanistan selama lima, sepuluh, dua puluh tahun lagi”.
“Itu bukan untuk kepentingan nasional,” kata Blinken mengenai keputusan untuk menarik diri dari Afghanistan.
Menekan Taiwan
Selain mengejek Amerika Syarikat dengan istilah seperti memalukan, merugikan dan kematian hegemoni AS, propaganda PKC juga memanfaatkan penarikan semula pasukan AS untuk merosakkan kebolehpercayaan Amerika di pentas dunia.
Mensasarkan Taiwan, Global Times mendakwa bahawa “pengabaian Afghanistan” memberi pelajaran bagi pulau yang diperintah secara demokratik dan bergantung pada sokongan AS itu ketika berusaha untuk mengatasi tekanan dari Beijing yang menuntut kembali negara itu sebagai miliknya.
Walaupun pemerintahan kerajaan Taiwan tidak mempertimbangkan situasi Afghanistan, mereka pasti tahu secara rahsia bahawa AS tidak boleh dipercayai”, tulis artikel Global Times.
Tentera Taliban ketika mengawasi jalan di sekitar Kabul pada 16 Ogos/AFP
Rejim PKC melakukan latihan serangan berhampiran Taiwan pada 17 Ogos dengan mempamerkan kapal perang dan pesawat anti-kapal selam di Barat daya dan Tenggara pulau itu sebagai tindak balas terhadap apa yang disifatkan Beijing sebagai provokasi oleh Taiwan.
Berharap untuk menyemai perpecahan antara AS dan sekutunya di Asia, rejim PKC berusaha untuk melemahkan pemusatan dunia yang mencintai kebebasan yang berpusat di AS dan mempromosikannya sendiri, kata Tang.
“Tidak ada perbandingan antara Taiwan dan Afghanistan”, katanya, sambil menambah bahawa daripada sudut pandang geopolitik, Washington tidak akan berputus asa dengan Taiwan.
Yu Tsung-chi, bekas dekan sekutu Akademi Kadet Politik Perang di Universiti Pertahanan Nasional yang berpusat di Taipei, menyuarakan pandangan Tang.
Amerika telah berusaha untuk memperkukuh hubungan dengan Taiwan, bukan kerana Taiwan bergantung pada Amerika, sebaliknya kerana Amerika memerlukan Taiwan”, katanya kepada The Epoch Times.
Pencerobohan PKC ke atas Taiwan akan memberi kesan langsung terhadap Jepun, Korea Selatan dan bahkan Australia katanya, sambil menambah bahawa keperluan untuk mencegah industri pembuatan mikrocip maju Taiwan dikendalikan oleh Beijing akan memaksa AS untuk masuk jika rejim membuat pergerakan ketenteraan di pulau itu.
Ujar Allan, dia dan isterinya mereka sendiri reka bentuk rumah itu yang diberi nama sebagai ‘La Hilir Tiny House’ dan kemudiannya mengupah kontraktor untuk membinanya.
Ia mengambil masa selama 6 ke 8 minggu untuk disiapkan sepenuhnya dengan menelan kos lebih kurang RM85,000.
Allan difahamkan berasal dari Manila, Filipina telah tinggal di Malaysia selama 16 tahun dan kini bekerja dalam bidang editorial pasukan kreatif.
Manakala isterinya, Irena merupakan seorang jurumekap bebas yang sudah pun bekerja dengan banyak klien di dalam dan luar negara, termasuklah beberapa VIP.
Kedua-dua mereka bersyukur kerana diberikan sumber pendapatan yang stabil namun mereka masih berasa ‘sesak’.
“Setiap minggu kami ke pusat beli belah dan menikmati makanan di sana. Kadang kala kami membeli barangan yang tidak kami perlukan dengan harapan ia akan menggembirakan kami”.
Mereka beranggapan bahawa kerjaya yang dimiliki akan terus memberikan keselamatan dan kepuasan namun akhirnya gaya hidup turut berubah. Makin banyak pula perbelanjaan.
“Ia merupakan satu kitaran yang berterusan. Kami mahukan lebih lagi tanpa kami sedari bahawa kami hanya mengisi kekosongan dalam hidup kami”.
Walaupun menggemari aktiviti perkhemahan dan sering kali keluar, namun pasangan itu masih berasa ada sesuatu yang masih belum sempurna.
“Kami suka reka bentuk rumah kecil tetapi kami tidak melakukan ini kerana trend. Motivasi sebenar kami adalah gaya hidup sederhana dan kembali kepada asas”.
“Kami berlima (termasuk 3 orang anak) dan terdapat 6 ruang berasingan yang boleh digunakan – ruang makan, solat, belajar, menonton televisyen, berehat dan tidur.
Terdapat dua bilik di setiap pintu bagi memberikan privasi dan ruang tidur di loteng untuk anak lelakinya.
Satu lagi perkara unik mengenai kediaman ini ialah penyesuaian rumah gudang moden, iaitu konsep yang Allan rasakan tidak banyak lagi dilihat di seluruh dunia.
“Walaupun kami tahu ada kemungkinan kekurangan dalam reka bentuk ini, kami tetap melakukannya dan membuat penyesuaian untuk disesuaikan dengan iklim tropika”.
“Bahagian bumbung dan dinding menolak haba dengan cekap. Penebat gentian kaca dan tingkap juga cukup banyak untuk mengedar udara, sekaligus bantu menurunkan suhu terutama pada waktu tengah hari”.
Walaupun dikelilingi dengan tumbuhan dan kehijauan alam, namun mereka masih mementingkan kemudahan.
“Rumah kami hanya terletak 5 minit perjalanan daripada bandar berdekatan dan juga kedai, restoran serta sekolah. Kami bersyukur dapat menetap di lokasi ini”.
Dan nampaknya keluarga ini tidak perlu mengorbankan kegembiraan untuk berlibur apabila rumah mereka turut dilengkap dengan ‘pawagam’ di luar rumah.
La Hilir bukan sahaja mengenai rumah kecil yang unik dan cantik serta keindahan alam di sekelilingnya sahaja. Ia turut menawarkan perubahan kehidupan yang lebih baik.
“Ia tentang menghargai setiap yang ada di persekitaran anda. La Hilir menyentuh tentang kehidupan yang penuh dengan potensi”.
Pasangan ini turut membina tapak ‘glamping’ khas untuk sesiapa yang mahu berkhemah dengan lebih selesa dan mewah.
“La Hilir merupakan jenama, simbol kepercayaan kami tentang cara mengecapi kebahagiaan adalah dengan menolak keinginan untuk mengumpul harta benda yang tidak perlu”.
“Hanya perlu hidup dengan apa yang benar-benar diperlukan selain terus belajar bagaimana untuk bahagia dan berpuas hati dengan apa yang kita ada”.
Setelah berdepan dengan kritikan bipartisan, Presiden Joe Biden pada petang 16 Ogos mengakui bahawa keruntuhan Afghanistan berlaku lebih cepat daripada yang dijangkakan oleh pentadbirannya.
“Ia terjadi lebih cepat daripada yang kami jangkakan”, kata Biden di White House, menyalahkan pemimpin politik dan ketenteraan Afghanistan kerana menyerah dan melarikan diri dari negara itu.
Presiden itu juga menuduh pemerintah Afghanistan menghentikan Amerika Syarikat daripada melaksanakan rancangan pemindahan besar-besaran sebelum menarik diri, lantas menimbulkan krisis kepercayaan.
Ujarnya lagi, pegawai White House dan pegawai perisik AS juga mengawasi secara dekat keadaan di dan beliau juga tidak berasa menyesal menarik diri daripada negara itu.
“Misi di Afghanistan yang berlangsung hampir 20 tahun, dirancang untuk menghilangkan jaringan pengganas al-Qaeda yang berada di belakang serangan pengganas 11 September. AS juga telah membunuh pemimpin pengganas Osama bin Laden satu dekad yang lalu”, kata Biden.
Biden menambah bahawa pencerobohan ke Afghanistan juga bukanlah bertujuan untuk membangun negara atau mewujudkan demokrasi terpusat.
Presiden itu juga enggan menjawab apa-apa soalan. White House mengesahkan kepada wartawan bahawa beliau akan kembali ke Camp David, di mana beliau menghabiskan beberapa hari terakhir untuk bercuti. Presiden itu mengatakan bahawa beliau dan pasukannya sedang mengikuti situasi di Afghanistan dengan teliti.
Dalam ucapannya, Biden menyentuh kekacauan yang sedang berlaku di lapangan terbang Kabul, di mana banyak rakyat Amerika dan warga asing masih berada di sana.
Jelas John Kirby selaku jurucakap Pentagon, tentera AS ditembak oleh penyerang bersenjata, memaksa tentera untuk melepaskan tembakan.
“Kehadiran diplomatik kami telah digabungkan di lapangan terbang juga”, kata Biden, sambil menambah bahawa penerbangan pemindahan akan diadakan dalam beberapa hari mendatang.
Sementara itu, presiden menyatakan bahawa keruntuhan Afghanistan adalah sebahagian tanggungjawab bekas Presiden Donald Trump dalam rundingan perjanjian dengan Taliban untuk memulakan penarikan diri pada 1 Mei 2021, sambil menambah bahawa pentadbirannya terpaksa mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui oleh Trump.
Ahli pasukan Taliban yang memeriksa kenderaan yang melalui sebatang jalan/Reuters
Perang di Afghanistan juga telah menjangkau empat presiden. Kata Biden, beliau terpaksa berhadapan dengan keputusan untuk meningkatkan kekuatan pasukan AS dalam memerangi Taliban ketika musim luruh.
Malah beliau turut mempersoalkan mengapa AS yang harus menambah pasukan untuk bertempur dengan Taliban sedangkan tentera Afghanistan sendiri enggan untuk berperang.
Walaupun Trump menetapkan tarikh 1 Mei, Biden menolak penarikan balik beberapa bulan. Trump juga bersetuju untuk menarik tentera sepenuhnya sebagai pertukaran agar Taliban tidak menyerang pasukan Amerika dan memutuskan hubungan dengan al-Qaeda. Ada yang berspekulasi bahawa Taliban membatalkan tawarannya setelah Biden menolak tarikh itu.
Tentera AS di lapangan terbang Kabul pada 16 Ogos 2021/AFP
Dalam beberapa pernyataan selama seminggu yang lalu, Trump mengkritik strategi penarikan Biden, dengan bertanya: “Ada sesiapa yang dapat membayangkan penarikan semula tentera kita sebelum memindahkan orang awam dan mereka yang berkhidmat untuk negara serta mereka yang seharusnya diberikan perlindungan?”.
Stephen Miller iaitu bekas penasihat Trump, menulis ‘tweet’ bahawa Biden meninggalkan rancangan perdamaian Trump dan strategi keluar, yang juga termasuk ‘pencegahan’ yang agak berkuasa.
Tambah Miller, Biden telah membuat rancangan penarikan semula dengan sendiri tetapi sebaliknya, rancangan itu gagal – ‘terhempas dan terbakar’.
Hujung minggu lalu, Biden yang sedang bercuti di Camp David berhadapan dengan kritikan bipartisan kerana tidak menangani pengambilalihan Taliban dan mempersoalkan risikan AS.
Bahkan beberapa bekas pegawai dan jeneral Jabatan Pertahanan membandingkan kejatuhan pemerintah Afghanistan dan pemindahan Kedutaan AS dengan kejatuhan Saigon pada tahun 1975, situasi tebusan Iran 1979 atau kejadian Teluk Babi 1961.
Taliban menguasai istana presiden Afghanistan di Kabul setelah Presiden Ashraf Ghani melarikan diri/AP
Sementara Biden tidak membuat kenyataan di televisyen mengenainya, pemimpin dunia lain – Perdana Menteri UK Boris Johnson dan Canselor Jerman Angela Merkel telah menyatakan kekecewaan masyarakat terhadap bagaimana pentadbiran dan cara AS menangani penarikan dan pemindahan orang asing.
Ketika pengumuman Afghanistan dibuat bulan lalu, Biden mengatakan ia tidak akan serupa dengan kejatuhan Saigon tahun 1975, ketika pasukan komunis Vietnam menguasai ibu kota yang membuatkan berakhirnya Perang Vietnam.
Serangan Taliban mengejutkan pegawai Amerika. Hanya beberapa hari sebelum Taliban memasuki Kabul dengan sedikit perlawanan, penilaian ketenteraan AS meramalkan ia akan memakan masa berbulan-bulan untuk jatuh.
Bercakap pada program TV pagi 16 Ogos, anggota kanan pasukan keselamatan nasional Biden dan pegawai Jabatan Negara menyalahkan kejatuhan itu pada pasukan tentera Afghanistan.
Namun mereka mengakui kepantasan Afghanistan diambil alih oleh Taliban, yang dituduh menyembunyikan kumpulan pengganas seperti al-Qaeda atau jaringan Haqqani. Mereka juga mengatakan bahawa pengawasan mereka selama seminggu terakhir membuatkan mereka tidak berjaga-jaga.
Semestinya faktor kepantasan menyebabkan beberapa bandar ‘jatuh’, kata penasihat keselamatan nasional Jake. Beliau juga menambahkan bahawa tentera Afghanistan tidak memiliki kehendak untuk melawan kumpulan Taliban.
Pada hujung minggu, Setiausaha Negara Antony Blinken mengatakan bahawa Amerika Syarikat mencapai objektifnya di Afghanistan iaitu untuk mengalahkan al-Qaeda setelah serangan pengganas pada 11 September 2001.
Namun masih banyak persoalan mengapa tentera AS kekal di negara Asia Selatan selama hampir 20 tahun dan adakah pemimpin tentera selama bertahun-tahun sengaja memberikan alasan pada rakyat AS tentang sebab mereka masih perlu ditempatkan di sana.
Amerika Syarikat kini akan menumpukan pada keselamatan lapangan terbang Kabul, kata Timbalan Penasihat Keselamatan Nasional Jon Finer kepada wartawan pada Isnin petang.
Tambahan tentera Amerika akan bergerak ke lapangan terbang pada 16 dan 17 Ogos. Pada awal 16 Ogos, White House mengesahkan terdapat sejumlah besar orang Amerika yang masih berada di Afghanistan tatkala kekacauan di lapangan terbang Kabul.